❁ 26 ❁

200 20 4
                                    

"Weh, memandangkan aku baru je keluar dari hospital, apa kata kau masakkan aku makanan yang sedap? "Yeonra yang duduk bersila di atas sofa di ruang tamu dipandang lembut.

"Kau dengar tak apa yang aku kata ni? Asyik senyum je kerja. "Yeonra terus membuang pandangan ke tepi sambil mencebikkan bibirnya.

"Anything for you my future wife. "Dagu Yeonra dicuitnya tanpa rasa bersalah. Apa lagi, Yeonra terus mengangkat kakinya untuk menendang bontot Junmyeon.

Yeonra hanya memerhatikan Junmyeon yang sedang memakai apron. Kepalanya di sengetkan apabila Junmyeon dari tadi hanya membelek apron tersebut.

"Kau reti ke tak pakai apron tu? "Mulutnya dijuihkan ke apron yang masih berada di tangan Junmyeon.

"Hehe, tak reti. "Junmyeon terus menggaru kepalanya. Yeonra bangun sambil menghembus nafas. Kepalanya di gelengkan berkali-kali. Tulah kesan tak pernah masak dapur.

"Bagi sini apron tu. "Junmyeon hanya menurut dan memberikan apron ke Yeonra.

"Macamni. Ambil yang kiri ni masukkan kat tangan kiri dan lubang yang kanan ni pula masukkan kat tangan kanan. Dan last sekali-"Junmyeon kaku tatkala Yeonra mengikat tali apron sambil merenung matanya.

"Done. Kau boleh mula masak sekarang. "Yeonra terus duduk di meja makan sambil berpeluk tubuh. Rasa percayanya mula hilang tatkala melihat Junmyeon yang masih tak reti menggunakan apron.

Junmyeon mula mengambil bawang holland dan memotongnya dengan potongan yang besar. "Bukan macam tu lah. Bak sini pisau tu. "Yeonra bangun dan terus mengambil pisau yang dihulurkan oleh Junmyeon.

Sempat kepalanya digelengkan sebelum meminta Junmyeon agar duduk sahaja.

******
"Disebabkan aku dah masak, so kau kena kemas rumah kau yang serupa rumah terbiar ni. "Yeonra duduk di sofa sambil menyilangkan kakinya. Remote TV diambilnya.

Junmyeon akur dan terus menyapu ruang tamu. Boleh tahan rajin. Mohon di pikat cepat ya guys. Setelah selesai menyapu ruang tamu, Junmyeon terus mengambil mop. Dengan sengajanya Junmyeon mengemop dihadapan Yeonra.

"Weh, aku nak tengok TV, bukan bontotkan. So boleh ke tepi sikit tak? "Yeonra menolak bontot Junmyeon yang menganggu penglihatannya.

Bunyi deringan telefon pintar Yeonra membuatkan Yeonra terus bangun.

"Telefon kau kat dapur tu bernyanyi-nyanyi nak tuan dia angkat dia-" malang tak berbau apabila Yeonra tergelincir dan jatuh tepat di atas Junmyeon.

Shalalalalala~~~

Mereka berpandangan dalam masa yang lama. Telefon Yeonra yang tadi bersungguh-sungguh berdering kini kembali diam.

Junmyeon terus menyelitkan rambut Yeonra kebelakang telinga. Dengan perlahan-lahan tangannya menolak kepala Yeonra sehingga tiada ruang antara mereka hingga akhirnya bibir mereka bersatu.

Dan...











"Noona Reojun dah bali-"

↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now