S2 : XXV

18 2 0
                                    

“Kandungan dia lemah sebab tidak makan 3 hari. Dia akan di tahan seminggu.” Seokjin menganggukkan kepalanya. Dia dapat lihat pipi Yeonra agak cengkung. Perut Yeonra diusap lembut.

“Mujur baby papa kuat. Maafkan papa sebab tak jaga kamu berdua baik-baik.” Seokjin terus mengucup perut Yeonra. “Hyung!” Seokjin menoleh ke pintu wad vip. Jimin terus mendekati katil hospital dengan wajah risau.

Pagi tadi Jaehyun telefon memberitahu Yeonra ditahan di hopital, Jimin terus bergegas ke Seoul. Hampir saja dia masuk ke balai perlepasan untuk balik semula ke Itali.

“Dia lemah.” Seokjin menundukkan kepalanya. Keadaan Yeonra sangat lemah setelah diperiksa oleh Doktor Minseok. “Apa jadi hyung?” Seokjin dapat lihat mata Jimin sudah berair. Namun Jimin  tahan agar tidak menangis di situ.

“Dia di culik masa aku ke tandas hari tu.”

“Kalau aku tak minta korang berdua hantar aku, tentu benda ni tak jadi hyung.” Jimin terus melutut di hadapan Seokjin. Rasa bersalah sebab dia punca semua ini.

“Bukan salah kau Jimin, hyung yang biarkan dia sendirian masa tu.” Seokjin terus menarik tangan Jimin agar lelaki itu berdiri.

“Seokjin-ssi.” Seokjin dan Jimin terus memandang Yeonra yang sudah sedar. Dari tadi dia tengok drama air mata dua orang lelaki itu.

“Sayang nak minum air? Lapar tak? Kejap sayang saya panggil doktor!” baru saja Seokjin mahu bangun, Jimin terus menahan. “Biar aku panggil doktor.” Seokjin menganggukkan kepalanya.

Yeonra terus menyentuh perutnya, risau jika berlaku apa-apa pada bayinya. Tidak lama kemudian dia mengeluh lega. “Baby lemah sikit. Tapi dia kuat.” Seokjin menggeggam erat tangan Yeonra lalu mengambil bekal makanan yang dia masak pagi tadi.

“Awak perlu makan.” Seokjin terus mengambil sudu dan menyuakan makanan di hadapan mulut Yeonra. “Aa, kereta api nak masuk.” Yeonra hanya memandang Seokjin dengan riak datar.

“Saya boleh suap diri sendiri lah. Ingat budak ke, sampai kereta api nak masuk?” Seokjin terus menggelengkan kepalanya sambil memuncungkan bibirnya. “Tak boleh! Saya nak suapkan awak juga!”

Yeonra terus menghela nafas pasrah dan menyuap makanan tadi. “Em! Sedap lah, awak masak ke?” Seokjin menganggukkan kepalanya sambil tersenyum suka.

“Aww, future husband masak sedap!”

“FUTURE HUSBAND?!” Seokjin terus meletakkan bekas makanan ketepi. Dia nak lompat kejap. “Ya lah, future husband.” Yeonra tersenyum kecil melihat Seokjin yang gembira bukan main lagi.

“Macam mana keadaan Puan?” Seokjin terus duduk semula sambil menayang wajah selamba seolah-olah tidak terjadi apa-apa.

“Saya ok.” Doktor Minseok menganggukkan kepalanya. “Doktor Kim tak pernah cakap pun yang dia dah ada isteri.” Doktor Minseok ketawa kecil.

Seokjin agak berahsia sikit jika berkenaan dengan kehidupan peribadinya.

“Hyung, kan saya dah cakap, jangan formal sangat.” Seokjin bercekak pinggang memandang doktor Minseok. Lelaki itu hanya ketawa melihat gelagat Seokjin.

“Mana tak formalnya, awak tu anak pengarah hospital. Nanti awak juga yang jadi boss saya.” Seokjin menggelengkan kepalanya. Tidak setuju. Doktor Minseok juga senior kat hospital, dia baru je masuk 5 tahu lepas. Doktor Minseok dah berkhidmat disini 9 tahun.

“Saya panggil sunbae lah kalau macam tu.” Seokjin berpeluk tubuh. Kecil hati juga dia bila Doktor Minseok formal. Macam jauh je rasa. Dia nak rapat dengan doktor Minseok. Tapi doktor itu terlalu sopan.

“Eh, jangan, nanti pengarah Kim fikir saya buli awak.”

Seokjin masih mahu merajuk, Yeonra terus mencuit pinggang Seokjin. Tak elok betul dah tua masih nak merajuk.

“Apa sayang?” Seokjin terus fokus memandang Yeonra.

Belum sempat Yeonra nak membebel, seseorang terus merempuh masuk ke dalam wad persendirian Yeonra. “ Oh my Seokjin! Sejak bila kamu beristeri?” Seorang wanita paruh baya berjalan sambil mengipas dirinya dengan kipas kertas mendekati Yeonra.

“Oh, menantu mak cantik sekali! Padan dengan anak mak yang hensem ni!” kedua belah pipi Yeonra ditekup. “Mak, Jin belum kawin.”

