S2 : XXVI

15 1 0
                                    

“Ni Cha Eunwoo kan?” Yoongi terus menolak Eunwoo di hadapan Inspektor Yoo yang sedang berbincang dengan Baekhyun. Setelah tahu berita ke hilangan Yeonra, Baekhyun terus mahu bekerjasama dengan Inspektor Yoo.

Dia tidak kesah jika Eunwoo tidak di tangkap atas kesalahannya, namun jika Eunwoo sudah melibatkan Yeonra, Baekhyun tidak akan tinggal diam.

“M-macam mana kau boleh jumpa dia?” Baekhyun masih syok dengan kebolehan Yoongi menangkap Eunwoo dalam masa seminggu. Yoongi sendiri yang menawarkan diri untuk mencari Eunwoo.

“Cepat ambil dia, sebelum aku bertindak.” Yoongi menggenggam tanganya untuk menahan diri dari membelasah Eunwoo. Eunwoo hanya ketawa sinis melihat Yoongi. “Kau sapa?”

“Kau tak kenal bekas ketua Samseng Daegu?” Yoongi menjongketkan kening kanannya sambil bercekak pinggang.

Ya Min Yoongi bekas ketua samseng dari Daegu yang paling digeruni oleh semua penduduk Korea. Namun dia tidak akan turun tangan jika berkaitan dengan membunuh. Dia ada anak buahnya sendiri untuk di arahkan membunuh.

Tapi dia hanya membunuh orang yang bersalah sahaja. Dia juga sudah dibebaskan dari penjarah sejak 6 tahun lepas. Sejak itu dia memulakan hobi baru, iaitu menanam tangerine.

Wajah Eunwoo kelihatan cuak sedikit, namun ditutup dengan senyuman sinisnya. “Kau fikir aku takut?” Yoongi hanya tersenyum melihat keberanian Eunwoo. Dua orang inspektor di situ hanya diam melihat drama samseng dan psiko dihadapan mereka.

“Aku tak nak kotorkan tangan aku dengan sampah macam kau. Hoi, masukkan dia dalam penjara, hukum dia setimpal dengan kesalahan dia. Aku blah dulu.” Dengan swagnya Yoongi pergi meninggalkan pejabat penyasatan milik insepktor Yoo.

Kim Junmyeon juga sudah ditangkap semasa Baekhyun menyelamatkan Yeonra. “Dah bersedia masuk ke dalam neraka?” unspektor Yoo dan Baekhyun ketawa.

Didalam penjara juga tidak kurang musuh Cha Eunwoo. Jadi eloklah bagi para musuh itu balas dendam terlebih dahulu.

**

“Ma, Yeonsoo eonni kat mana?” Puan Ahn agak terkejut dengan pertanyaan Yeonra. Namun dia tersenyum, walaupun Yeonsoo sudah menyakiti adiknya, Yeonra tetap menanyakan tentang Yeonsoo.

“Dia di Amerika sekarang. Dia...disahkan menghidap kanser rahim selepas kejadian kamu terjumpa dia dan Seokjin.” Yeonra menutup mulutnya. Dia terlalu kecewa sampai tidak tahu apa yang telah terjadi kepada kakaknya.

“Seokjin juga rasa bersalah, sebab dia tendang perut Yeonsoo. Dia fikir Yeonsoo hanya mengalami keguguran. Tidak sangka Yeonsoo juga menghidap kanser rahim.” Puan Ahn mengeluh. Dia juga marah dengan tindakan Kim Seokjin yang kasar dengan Yeonsoo.

Tapi dia tahu, yang salah sebenarnya Yeonsoo. Berkali-kali juga Seokjin datang minta maaf. Kadang-kadang lelaki itu datang pukul 3 pagi kerana tidak dapat tidur disebabkan rasa bersalahnya.

Dia juga kecewa kerana Junmyeon juga terlibat dalam kes penculikan Yeonra. “Ma, Nini siapa jaga?” teringat pula dia kepada anak perempuan Yeonsoo dan Junmyeon.

“Keluarga Junmyeon yang jaga. Diorang tak bagi mama jumpa Nini.” Air mata puan Ahn jatuh. Keluarga Junmyeon tidak mahu menyerahkan Nini. Puan Ahn sendiri pun tidak tahu alasannya.

“Ma, Nini tu cucu mama juga. Kenapa mama hanya diam?” geram dia dengan keluarga Junmyeon yang bertindak tidak adil. “Mama tak diam, dah berkali-kali mama cuba jumpa dengan Nini. Diorang tak bagi.” Yeonra hanya diam sambil memeluk bahu ibunya.

“Maaf sebab Yeon tak dapat buat apa-apa.” Dia rasa bersalah. Dari dulu lagi dia dan Yeonsoo buat masalah dan yang paling terkesan puan Ahn.

**
Yeonra bangun dari pembaringannya tatkala matanya tidak mahu tidur. Mana tidaknya, dia rindu Seokjin. Dari awal pagi tadi lelaki itu tidak menghubunginya.

Dia faham yang Seokjin sangat sibuk memandangkan lelaki itu doktor. Tapi dia tidak dapat menahan rindunya.

Yeonra terus bangun dan bersiap untuk keluar. Dia yakin yang Seokjin masih di hospital.

**
“Puan cari siapa?”

“Doktor Kim Seokjin ada tak?” staff disitu menyemak jadual doktor dan terus menganggukkan kepalanya. “Doktor Kim sedang dalam dewan bedah. Boleh saya tahu Puan ni siapa?”

Yeonra terdiam. Apa dia nak cakap? Girlfriend? Tapi dia kan mengandung. “Saya...” Yeonra mengigit bibirnya.

“Dia isteri Doktor Kim.” Yeonra mengeluh lega melihat Doktor Minseok mendekatinya. “Oh, maafkan saya Puan! Mari saya bawa puan ke bilik doktor Kim!” staff tersebut terus berjalan mendekati Yeonra.

“Tak pa, saya tahu bilik dia di mana. Terima kasih.” Setelah berbual sekejap dengan Doktor Minseok, Yeonra terus masuk ke bilik Seokjin.

Dia tersenyum tatkala hidungnya mencium wangian Seokjin dalam seluruh bilik itu. “Sekurang-kurangnya cium bau.” Yeonra terus duduk disofa sambil mengelus perutnya. 2 bulan lagi baby dia akan lahir.

Tanpa dapat di tahan, Yeonra terus melelapkan matanya.

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now