❁ 16 ❁

318 28 2
                                    

"HUWAAAAAAA MAMAAA JANGAN TINGGALKAN YEON MAAA!! "Reojun hanya menunjukkan muka pasrah apabila Yeonra mengelap hingus di bajunya.

"Ey, nasib kau kakak aku, kalau tak dah lama aku cekik kau. "Kepala Yeonra ditolaknya berkali-kali.

"MAA MENGAPA KAU TEGA MENINGGALKANKU DAN MEMBAWA KOOKIE BERSAMAMUU! "Jongin menggelengkan kepala.

"Eee Ahn Yeonra tak maluu menangis keluar hingus!! "Jongon dan Jongout menayangkan wajah yang penuh dengan kegelian yang nyata.

"DIAM AA! NI NASIB BAIK AKU TAK LAP KAT KORANG TAHU TAK! EYY. "Dua adik beradik tadi terus berlari masuk ke dalam kereta.

"Barang semua dah simpan? "Papa mendekati Jongin yang baru sahaja selesai menutup bonet kereta.

Jongin menganggukkan kepalanya sambil tersenyum melihat Yeonra yang sedang mengelap hingus dibaju Reojun.

"Ok. Jom kita berangkat. Kang lewat pula kita sampai kalau tak pergi-pergi. "Papa terus masuk kedalam kereta.

Jongin tersenyum sambil mendekati Yeonra yang sedang menangis sambil menarik hujung baju Reojun.

"Dah, hodoh beno muka menangis tu. Ambil ni, pakai lap hingus. Tak elok orang tengok hingus tu. "Sapu tangan berwarna putih dihulurkan.

Yeonra berhenti menangis dan menyambut sapu tangan yang dihulurkan oleh Jongin.

"Jangan nangis lagi tau. "Jongin mengusap rambut Yeonra dan terus pergi masuk ke dalam perut kereta.

Yeonra dan Reojun berdiri kaku melihat pemergian keluarga mereka. "Aku nak muntah. "Reojun masih lagi termenung jauh.

"HUWAAA!! "Reojun terkejut mendengar tangisan Yeonra. "Sudah dia mula lagi. "Reojun terus melangkah masuk ke dalam rumah diikuti Yeonra yang masih lagi belum melepaskan tangannya dari memegang hujung baju Reojun.

"DIA BAGI AKU SAPU TANGAN DIA WEHHH! WANGIIII! HUWAAAAAAA!! "

******
Dua bulan kemudian

"Woii bangun woii! Menyusahkan aku betullah eyy dahlah aku yang berjantina lelaki ni yang kena siapkan sarapan. Dia yang berjantina perempuan tu sedap buat tahi mata. Eyyy sabo jelahh! "Sejak kebelakangan ni, hobi Reojun hanya membebel je macam mak nenek ha.

"Hoii AHN YEONRA! BANGUN SEBELUM AKU PECAHKAN PINTU BILIK KAU NI! "

"EYYY! AKU DAH BANGUNLAH!! KAU JE YANG LAMBAT DAH KEJUTKAN AKU! "Reojun mencebikkan bibirnya sambil membuat muka menyampah.

"Alasannya sering kali ku dengar~~ alasannya sering kali kau ungkap~~"Reojun menuruni tangga sambil bernyanyi dengan nada suara yang cukup besar untuk memerli Yeonra.

Ding dong~~

"Ey siapa yang datang awal-awal pagi ni? "Reojun mendekati pintu utama.

"Ya cari siapa? "Reojun dengan ramahnya menyapa seorang makcik dengan dua orang lelaki berbadan sasa di belakangnya.

"Rumah ni bila nak bayar? Dari bulan lepas aku dah minta. Tak bayar-bayar kali ni no excuse. "Reojun menayangkan wajah hairan. Kenapa Yeonra tak bagitahu yang dia masih belum bayar sewa rumah?

"Boleh bagi sebulan lagi tak? "Yeonra yang sedang turun sambil mengeringkan rambutnya terkejut beruk melihat makcik tuan rumah datang.

"Aduhhh dia datang. Macam mana ni? Gaji aku tak cukup. "Setelah lama berfikir, akhirnya Yeonra mendekati Reojun dan makcik tua tersebut.

"Apa ni noona? Noona tak bayar rumah ke? Kenapa tak bagitahu Reojun? "Namun soalan Reojun dibiarkan sepi.

"Boleh tolong bagi sebulan lagi? Duit gaji saya tak cukup untuk bayar rumah ni. Tolong bagi saya sebulan lagi. "Reojun terkejut melihat Yeonra melutut dihadapan makcik tersebut.

"Noona! "Ditariknya semula badan Yeonra untuk berdiri. "Baiklah. Aku bagi kau masa sebulan lagi. Lepas sebulan kalau masih tak bayar juga, sila berambus dari rumah ni. "Makcik tersebut tersenyum sinis dan pergi meninggalkan rumah mereka.

Keadaan hening seketikan sebelum Reojun bersuara. "Kenapa noona tak bagitahu aku yang noona tak cukup duit untuk bayar rumah? "

Sejujurnya dia berasa marah dan kesian dalam masa yang sama. "Noona tak nak kamu risau. Dahlah hal ni serah kat noona je. "Reojun berpeluk tubuh.

"Mana noona nak cari duit? Bukan reojun tak tahu yang Eunwoo tu masih tak bayar gaji noona. "Yeonra hanya diam. Dia buntu macam mana nak cari duit dalam masa sebulan.

"Macam nilah, aku nak kerja. Boleh tolong noona bayar rumah ni."

"Tak payah. Kau fokus belajar je. Pasal rumah ni serah kat aku je. Jangan risau aku akan cari duit dalam masa terdekat ni. "Bahu Reojun ditepuknya perlahan agar adiknya tidak risau.

******

Yeonra memandang kosong mesin ATM dihadapannya. Masuk hari ini dah tiga bulan Eunwoo tak bayar gajinya dan tiga bulan tu juga Eunwoo menghilangkan diri.

Yeonra mengambil telefonnya dan mendail nombor Eunwoo.

Namun hampa Eunwoo tidak mengangkat panggilannya. "Apa aku nak buat?" Yeonra menyorokkan hal ini dari ahli keluarganya yang lain.

Yeonra juga sudah berpesan agar tidak payah meninggalkan duit kepadanya dan Reojun.

Yeonra buntu memikirkan bagaimana dia hendak mendapatkan duit untuk membayar hutang mereka dalam masa sebulan.

******

Dari jauh seseorang memerhati pergerakkan Yeonra yang baru sahaja keluar dari bank. Di dalam otaknya ligat berfikir bagaimana untuk mengambil wanita itu.

Bibirnya tersenyum sinis tatkala ideanya muncul dan terus memerhatikan pergerakkan Yeonra.








↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now