“HAH?!” Semua yang ada disitu kecuali Jimin dan Yeonra terkejut.

“Habis tu? Kenapa kamu kenyangkan dia dulu?! Aduh, Anak mama dah pandai kenyangkan anak dara orang! Aduhduh!” Yeonra hanya mengigit bibirnya. Puan Kim ni memang berdramatik orangnya.

“Apa? Seokjin baba dah pandai kenyangkan anak dara orang? Wah bertuah punya budak!” kebetulan pengarah Kim juga mahu melawat Yeonra.

“Macam mana mak dengan baba tahu Jin kat sini?” hauran juga dia bila kedua orang tuanya tahu tentang Yeonra. Setahu dia, dia belum pernah cerita pasal Yeonra.

“Doktor Kim bagitahu baba dan mak. Lagipun kamu dah jarang balik rumah.” Seokjin terus memandang ke arah Doktor Minseok yang tersengih. “Erk, alamak saya ada kerjalah. Bye!” Doktor Minseok terus berlari keluar.

“Jin, kamu kena tanggungjawab! Mak tak ajar kamu buntingkan anak orang tanpa ada ikatan sah!”

“Ya, nanti saya lamar dia. Mak dengan baba jangan risau!” Seokjin terus memeluk bahu Yeonra.“Anak mama!” Puan Ahn terus memeluk Yeonra manakala yang lain hanya diam. “Kenapa banyak orang disini?”

“Saya Kim raehee, bakal besan awak.” Dengan penuh gaya Puan Kim menghulurkan tangan. Puan Ahn tersenyum lalu menyambut huluran tangan Puan Kim.

“Yeon sepupuku!” semua orang terus memandang seseorang yang amat jarang keluar di ff ini. Yang lain terdiam sambil melihat ke arahnya.

“Apa? Tak pernah tengok aku ke?” Jimin terus memeluk lelaki itu. Sudah lama mereka tidak berjumpa. Seokjin juga terus berlari memeluk Jimin dan lelaki itu.

“Yoongi Hyung!” Yoongi yang awalnya hairan terus memeluk Seokjin dan Jimin.

“Wah, dah lama ya kita tak berjumpa. Weh korang kerja apa sekarang? Aku ada buka ladang tangerine tau. Ha datang lah ke kebun Min Suga.” Alang-alang ke situ, elok lah dia mempromosikan kebun tangerine nya.

“Jap, asal sepupu aku tu gemok?” Yeonra terus membulatkan matanya. Mulut Yoongi ni lagi kuangajo dari Jaehyun dan Reojun. “Hey, menantu saya tak gemok lah! Dalam ni anak cucu saya tahu tak!” Puan Kim bercekak pinggang manakala pengarah Kim menenagkan isterinya.

“Cucu? Anak siapa?” Yoongi mengecilkan matanya. Sepupu kesayangan dia teraniaya ke?

“Anak aku bro.” Seokjin menepuk bahu Yoongi dengan riak bangganya. Semakin mengecil mata Yoongi. Berani Seokjin membuntingkan sepupu intan panyung dia tanpa ikatan sah?

“Yoongi oppa! Oppa bawa apa tu?” seakan tahu ada gunung berapi bakal meletus, Yeonra terus mengalihkan perhatian Yoongi. Sebelum berjalan mendekati Yeonra, Yoongi sempat menjeling Seokjin. Tergamam budak tu dibuatnya.

“Oppa bawa chicken noodle soup! Kawan oppa dari Gwangju bagi. Makan lah!” Yoongi tersenyum manis. Tidak lama kemudia dia menjeling Seokjin semula.

“A-apa main jeling-jeling?” Seokjin menyorok di belakang Jimin. Yoongi kalau marah jangan dibuat main, silap hari bulan kau tidur di kandang shappy. Biar shappy tidur atas katil kau.

“Mak dengan baba pergi dulu ya. Jaga menantu mak elok-elok.” Setelah lama diam, puan Kim dan Pengarah Kim meminta diri keluar diikuti puan Ahn kerana dia harus menjemput encik Ahn di lapangan terbang bersama Jaehyun.

“Sayang, nak sikit.”

“Jangan dekat Kim Seokjin!” Yoongi pantas mendepakan tangannya. “Apa? Aku ni hyung kau tau!” Seokjin memukul bahu Yoongi. Amboi zaman universiti dulu, Seokjin yang paling banyak belanja dia dan kawan yang lain makan. Sekarang nak marah-marah pula.

“Hyung minta maaf kalau hyung sentuh sepupu kau. Hyung akan tanggungjawab. Percaya lah!” Seokjin mengangkat tangan kanannya bersumpah akan melindungi Ahn Yeonra.

“Iye ke?” Yoongi mengecilkan matanya. Lama-lama dia pejam mata nanti.

“Tepi lah!” Seokjin terus menolak badan Yoongi dan mendekati Yeonra. “Yelah. Aku percaya dengan Hyung. Aku nak cari budak Eunwoo tu. Nak pukul dia guna batang penyapu.” Yoongi terus meminta diri. Jaehyun yang cerita semua apa yang berlaku kepada Yeonra. Jadi dia nekad nak putuskan urat leher Eunwoo.

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now