S2 : XVIII

22 2 0
                                    

Yeonra menyandar di tepi pintu tandas sambil menutup matanya. Tanpa sedar air matanya kembali jatuh setelah melihat tanda positif  pada pregnancy test yang dibelinya di kedai 24 jam semalam.

“Kenapa semua ni jadi kat aku?” Yeonra mula rasa menyesal kerana mempercayai Seokjin yang baru 5 bulan dia kenal. Tangannya yang memegang pisau di tatap. Patutkah dia gugurkan anak ini?

“Yeonra-ssi! Harini saya bawa Kimchi!!” suara Jimin di luar biliknya tidak menarik langsung perhatiannya. Yeonra memejam matanya. Memang dia suka menjadi seorang ibu tapi bukan tanpa ikatan yang sah.

“Yeonra-ssi?” Jimin mengetuk pintu Yeonra berkali-kali. Dia yakin Yeonra di dalam kerana dia dapat dengan bunyi muzik dari dalam bilik gadis itu.

“Yeon-!”  tangan Jimin yang mula mahu mengetuk pintu Yeonra dengan keras hampir sahaja terkena muka gadis itu tatkala Yeonra membuka pintu.

“Y-Yeonra-ssi, awak ok ke?” Jimin cuba menyentuh pipi Yeonra, namun dia tahan. Dia tidak mahu gadis itu rasa tidak selesa dengannya.

Wajah Yeonra pucat dengan mata yang kembang menambah kerisauan di hati Yeonra. “Awak sakit ke?” Yeonra menggelengkkan kepalanya. “Jom kita ke hospital. Saya tak rasa awak ok.”

Jimin menarik lembut tangan Yeonra, namun gadis itu tetap mengeraskan diri. “Saya ok-“

Belum sempat Yeonra menghabiskan ayatnya, Jimin terus menarik tangan Yeonra dengan sedikit kuat. Mujurlah gadis itu memakai tracksuit dengan hoodie, jadi Jimin terus membawanya ke hospital.

**
Yeonra hanya mendiamkan diri apabila doktor menyapu cecair di atas perutnya. “Signore, guardi questo.”(Encik, tengok ni.) Jimin yang menemani Yeonra ke dalam bilik doktor melihat ke arah skrin ultrasound tersebut.

Jimin hanya diam. Sesekali matanya melirik Yeonra. Gadis itu tidak melihat skrin, dia seperti menahan diri dari menangis. “Congratulazioni, signore! tua moglie è incinta di 3 settimane!” (Tahniah, encik! Isteri awak mengandung 3 minggu!) Jimin tersenyum sambil mengusap rambut Yeonra.

**
“Kalau awak nak pergi, pergilah.” Jimin memandang Yeonra yang sedang menundukkan kepalanya. Tidak lama kemudian, bahu gadis itu terhinjut-hinjut kerana menangis.

Jimin terus memeluk Yeonra. Seakan faham masalah gadis itu. “Kita report polis.” Barangkali gadis itu dirogol. Itu yang difikirkan Jimin.

“Tidak, saya tidak kena rogol.” Yeonra meleraikan pelukkan Jimin. Lelaki itu memandangnya hairan.

“Awak dah kahwin ke?” Yeonra menggelengkan kepalanya. “Ok, tak pa. Jangan gugurkan bayi ni. Dia tak salah. Yang salah tu bapak dia.” Yeonra menghela nafas. Dia pun tidak mahu gugurkan bayi ini kerana takut sakit.

Dia akan cuba untuk jaga dan menyayangi anak ni. “Saya akan tolong awak jaga baby ni. Lagipun saya suka baby!” Jimin tersenyum ceria sedikit sebanyak menyejukan semula hati Yeonra.

Lagipun, dia sudah jauh dari Seokjin jadi tidak mengapa jika dia menjaga bayinya. “Maafkan saya Jimin, saya tak boleh selalu dekat dengan awak, nanti girlfriend awak marah.”

Jimin hanya ketawa sambil menepuk tangannya. “Saya single lah. Jangan risau.”

