❁ 32 ❁

212 17 2
                                    

Yeonra terus berlari ke lif setelah menanyakan bilik Yeonsoo di kaunter pertanyaan hospital. Setelah sampai, ahli keluarganya yang menangis adalah perkara pertama yang dilihatnya.

"Mama... Yeonsoo unnie mana? "Bahu puan Ahn di pegangnya. Namun ibunya tidak menjawab apa-apa dan terus menangis.

"Apa dah jadi? Yeonsoo unnie selamat tak? Kenapa semua tak jawab! "Junmyeon yang baru sahaja keluar dari wad Yeonsoo terkejut melihat Yeonra. Sudah lama dia tidak melihat gadis itu.

"Kenapa kau ada kat sini? Mana Yeonsoo! "Bahu Junmyeon ditolaknya. "Yeonsoo... Dah takda. "Junmyeon menundukkan kepalanya.

Yeonra menggelengkan kepalanya. "Kau tipu! Semua orang tipu! "Yeonra terus terduduk dilantai sambil mengulang ayat yang sama. Junmyeon terus memeluk Yeonra.

******
Yeonra melihat kotak barangan Yeonsoo yang tinggal. Buku berwarna biru laut diambilnya. Dia tahu ini diari Yeonsoo.

Diari dimuka surat pertama dibacanya. Diari itu mengesahkan kejadian dimana dia baru sahaja bertemu dengan Junmyeon.

Yeonra membaca keseluruhan diari yang di tulis oleh Yeonsoo sambil mengesat air matanya. Sehingga ke lembaran terakhir, Yeonra berhenti dan membaca semula diari Yeonsoo.

Dear dairy,

      Sekarang aku faham kenapa Junmyeon tinggalkan aku. Aku rela kalau dia bukan untuk aku. Aku perasan yang dia semakin dekat dengan Yeonra jadi aku tolong dia untuk berkawan dengan Yeonra. Sebab aku percaya yang Junmyeon lebih cintakan dia berbanding aku. Junmyeon boleh jaga dia lebih baik dari Sehun, Taehyung dan ex-ex dia yang lain. Aku harap, diorang boleh bahagia. Lebih bahagia dari aku.

Yeonra menutup diari Yeonsoo dan melihat ke langit. "Kesian Yeonsoo noona. Tak sempat nak tengok anak buah. "Reojun yang ikut memandang ke langit dijeling. "Kacau mood lah kau. "

"Aku dah dengar penjelasan Junmyeon hyung tentang apa yang terjadi setahun lepas. Tapi aku nak, kau sendiri yang dengar dia jelaskan. "Reojun memandang Yeonra yang menyimpan semula buku diari Yeonsoo ke dalam kotak.

"Apa dah jadi, jadi lah. Aku dah tak kesah. "Yeonra terus bangun dan meletakkan kotak barangan Yeonsoo di tepi meja.

"Turunkanlah ego kau tu. Kau kawin dengan Junmyeon hyung adalah permintaan terakhir Yeonsoo noona. Berulang-ulang dia kata benda yang sama sampai dia memutuskan nafas terakhir. "Yeonra hanya diam.

"Noona fikirkanlah ya. "Reojun menepuk bahu Yeonra dan terus keluar dari bilik gadis itu.

******

"Jelaskanlah. Aku nak dengar. "Yeonra berpeluk tubuh sambil memandang Junmyeon.

Junmyeon tersenyum sebelum memulakan percakapannya. "Bae Joohyun pekerja baru kat company saya. Nak dijadikan cerita, hari tu dia bawa saya minum sama-sama memandangkan kami balik awal. Saya mulanya tak nak, tapi dia paksa cakap tak lama je. Lepas tu saya dah tak tahu apa-apa. Bangun-bangun je nampak dia kat tepi. Saya terus keluar dan cari awak. Percayalah saya tak buat apa-apa pun. Dia hanya pekerja baru yang saya tak pernah kenal. "

Yeonra hanya menganggukkan kepalanya dan terus pergi. "Awak percayakan saya ke? "Yeonra hanya memandang Junmyeon tanpa riak.

"Baik kau jangan buat macam tu lagi sebelum aku betul-betul lari ke Afrika. "Junmyeon tersenyum mendengar jawapan Yeonra. Belum sempat Yeonra pergi, Junmyeon terus mencium bibir Yeonra.





"Noona, Reojun nak cari baju yang warna merah tu ada tak? Eh??? Wah! Hebatnya permandangan! "










↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯

Aku sebenarnya tak reti nk buat scene sedih. Tapi tanpa scene sedih siapalah FF kan?

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now