❁ 20 ❁

252 28 5
                                    

"Barang dapur dah habis. "Satu per satu rak di dapur di buka Yeonra.

Yeonra naik ke atas untuk menukar pakaian. Payung di tepi pintu di ambilnya memandangkan sekarang hujan lebat.

Yeonra melajukan langkah kakinya sehingga sampai di market berdekatan rumah Junmyeon.

Masuk sahaja dia ke dalam market tersebut, telefonnya berdering. Tanpa membuang masa, Yeonra terus mengangkat panggilan tersebut.

"Hello? "Yeonra meletakkan payungnya di tepi pintu market.

"Yeon, ni aku Yeonsoo. "Yeonra tersenyum lebar mendengar suara Yeonsoo.

"Mama kata dia dengan papa ada kat Daegu. Kau dengan Reojun je tinggal seoul. Tapi bila aku sampai kat rumah kita, takda orang pula. Korang berdua pindah mana? "

"Kau dah sampai seoul? Habis tu sekarang kau tinggal kat mana? "Yeonra risau akan keselamatan Yeonsoo

"Kau jangan risau, aku kat hotel ni. Kau bagi alamat rumah tempat kau tinggal sekarang. "Yeonra mengemam bibirnya.

"Erk, aku dan Reojun sekarang tinggal kat rumah Junmyeon. "Yeonra takut kalau Yeonsoo memberitahu ibunya.

"Apa?! Macam mana boleh tinggal kat rumah Junmyeon? "

"Panjang ceritanya. Yang penting kau pergi rumah Junmyeon dulu. "Panggilan diputuskan.

Dengan cepat Yeonra membeli barang dapur.

******
"Kenapa tak bagi tahu mama pasal ni? "Yeonsoo berpeluk tubuh memandang Yeonra yang menundukkan kepalanya.

"Aku tak nak mama risau. Kau jangan risau aku akan cari kerja dan pindah dari sini." Yeonra mengaru kepalanya.

"Kau dah tak kerja kat cafe Eunwoo ke? "Yeonsoo mengerutkan dahinya.

"Aku tak tahu Eunwoo pergi mana. Hari tu aku pergi cafe dia, tapi dah tak da. "Nafas berat dihela.

"Tak pe. Kau tinggal sini dulu. Nanti aku cari makcik rumah tu. "Yeonra memandang Yeonsoo dengan pandangan tidak percaya.

"Kau tak marah aku tinggal kat sini? "

"Tak. Aku dengan Junmyeon dah ok dah. Aku tak nak gaduh lagi. Benda dah lepas kan? "Yeonra menganggukkan kepalanya bersetuju dengan Yeonsoo.

"Dah lah. Aku balik hotel dulu. Esok aku cari makcik tu. "Yeonsoo bangun dan keluar  sambil di temani Yeonra.

"Bye. "Yeonra melambaikan tangannya sambil melihat kereta Yeonsoo meluncur pergi dari kawasan perumahan Junmyeon.

"Oh ya. Aku nak buang sampah. "Yeonra masuk semula dan mengambil sampah di dapur.

Telefonnya diletakkan di atas meja ruang tamu dan keluar semula untuk membuang sampah.

Sebuah kereta hitam berhenti betul-betul di seblah Yeonra. Pada awalnya Yeonra hanya mengendahkan kehadiran kereta tersebut.

Tiba-tiba seorang lelaki yang berpakaian  serba hitam keluar dari kereta tadi dan terus menarik Yeonra untuk masuk ke dalam kereta.

Yeonra cuba untuk melepaskan diri namun gagal apabila lelaki tersebut menutup mulut Yeonra dengan sapu tangan sehingga Yeonra tidak menyedarkan diri.

"Hello baby. "Eunwoo membuka topeng mukanya dan mengusap rambut Yeonra.

Wajah Yeonra diperhatikannya. "Lepas ni tak akan ada orang yang akan ganggu kita lagi. "

Tanpa membuang masa, Eunwoo terus memecutkan keretanya meninggalkan kawasan perumahan Junmyeon.








↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now