❁ 25 ❁

220 20 0
                                    

"Junmyeon, tolong ambilkan aku bantal kat sofa tu. Aku rasa macam bantal hospital ni tak cukuplah. "Tanpa berjawab, Junmyeon terus mengambil bantal di atas sofa dan terus membalingnya tepat ke muka Yeonra.

"Aduh! "Yeonra terus menutup wajahnya seolah-olah sakit yang teramat. Junmyeon yang tadi ketawa kini senyap dan mendekati Yeonra.

"Weh, kau ok tak? "Tangannya cuba mengalihkan tangan Yeonra dari mukanya. Namun gadis itu hanya diam dan tetap menutup mukanya dengan tangan.

"Weh kau jangan main-main weh. "Tanpa disedarinya, Yeonra terus mencubit kedua belah pipi Junmyeon. Apa lagi, menjerit sakan Junmyeon di sebabnya.

"Buat lagi. Entah apa yang aku cubit kalau kau baling aku dengan bantal lagi. "

"Mama!! Noona sedang bercium dengan Junmyeon hyung! Jangan masuk dulu! "Kedengaran suara Reojun mencegah keluarganya dari masuk ke dalam wad Yeonra akibat salah faham.

Dengan cepat Yeonra menolak wajah Junmyeon. "Woi masuk jelah aku tak cium dia pun. Jangan berangan sangat! "Dengan was-was keluarga Yeonra masuk.

"Yang kau bersungguh-sungguh tutup mata tu kenapa? "Reojun terus membuka mata kanannya. Apabila kelihat Yeonra merenungnya tajam, Reojun terus membuka mata kirinya.

"Selamat. "Reojun terus membuar aksi lega. Kau tahu macam mana aksi lega?

"Sayang!! Good morning!! "
Baby! Good morning! "Dan semestinya anda tahu Taehyung dan Taeyong mengatakan itu dengan serentak hanya panggilan yang berbeza.

"Macam mana pula diorang ni ada? "Yeonra mula mengeluh melihat kedua manusia yang merimaskannya.

"Yeon jangan macam tu. Kalau Junmyeon takda, diorang yang jaga kau tahu? "Yeonra terus memandang ibunya.

"Biar betul? Entah apa yang diorang ni buat kat aku. "Mendengar jawapan Yeonra, Taehyung dan Taeyong terus membuat muka sedih.

"Kita orang jaga noona baik-baik tau. Tak da jahat-jahat. "Taehyung mula membela diri manakala Taeyong mengangguk setuju.

"Yelah. Aku percaya korang. Apa yang korang bawa tu? "Matanya tidak lepas dari memandang plastik besar yang dibawa oleh Taeyoung dan Taehyung.

"Mochi! "Seperti kembar yang tak sama ibu bapa, sekali lagi Taehyung dan Taeyong menjawab serentak.

"Comellah korang ni. "Junmyeon terus mencubit pipi Taehyung dan Taeyong. Menjerit dua orang tu.

"Agaknya macam ni lah noona kau kawin tiga. "Bisikan Reojun membuatkan Yeonra memukul kepala adiknya itu.

Reojun terus lari ke belakang ibunya. "Aku tahu kenapa noona pukul Reojun. Sebab noona setia kat Sehun hyung kan?? "Kedua bulu keningnya diangkat berkali-kali.

"Kalau hos ni tak bersambung dengan aku. Memang aku tumbuk muka kau tu. "Dengan cepat tangannya menggapai mochi yang dibawa oleh Taehyung dan Taeyong tadi.

Oh ya. Apa khabar si Sehun tu sekarang?

******
"Diorang dah balik ke? "Tanya Yeonra sambil matanya tidak lekang dari memandang telefon pintarnya.

"Dah. "Junmyeon terus duduk di sebelah katil Yeonra. "Emm, Yeonra. Kau dah ada boyfriend ke? "

"Tanya soalan macam tu. Nak try aku lah tu. "Dengan sinisnya Yeonra memandang Junmyeon. Sinis dalam gurauan yee.

"Memang aku nak try kau. Dari dulu. Kau je yang tak tahu. "Junmyeon terus menyandar di kerusi sambil berpeluk tubuh.

Yeonra membuat muka menyampah. "Kalau aku dah ada boyfriend, adalah kau nampak batang hidung dia kat sebelah aku. "Yeonra terus menutup telefonnya.

"Kau mention aku lah tu. Tiap hari kau nampak batang hidung aku kat sebelah kau. "Dengan bangganya Junmyeon menyakat Yeonra.

"Kepala otak kau. "Junmyeon hanya ketawa dengan reaksi yang ditunjukan oleh Yeonra.

"Kalau aku nak kau jadi girlfriend kau, kau terima tak? "Sama ada Junmyeon sengaja atau tidak menanyakan soalan begitu.

"Entah. "Yeonra membuang pandangan ke luar tingkap.

"Dah lah. Kau pergi tidur. Dah lewat ni. "Junmyeon terus bangun dan baring di sofa.

"Kau memang tidur sana ke? "Yeonra mengerutkan dahinya. Memang tak balik ke laki ni?

"Sofa ni dah jadi katil aku sejak kau koma tahun lepas. "Junmyeon terus melelapkan matanya sambil berpeluk tubuh.

Rasa kesian di hati membuatkan Yeonra berfikir keras sama ada membawa Junmyeon tidur di atas katilnya atau membiarkan sahaja lelaki itu tidur di sofa.

"Junmyeon. "Junmyeon membuka semula matanya.

"Tidur dengan aku sini. "Yeonra bergerak ke kiri sedikit untuk memberi ruang kepada Junmyeon.

"Ni tanda-tanda kau terima aku ke apa ni? "Tanpa membuang masa Junmyeon terus baring di sebelah Yeonra.

"Jangan banyak cakap. Aku bagi kau tidur sini sebab kesiankan kau. "Yeonra terus mengiring membelakangi Junmyeon.









↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now