“Macam tipu je.” Yeonra mengecilkan matanya memandang Jimin. Yalah, Jimin kan hensem, comel pulak tu. Tipulah kalau tak da perempuan terpikat.

“Betul! Kalau saya ada girlfriend, tak da lah saya dekat dengan awak.” Jimin mengangkat tangan kanannya seolah-olah membaca ikrar.

“Yelah. “ Yeonra terus berjalan  ke kereta Jimin. “Ibu mengandung! Tunggulah!” Jimin mengejar Yeonra yang sudah jauh berjalan. Bukan main laju lagi!

“Saya nak Ramyeon!” Yeonra terus masuk ke dalam kereta Jimin.

**
“Wah, terima kasih tau. Kali ni rasa special sebab awak yang masak.” Yeonra tersenyum suka. Dari semalam dia mengidam nak makan ramyeon yang Jimin masak.

“Bila-bila masa, kalau awak nak makan ramyeon, datang lah sini.” Yeonra menganggukkan kepalanya sambil menunjukkan ibu jarinya.

“Huahamm! Jimin kau ada masak tak se-“ Seorang lelaki tinggi terus menyorokkan dirinya di sebalik dinding tatkala melihat Jimin tidak berseorangan.

“Siapa tu?” lelaki tadi mengintai di sebalik dinding. Rasa terkhianati pun ada. Dulu bukan main lagi Jimin melarang dia dan seorang lagi rakan serumahnya membawa perempuan masuk ke bilik. Ni dah dia sendiri yang melanggar peraturan.

“Dia jiran kita. Baru masuk semalam.”

“Oh.” Cepat-cepat tangannya mengambil baju yang jatuh di lantai.

“Saya Park Chanyeol. Sepupu Jimin.” Lelaki bernama Chanyeol itu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Yeonra. “Ahn Yeonra.”

“Mungkin lepasni kau kerap jumpa dia. Jadi layan dia baik-baik.” Jimin memberi amaran dengan Chanyeol. Bukan dia tidak tahu yang sepupunya itu kerap bertukar girlfriend.

“Tahulah. Takkan aku nak try dia. Aku akan anggap dia sebagai adik tau. Kecik je aku tengok.” Chanyeol ketawa suka namun setelah mendapat jelingan dari Yeonra dan Jimin, Chanyeol terus terdiam.

“Erk, wah, ada ramyeon.!” Mangkuk ramyeon Jimin yang masih terisi sedikit ramyeon di ambil lalu di makan.

“Jimin-ssi, saya rasa nak buka cafe kat sini. Ok ke?” Yeonra tidak mahu bekerja di office lagi. Dari dulu dia mahu buka cafe sendiri. Namun dilarang keras oleh keluarganya.

Lagipun, duitnya cukup untuk membuka sebuah cafe.

“Wah! Idea yang bernas! Lagipun kawasan ni sikit je cafe. Tu pun jauh. Kalau awak nak buka, saya boleh tolong beri modal sikit!” Jimin menganggukkan kepalanya. Kira baguslah Yeonra buka cafe. Ada juga income untuk dia menyara diri dan anaknya nanti.

“Eh, tak pa. Saya boleh buat sendiri.” Yeonra menggelengkan kepalanya. Dia bagitahu idea ini bukan untuk minta Jimin tolong dia buka Cafe.

“Saya pun nak tolong juga. Dah lama saya nak berhenti jadi guru tadika. Lepas ni boleh lah saya jadi pekerja awak.” Chanyeol tersenyum menyakinkan Yeonra.

“Betul tu. Kami boleh tolong awak. Takkan semua benda awak buat sendiri. Susah tau.” Yeonra diam sambil memikirkan kata-kata Jimin dan Chanyeol.

“Baiklah! Jom kita membuka cafe!” Yeonra terus berdiri sambil mengepal tangannya dengan bersemangat!

Memandangkan ada kedai kosong di sebelah bangunan Rumah mereka, Yeonra cop dulu!












****

Saya tahu hahahahahambar

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now