❁ 29 ❁

209 20 0
                                    

"I love you. "Yeonra tersenyum mendengar perkataan yang hampir setiap hari Junmyeon ucap. Sedikitpun dia tidak jemu melayan karenah lelaki itu.

"Nanti balik awal tak? "Yeonra mengambil baju-baju kotor dibiliknya untuk dibasuh. "Mestilah balik awal sebab saya tak sabar nak jumpa sayang saya. "Yeonra ketawa. Ni makin sayang ni!

"Yelah. Dah pergi buat kerja cepat-cepat  kalau nak jumpa saya. "

"Wokeh! "Panggilan diputuskan setelah junmyeon tiada mengatakan apa-apa lagi. Yeonra menggelengkan kepalanya sambil senyuman tidak lekang dari bibir.

******

Jam yang sudah menujukan angka 2 pagi menambahkan lagi rasa risau dihati Yeonra. Dari tadi dia mundar-mandir menunggu Junmyeon balik namun lelaki itu masih tidak menunjukkan dirinya.

Baru sahaja Yeonra melabuhkan punggungnya di sofa, kedengaran bunyi kereta Junmyeon di luar. Dengan cepat Yeonra berlari keluar namun dia berhenti tatkala dia melihat seorang wanita keluar dari tempat duduk pemandu.

Terkaku dia melihat wanita tadi memapah Junmyeon yang sedang mabuk. "Saya boleh bawa dia naik atas. "Yeonra baru sahaja memegang tangan Junmyeon namun wanita tadi menarik semula tangan Junmyeon dan menjeling Yeonra.

"Kau hanya pembantu rumah dia je kan. Jadi tak payah sibuk. "Wanita tadi terus naik ke bilik Junmyeon meninggalkan Yeonra yang membulatkan matanya terkejut dengan tindakan gadis asing itu.

Yeonra memandang pintu bilik Junmyeon yang sudah ditutup rapat. Perempuan tu tak reti nak keluar ke?

Yeonra naik ke atas dan berhenti sebentar dihadapan pintu bilik Junmyeon. "Kau masih sama Junmyeon. Tak berubah langsung. "Rahangnya mengeras tatkala terkenang semula bagaimana Yeonsoo menangis setelah putus dengan Junmyeon. Tidak lupa juga punca mengapa Junmyeon bertindak untuk memutuskan hubungan dengan Yeonsoo.

******

Junmyeon membuka matanya sambil tangan kanannya memegang kepalanya. Terasa seperti sesuatu bergerak ditepinya membuatkan Junmyeon memandang ke tepi.

Membulat matanya melihat pekerja barunya atau lebih akrab dikenali sebagai Bae Joohyun tidur disebelahnya.

"Yeonra. "Nama gadis itu meniti di bibirnya. Tanpa membuang masa Junmyeon terus ke bilik Yeonra. Takut jika gadis itu salah faham.

"Sayang! Yeonra sayang! "Tangannya tidak berhenti mengetuk pintu bilik gadis itu. Apabila tiada jawapan, Junmyeon terus membuka pintu bilik tersebut namun kelibat gadis itu sudah tiada.

Almari baju juga dibiarkan terbuka seolah-olah membiarkan Junmyeon melihat isi kandungan almari yang telah kosong sebagai tanda Yeonra sudah tidak lagi di rumah itu.

Joohyun tersenyum puas melihat Junmyeon yang mula tidak tenang.

******

"Minumlah. "Gelas yang berisi milo diletakkan di atas meja. Dia melabuhkan punggungnya dihadapan Yeonra yang masih lagi menangis.

"Noona nak buat apa lepas ni? "Yeonra mengesat air matanya dengan tisu yang disediakan. "Aku nak pergi jauh dari Korea ni. Aku tak nak tengok dah muka dia. "Sehun tersenyum mendengar jawapan Yeonra.

"Saya boleh bawa noona jauh dari sini. "Yeonra memandang Sehun lalu mengangguk setuju. Yeonra terus baring di sofa setelah penat menangis.

"Eh noona, saya dah sediakan bilik untuk noona, baringlah sana. "Sehun menarik tangan Yeonra dan membawanya ke bilik yang berhadapan dengan biliknya.

Dengan perlahan-lahan dia membantu Yeonra untuk baring. "Kalau penat tidur dulu. Kalau perlukan apa-apa, panggil je saya. "Yeonra menganggukkan kepalanya sambil menutup matanya.

Sehun tersenyum gembira, dia bertekad akan mengambil semula hati gadis itu.







↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now