S2 : VI

16 3 0
                                    

Yeonra termenung di balkoni rumahnya. Dia risau kalau Yeonsoo sakit hati tengok dia dengan Seokjin semalam. Tapi, apa hak dia cemburu? Dia sudah berkahwin dengan Junmyeon.

"Yeon! Ada orang nak jumpa kamu!"Yeonra menghela nafas. Sejujurnya dia sangat malas nak keluar dari bilik. Banyak cara yang sudah Puan Ahn lakukan, agar Yeonra kembali menjalani hidupnya seperti biasa. Namun, semua usaha itu tidak berhasil

"Sapa yang nak jumpa.."Yeonra menghentikan langkahnya tatkala melihat Seokjin sedang tersenyum ke arahnya.

"Hai calon isteri!" Mahu saja Yeonra menayangkan wajah menyampah. Tapi dia pendam sahaja memandangkan Kim Seokjin ini banyak berjasa dengannya.

"Ada apa awak datang sini?" Yeonra terus duduk di sofa yang berhadapan dengan Seokjin. "Lah, tak boleh ke?" Lelaki itu mencebikan bibirnya. Nak merajuk kononnya.

"Boleh je." Yeonra tersenyum kekok. Manakala Seokjin tersenyum kecil. Suka betul dia melihat gadis itu. Tidak tahu kenapa, setiap kali dia memandang wajah cantik Yeonra, hatinya berasa tenang.

"Mama saya nak ajak awak dinner malam ni. Boleh ke?" Yeonra hanya berdiam diri. Nak terima ke tak? Kalau dia terima, apa reaksi Yeonsoo nanti? Kalau dia tak terima, dia akan kecewakan Seokjin.

"Yeonra?" Seokjin melambaikan tangannya dihadapan wajah Yeonra.

"Pukuk berapa?" Seokjin sudah tersenyum lebar. Maknanya, Yeonra terima pelawaan dia lah ni?

"Pukuk 7 petang. Nanti saya jemput awak. Pakai cantik-cantik tau!" Seokjin terus berdiri dari tempat duduknya. Melihat Yeonra kembali termenung telah menimbulkan satu idea nakalnya.

Dengan cepat Seokjin mengambil peluang untuk mengucup dahi Yeonra.

"Bye sayang!" Belum sempat Yeonra membebel, elok dia lari dulu.

******
"Oi! Bangun!" Lelaki yang sudah tidak betenaga itu dipandang dengan penuh benci. "Kenapa ada lelaki lain dengan Yeonra aku!" Pipi lelaki itu terus ditampar kuat membuatkan lelaki itu terjatuh ke atas lantai.

"Oh Sehun, hahahah aku fikir, dengan kurung kau kat sini, takkan ada lelaki lain " Eunwoo menundukkan badannya sambil tersenyum sinis melihat Sehun yang masih tidak dapat membuka matanya akibat ditoreh oleh Eunwoo.

"Oi, aku rasa aku patut tangkap laki tu. Kira bagus juga kan? Adalah kawan kau kat sini nanti." Pipi kanan Sehun di tepuk kasar.

Sehun bukan menghilangkan diri seperti yang difikirkan oleh Yeonsoo. Cha Eunwoo yang menculiknya. Awalnya Eunwoo berniat untuk membunuh Sehun. Namun baginya permainan ini tidak menyeronokan kalau dia terus membunuh Sehun.

Flashback

"Bro, kau datang cafe aku kejap. Aku ada sesuatu nak bagitahu kau." Sudah sekian lama Eunwoo tidak berhubung dengan nya, akhirnya lelaki itu meminta Sehun untuk datang ke cafe nya.

Tanpa buang masa Sehun terus datang ke cafe milik kawan baiknya itu. Sampai saja dia di sana, tiada satu orang pun di cafe Eunwoo.

"Eh, mari lah masuk! Buat apa tercegat kat situ Sehun oii." Ha, hebat tak lakonan budak Eunwoo tu? Semua orang boleh terperdaya dengan senyuman manisnya. Tiada siapa yang akan terfikir bahawa Eunwoo adalah seorang yang psiko.

Setelah lama mereka berbual, Sehun meminta diri ke toilet. Dan saat itu juga, Eunwoo terus bertindak memotong kaki Sehun menggunakan sabit.

Waktu itu nasib menyebelahi Eunwoo kerana kawasan cafe nya sunyi bahkan tiada penghuni kerana bangunan itu akan dirobohkan tidak lama lagi. Hanya cafe Eunwoo sahaja tidak tutup.

"Aku tak patut biarkan kau bersenang lenang dengan Yeonra aku." Bukan main sakit lagi hati dia tatkala Sehun memberinya kad jemputan perkahwinan Sehun dengan Yeonra.

"Biar aku yang jaga Yeonra untuk kau." Eunwoo terus memijak kaki Sehun yang luka.

"Terima kasih sebab dah bagi dia jumpa aku."

Eunwoo terus menarik badan Sehun kebelakang stor.















******

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now