Special Part : I

24 2 0
                                    

“Tepi! Tepi! Kesayangan aku dah nak terberanak dah ni! WOI TEPI WOI!” Seokjin ikut bersama menolak katil hospital bersama jururawat yang lain.

Dia sendiri yang akan menyambut anaknya nanti. Dia tidak mahu doktor lain melihat benda yang hanya dia sorang sahaja boleh lihat.

“Oppa! Dah dihujung-hujung dah ni!! Cepat woi!” Yeonra menggenggam erat lengan Seokjin, kadang-kadang dia gigit dan cakar. Habis lengan handsome Seokjin.

“Sayang, releks, tarik nafas, hembusss!” Yeonra hanya menurut semua arahan Seokjin. “Pegang Lara kalau sakit.” Nama seorang Jururawat dipetik. Lara hanya membulatkan matanya. Bukan dia tidak lihat keganasan Yeonra dengan Seokjin tadi. Habis berdarah lengan Seokjin.

“Jangan risau puan! Anak puan pasti keluar dengan jayanya! Hwaiting!!” Yeonra memejam erat matanya, sakit ni bukan main-main. Rasa macam pecah segala isi badan.

“Sayang, push! Saya belum nampak kepala baby lagi ni!” Seokjin sudah berpeluh, anak nya seperti tidak mahu keluar sahaja. “Kena guna cara lain!” sesekali Seokjin memandang wajah Yeonra. Dia kena cepat, kalau tidak ia akan membahayakan nyawa Yeonra dan anak mereka.

**
Sudah sejam Keluarga Ahn dan keluarga Kim menunggu di luar. Jimin dan Jungkook juga ikut bersama mereka.

“Liat sangat ke anak buah aku tu nak keluar?” Yoongi mengigit kukunya. Sudah habis semua kuku di tangan kanan, dia gigit pula kuku di tangan kiri. Kenyang kuku jelah kau Yoongi.

“Hyung, aku risau! Kalau dia dah keluar nanti, aku nak ajar dia cara goda awek cun!” Jungkook memeluk Jimin. Semua orang disana risau. Tidak lama kemudian Seokjin keluar dengan wajah sedih.

“Jin, anak mama macam mana? Cucu mama?” Puan Ahn terus memegang lengan Seokjin. Puan Kim hanya menenangkan Puan Ahn. Dia juga risau, kenapa bergitu lama sekali masa yang diambil oleh Yeonra?

“Yeonra...” Seokjin menghela nafas. “YEONRA BERJAYA MELAHIRKAN BABY BOY! WOII AKU JADI BAPAK WOOO!” Seokjin terus memeluk puan Kim dan Puan Ahn. Dia sendiri terkejut yang mereka mendapat baby boy. Sebab dulu Yeonra kata nak surprise.

“JAP, SAMCHEON HANDSOME DIA NAK MASUK!” Yoongi terus mendekati bilik bedah namun bajunya ditarik oleh Seokjin. “Tunggu jururawat uruskan Yeonra dulu.” Yoongi menganggukkan kepalanya pasrah. Dah berapa bulan dia buat persediaan nak jumpa baby.

**
Yeonra menghela nafas pasrah. Dia sendiri masih belum mengendong babynya. Ni berebut pula ahli keluarganya nak gendong baby dia.

“Comel lah, macam muka aku je.” Yoongi mengomol pipi bayi tersebut. Dia mencair melihat kecomelan anak buahnya itu. Hilang segala swagnya.

“Hyung, sudah lah tu, bagi saya pula pegang!” Jungkook cuba mengambil baby dari Yoongi, namun lelaki itu menjelingnya. “Kau kenapa boleh ada kat sini?” Jungkook mencebikkan bibirnya.

“Jimin Hyung yang ajak aku datang sini.” Hari tu Jimin berjumpa dengan Jungkook. Memandangkan mereka berdua mengenali Yeonra, Jimin terus menceritakan kisah Yeonra dari awal perjumpaan Yeonra dan Seokjin, sampailah baby lahir.

