❁ 6 ❁

471 42 0
                                    

Junmyeon duduk di meja kerjanya sambil termenung jauh. Sudah tiga tahun dia cuba mengejar Ahn Yeonra, adik kepada ex nya.

Namun gadis itu masih keraskan hati untuk tidak menerimanya. "Susah sangat ke kau nak terima aku? "

Teringat dia waktu kali pertama melihat gadis itu.

Flashback

"Jom masuk. "Yeonsoo menarik tangan Junmyeon masuk ke dalam rumah keluarganya. "Ma, kenalkan ini kawan aku. Kim Junmyeon. "Mama tersenyum mengusik.

"Kawan ke teman lelaki? "Junmyeon tersenyum sambil menundukkan kepalanya. "Ya, teman lelaki aku. "Yeonsoo memeluk lengan Junmyeon. Setelah  itu mereka terus duduk di sofa.

"Ma! Kami dah balik! "Serentak semua orang yang ada di ruang tamu melihat ke pintu utama. "Anak mama dah balik. "Mama bangun dan mendekati ke dua anaknya.

"Mama,siapa yang datang ni?"tanya Ryojun tatkala melihat orang asing yang tidak pernah dia lihat datang kerumah mereka bersama dengan noonanya.

"Oh, itu Boyfriend noona kau. Hensem kan, pandai noona kau cari menantu. "Mama tersenyum suka. Siapa tak suka kalau anak bawa menantu hensem? Tak sabar nak timang cucu agaknya.

Yeonra melihat ke arah Junmyeon sedikit pun tidak ingin sentum kepada lelaki itu. Dia tidak sedap hati dengan kehadiran Kim Junmyeon di dalam rumah keluarganya.

Junmyeon terkaku melihat Yeonra. Sejak itu dia mula terfikirkan gadis itu. Banyak cara yang dia buat agar Yeonsoo melepaskannya.

"Yeonsoo. "Yeonsoo mengalihkan pandangannya dari terus memandang langit gelap. Merah pipinya tatkala Junmyeon mendekatkan dirinya.

Junmyeon menghela nafas. Entah kenapa dia rasa bergitu nekad sekali mengakhiri hubungan yang hampir 3 tahun mereka bina hanya disebabkan adik wanita itu sendiri.

Keputusan yang akan memakan dirinya sendiri.

"Hubungan kita sampai di sini sahaja. Oppa dah ada orang lain. "Dengan lancar Junmyeon mengatakan hasratnya untuk bertemu dengan gadis itu.

"Oppa jangan-"

"Kita putus. Maafkan oppa. "Junmyeon terus bangun meninggalkan Yeonsoo. Air mata yang bertakung di tubir mata dibiarkan sahaja.

Semua ini salah Ahn Yeonra.

Flashback end

"Betulah orang kata, cinta pandang pertama itu wujud. "Junmyeon ketawa hambar sambil menundukkan kepalanya.

Keputusan yang dibuatnya benar-benar telah memakan dirinya sendiri.

******
Yeonra duduk di atas katilnya. Nafas berat di hela. Kenapa Kim Junmyeon mendekatinya sedangkan lelaki itu tahu Yeonra siapa.

Apa motif lelaki itu sebenarnya? Dendam antara keluarga? Tak juga. Keluarga Ahn tak da musuh. Kalau ada pun siapa?

Bila terkenang semula keadaan Yeonsoo setelah putus dengan Junmyeon membuatkan Yeonra mengepal tangannya.

Dia kena berjaga-jaga supaya tak jatuh dalam perangkap lelaki itu.

Tiba-tiba Yeonra terfikirkan tentang lelaki misteri yang selalu mengintipnya. "Siapa pula lelaki tu? "Kusut fikirannya disebabkan lelaki.

"Asal banyak lelaki yang nak dekat aku? Nak kata cantik? Aku memang cantik. "

Buk!

Dengan cepat Yeonra melihat ke luar balkoni bilik nya. Yeonra bangun dan melihat keluar.

Yeonra menghela nafas. Ingatkan siapa tadi, rupanya Byun Baekhyun. "kau kenapa?" tanya Baekhyun melalui kertas macam lagu taylor swift tu.

Yeonra mengambil kertas lukisan yang dia curi dari bilik Ryojun dan menulis sesuatu di kertas tadi.

"Aku rasa nak luahkan sesuatu kat kau. "Walaupun mereka selalu bergaduh. Tetapi mereka selalu berkongsi masalah bersama. Sweet tak?

"Ok harini kat bumbung rumah aku pulak. Aku mengidam nak tengok bintang dengan kau. "Yeonra tersenyum dan mengangguk.

*****

"Jadi sekarang ni Kim Junmyeon tu target kau lah? "Yeonra hanya menganggukkan kepalanya sambil bermain dengan jarinya.

"Pelik kesah kau ni. Kalau betulah dia target kau, baik kau jauhkan diri dari dia. Bukan aku tak tahu family kau haters dia. Kalau kau dekat dengan dia, mati. "Dengan dramatiknya Baekhyun menunjukkan aksi mati yang sebetulnya.

"Jangan fikirkan sangatlah masalah tu. Kita ni masih muda, tak bagus overthinking. Jom tengok bulan. "Baekhyun dan Yeonra terus baring berbantalkan lengan.

Seorang lelaki berpakai serba hitam melihat mereka dari jauh. Tangannya digenggam sehingga menunjukkan urat-urat tangannya setelah itu dia berlalu pergi.








↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now