❁ 4 ❁

550 46 0
                                    

Yeonra merenung kosong siling biliknya. Sesekali keluhan dilepaskan. Dia masih keliru dengan perasaannya. Dia masih sayang Sehun, tapi dalam masa yang sama, dia tak rasa apa-apa bila dekat dengan lelaki itu.

Ting!

Dengan malas Yeonra mengambil telefonnya di atas meja "sapa pula ni? "

Unknown number

I miss you ❤
       09:30 pm

"Dia ni salah nombor ke apa? "Yeonra menutup semula telefonnya dan baring sambil meletakkan lengannya di atas dahi. Belum sempat Yeonra menutup matanya, telefonya kembali berbunyi menandakan ada chat.

Unknown number

Saya tahu, awak pasti benci tengok budak tu kan?
                                                                       09:30 pm

"Budak mana yang dia maksudkan ni? " Sekali Yeonra mengendahkan chat dari nombor yang tidak dikenali.

Sekali lagi telefonnya berdering tapi kali ini bukan chat melainkan panggilan. Tanpa melihat nama pemanggil, Yeonra terus menjawab panggilan tersebut.

"Kau nak apa lagi? Kau salah nombor. Kau faham tak? "Sudahlah penat kerja, penat bila tahu CEO baru tu Kim Junmyeon, ni pula seseorang cuba main-main dengan dia? Angrylah jawabnya.

"Wo, releks. Ni aku, boss kesayangan kau. "Yeonra menghela nafas berat. Dah kenapa pula si Junmyeon ni pergi call dia? Kang family dia tahu, nahas jadinya.

"Ada apa kau call aku? "Semakin geram Yeonra tatkala mendengar Junmyeon hanya ketawa. "Ok. Aku pergi dulu. "Baru sahaja Yeonra ingin menamatkan panggilan, dengan cepat Junmyeon mencegahnya.

"Jangan! "Yeonra melekapkan semula telefon ditelinga. "Aku call ni, nak suruh kau save nombor aku. "Yeonra mengulingkan matanya.

"Ok nanti aku safe. "Tanpa menunggu jawapan dari Junmyeon, Yeonra terus memutuskan panggilan.

Yeonra baring dan kembali merenung dinding sambil tangannya memegang telefon. Sekali lagi telefonnya berbunyi.

Unknown number

Saya boleh lenyapkan budak tu demi awak. ❤
                                                                      09:32 pm

"Lenyapkan? Dia maksudkan Sehun ke? "Berkerut dahi Yeonra melihat chat tersebut. "Tak mungkin Junmyeon. Dia tak guna saya awak. "

Seakan-akan menyedari sesuatu, Yeonra terus berlari ke balkoni biliknya. Dapat dia lihat Sehun sedang memeluk ibunya sebelum melambaikan tangan ke arah ahli keluarga Yeonra.

Setelah itu, Yeonra meliarkan pandangannya di sekeliling kawasan perumahannya. Yeonra mengecilkan matanya tatkala melihat seseorang sedang melihat ke rumahnya. Tapat lagi, melihat ke arah Sehun.

Tanpa membuang masa, Yeonra terus berlari keluar untuk mencegah Sehun dari pergi. Ahli keluarga aku yang sedang melihat Sehun dilanggar sahaja. Apa lagi, jatuh macam pin boling mereka.

"Sehun! "Sehun menoleh kebelakang dengan wajah blurnya. Setelah itu dia tersenyum melihat Yeonra. Nampak tak bertapa cintanya Sehun dengan Yeonra?

Yeonra mendekati Sehun sambil pandangannya tidak berhenti melihat ke arah lorong di mana dia melihat lelaki yang mencurigakan tadi. Tangan Sehun dipegangnya.

"Jangan balik. Tidur sini. "Yeonra memandang Sehun dengan pandangan merayu. Semua ahli keluarga Yeonra terkejut mendengar permintaan Yeonra manakala Sehun mula tersenyum nakal.

"Noona taknak saya tinggalkan noona eh? Manjalah noona ni. Tu yang makin sayang ni. "Sehun mencubit geram pipi Yeonra manakala gadis itu masih melihat ke arah lelaki misteri tadi. Namun lelaki itu sudah tiada.

"Kau tidur je lah sini malam ni. Dah lewat malam ni. Bukan ke kau rabun malam? Ha eloklah menginap dulu kat sini. Kau tidur dengan Jaehyun oppa. "

"Kalau saya nak tidur dengan noona? "Semakin menjadi-jadi Sehun ni. "Cubalah kalau kau rasa kau masih nak berjalan dengan normal. "

"Baiklah, noona saya masuk dulu. Tak elok kat luar ni. Nanti cepat sejuk. Eh hyung, jom tidur. "Dengan cepat Sehun masuk ke dalam rumah.

Sekali lagi Yeonra melihat ke sekeliling kawasan perumahan sebelum masuk ke dalam rumah.









↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now