“Aku kawan Yeonra noona!” Yeonra memejam matanya. Belum lagi Puan Ahn dan Puan Kim berebut nak gendong baby. Letih.

“Apa nama baby ni? Dari tadi kita asyik panggil baby je.” Yoongi menyerahkan baby kepada Puan Ahn dan Puan Kim. Jungkook yang sudah menangis itu diendahkan.

“Biar Yeonra buat nama.” Seokjin memandang Yeonra.

“Oppa lah yang buat nama. Dia anak awak. Muka pun banyak iras Oppa berbanding saya.” Yeonra mencebikkan bibirnya. Hanya mata dan hidung sahaja mirip Yeonra. Yang lain semua Seokjin.

“Nama dia Jinyeok. Kim Jinyeok.” Semua ahli keluarga mereka memepuk tangan sambil memanggil nama Jinyeok.

“Sayang ok? Kalau sayang nak rehat, saya boleh suruh diorang balik dulu.” Seokjin duduk di birai katil sambil mengelus rambut Yeonra yang keletihan itu.

“Tak pa, biar mereka kat sini. Saya rindu nak tengok gelagat mereka.” Yeonra tersenyum nipis. Memang dia rasa letih. Tapi setelah melihat gelagat ahli keluarga dan wajah anaknya, terus hilang segala keletihan dia.

“Terima kasih sayang.” Seokjin mencium dahi Yeonra dengan lama. “Kenapa?” Yeonra menggengam tangan Seokjin. “Sebab sudi tumpangkan baby saya dalam perut awak walaupun kita belum kahwin.” Perut Yeonra disentuh lembut.

Yeonra sendiri yang kata mereka akan kawin kalau usia anak mereka sudah 5 bulan.

Yeonra tersenyum kecil sambil memeluk lengan Seokjin. Matanya terasa berat dan akhirnya dia tertidur sambil memeluk lengan Seokjin.

**
“Shh, baby jangan nangis lagi ya? Mama nak tidur.” Seokjin menepuk lembut punggung anaknya. Dia mahu kejutkan Yeonra, tapi rasa bersalah sebab Yeonra kelihatan amat letih.

Yeonra membuka matanya sambil tersenyum memandang Seokjin yang sedang ke hulu ke hilir sambil mengendong anaknya.

“Dia nak susu tu.” Seokjin terus berhenti dan mendekati Yeonra. “Kenapa bangun? Awak letih tahu tak?” Seokjin duduk di birai katil. “Macam mana nak tidur? Baby menangis dari tadi tu. Bagi sini.” Seokjin menyerahkan Jinyeok kepada Yeonra.

Yeonra terus menyelakkan sedikit bajunya. Seokjin terus memandang ke arah lain. Takut Yeonra tidak selesa diperhatikan. “Bestnya Jinyeok selalu dapat tu. Papa ni, jarang-jarang je dapat hmm.” Seokjin mencebikkan bibirnya.

Yeonra terus memukul lengan Seokjin. “Byuntae!” Seokjin ketawa sambil memandang Jinyeok yang kini diam sambil menyusu. “Comelnya Jinyeok papa.” Yeonra tersenyum melihat wajah comel Jinyeok.

“Muka dia betul-betul macam muka oppa.” Yeonra memandang Seokjin yang fokus memandang mulut Jinyeok. “Yah! BYUNTAE!” Sekali lagi pukulan hinggap di lengan Seokjin.

“Auch! Sayang jangan jerit-jerit, nanti baby nangis lagi.” Seokjin mengosok lengannya. Boleh tahan sakit pukulan Yeonra. “Dah mata tu tengok tempat lain!” Yeonra menjeling Seokjin yang tersengih.

“Apa? Tu kan saya punya, boleh lah saya tengok.” Seokjin terus mencium pipi Yeonra apabila pipi wanita itu berubah merah.

“Nanti baby dah habis, turn papa pula ya?”

“YAH! BYUNTAE!”






***

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now