❁ 27 ❁

194 19 0
                                    

"Noona, macam mana benda tu boleh berlaku eh? "Reojun meletakkan telunjuknya di dagu seperti orang yang sedang berfikir. Padahal tu acah je, saja nak ganggu Yeonra yang sedang menjelingnya.

Sejak kejadian yang 'tidak disengajakan' tadi, Yeonra terus masuk ke biliknya dan tidak keluar sehingga malam.

"Jangan lah sebut benda tu lagi. Tu kemalangan tahu tak. "Reojun yang sedang membuat muka hodohnya dibaling dengan bantal.

"Aku tunggu anak buah tau. "Reojun terus berlari keluar. "Yah!!!!!! "Disangkanya Reojun memujuknya untuk makan malah adiknya itu datang hanya untuk menyakitkan hatinya.

Perut yang lapar hanya ditahan dengan melelapkan matanya.

******
"Aduh, laparnya perut aku. "Dengan malasnya Yeonra bangun sambil memegang perut kosongnya.

Sampai saja di dapur, Yeonra terus mengambil ramen dan mula memasak ramen tersebut. Bunyi tapak kaki mendekatinya membuatkan aktiviti memasak ramen tergendala.

Wuish ayat aku!

Badannya terkaku tatkala merasakan seseorang betul-betul berdiri di belakangnya. "Reojun, kau ke tu? "Namun tiada jawapan. Api dapur di padam dan mula merancang strategi untuk lari. Kot-kot hantu ke apa. Bak kata peribahasa, berlari sebelum melihat.

Namun lain pula yang jadi apabila Yeonra mula memusingkan badannya. Degupan jantungnya mula laju tatkala melihat Junmyeon yang hanya merenungnya.

"Erk, kau buat apa kat sini? "Yeonra cuba mengambil jarak dan sedaya upaya untuk tidak memandang Junmyeon.

"Aku nak minum. Tepi lah kau. "Bahu Yeonra ditolaknya sedikit. "Cakaplah nak minum air. Tak payah nak senyap-senyap. "Yeonra hanya berpeluk tubuh menunggu Junmyeon habis minum air.

"Kau masak apa tengah malam buta ni? "Junmyeon melihat ramen yang setengah masak di dalam periuk.

"Dah nampak kan? So pergi tidur balik juseyeo. "Sedaya upaya Yeonra bersopan-santun dengan pemilik rumah yang sedang di diamnya.

"Aku pun lapar. "Tanpa di jemput Junmyeon terus duduk di meja makan. Yeonra hanya mengecilkan matanya geram melihat Junmyeon yang seolah-olah tidak kesah tentang kejadian petang tadi.

Ramen yang sudah siap dimasak dihidangkan di atas meja. Suasana kekal senyap tatkala mereka mula makan.

Namun Junmyeon bertindak untuk memecahkan kesunyian tersebut. Chopstick diletakkan ke tepi.  "Kau pernah bercium ke sebelum ni? "Yeonra terus tersedak tatkala mendengar soalan yang mematikan dari Junmyeon namun Yeonra cuba untuk tenang.

"Kau lain. Aku lain. "Yeonra terus menghirup kuah ramen. Dia tidak tahan untuk lama-lama dengan Junmyeon di dapur.

"Apa maksud kau aku lain, kau lain? "Junmyeon berpeluk tubuh sambil matanya tidak lepas dari memandang Yeonra.

Namun Yeonra tidak berniat untuk menjawab pertanyaan Junmyeon malah gadis itu berdiri dan membasuh mangkuk dan kuali yang sudah digunakannya.

"Takkan lah tu... "Yeonra mula berdebar menunggu perkataan Junmyeon. "First kiss kau? "Bunyi bisikkan Junmyeon di belakang telinganya membuatkan bulu roma Yeonra meremang.

Melihat Yeonra yang hanya diam membuatkan Junmyeon tersenyum sinis. Junmyeon mula menyakat Yeonra membuatkan gadis itu geram.

"Ex kau banyak tapi kau tak pernah cium pun diorang? "Yeonra terus melangkah pergi tanpa menjawab satu pun perkataan Junmyeon.

"Yeonra. "Yeonra terus berhenti di tepi tangga tatkala Junmyeon memanggilnya. "Susah sangat ke kau nak terima aku? "Sekali lagi jantungnya berdegup kencang mendengar pertanyaan Junmyeon. Melihat Yeonra hanya diam, Junmyeon hanya menganggukkan kepalanya dan tersenyum pasrah.

"Bagi aku masa. "Yeonra terus naik meninggalkan Junmyeon yang hanya menundukkan kepalanya. Betul kata orang. Cinta tak semestinya memiliki. Junmyeon akur jika Yeonra bukan untuknya.








↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now