S2 : VIII

16 3 0
                                    


"Awak syak yang lelaki bernama Cha Eunwoo tu culik Oh Sehun?" Yeonra menganggukkan kepalanya sambil menghirup Coklat panas di rumah Seokjin.



"Lambat laun orang tangkap dia juga. Awak sabar ya?" Seokjin memeluk bahu Yeonra untuk menenangkan gadis itu. Dari pagi tadi Yeonra di rumahnya dan menceritakan tentang Sehun.



"Dah lama saya kat sini. Saya balik dulu ya?" Yeonra terus bangun dari sofa. Namun dengan cepat Seokjin menarik tanganya. "Dah lewat. Bahaya." Seokjin menundukkan kepalanya. Malu menahan Yeonra.



Tapi betul lah, bahaya untuk gadis macam Yeonra balik lewat malam macam ni.



"Stay sini, esok baru balik." Seokjin menarik tangan Yeenra sedikit kuat sehingga gadis itu terduduk semula di sofa. "Tak pa ke?" Yeonra menatap wajah merah Kim Seokjin. Comel pula doktor muda ni.



"Tak pa. Saya tidur bilik tetamu, awak tidur lah dalam bilik saya." Yeonra melihat tangan Seokjin yang masih tidak lepas memegang tangannya. "Ok."




**


"Seokjin-ssi." Seokjin terus membuka matanya dan melihat Yeonra berdiri di pintu bilik tetamu. Baru sahaja dia mahu melelapkan matanya selepas mandi.



"Kenapa Yeonra?" Seokjin menukar posisinya dan duduk di katil. "Boleh saya tidur dengan awak?" Yeonra menundukkan kepalanya sambil memeluk patung RJ.



Dia bermimpi yang Eunwoo akan membunuhnya seperti Sehun sehingga tidak mampu melelapkan matanya. "Come." Seokjin bergerak ke tepi sambil menepuk tempat di sebelahnya.



Yeonra terus baring di sebelah Seokjin sambil menatap wajah Seokjin. Dia percayakan Seokjin. Lelaki itu sangat baik baginya.



"Awak ok ke?" Seokjin ikut baring disebelah Yeonra. Dia juga meletakkan bantal guling di antara mereka supaya Yeonra berasa selesa.



"Hmm."



**


"Kemana kamu- eh Seokjin! " Puan Ahn terus menarik tangan Seokjin masuk ke dalam rumah meninggalkan Yeonra di luar. Mati-mati Yeonra ingatkan ibunya akan mengamuk.



Memang kebiasaan ibunya akan menarik masuk orang yang dia sukai. Yeonra teringat waktu Sehun ke rumah mereka. Ibunya juga menarik tangan Sehun dan melayannya seperti anak sendiri.



Yeonra tersenyum kecil mengenang semula kenangannya dengan Sehun. Apa-apapun dia berharap siapa sahaja yang bersalah dalam kes Sehun akan ditangkap dan dihukum.



"Ha, Yeonra, tercegat kat situ dah kenapa?" Yeonra terus masuk ke dalam rumah. "Jadi semalam Yeonra tidur di rumah kamu ya" Seokjin menganggukkan kepalanya sambil menyuap nasi yang disediakan oleh Puan Ahn. Sebenarmya nasi itu untuk Yeonra.



Tapi dia tidak melihat bayangan anak gadisnya di dalam bilik.



"Maaf Puan." Seokjin menundukkan kepalanya berkali-kali. "Eh, tak pa. Lagi pun kamu berduakan pasangan sejoli, mama tak marah pun. Ha, lagi satu, jangan panggil puan, panggil je mama."



"Baik mama!"



Yeonra hanya mengjongketkan keningnya melihat gelagat Seokjin dan ibunya.
















***

SILA COMMENT "SAYANG EUNWOO" 🤭

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now