S2 : XIII

21 2 0
                                    

"Kenapa kau yang jemput aku?" Yeonra mengecilkan matanya memandang wajah selamba Jungkook. "Aku wakil CEO, dia oversea. Kalau ikutkan, dia sendiri yang jemput noona." Jungkook berpeluk tubuh sambil itu matanya mmenatap wajah Yeonra.



Jantungnya berdegup kencang. Sudah lama dia tidak merasa perasaan ini. Hanya Yeonra sahaja ex yang dia susah untuk move on.



"Jap, aku macam kenal bau wangi ni." Jungkook mendekatkan wajahnya ke bahu Yeonra. Seperti bau rakan karibnya. "A-apa kau ni, jauhlah sikit eyyy. Kau fikir wangi ni sorang je ke yang beli?"



Yeonra menelan liur sambil memandang keluar tingkap. Seokjin ni pun satu, pakai wangi banyak sangat dah kenapa?



Teringatkan Seokjin, Yeonra menghela nafas. Macam mana dia nak hadap Seokjin lepas ni?



"Dah sampai." Yeonra terus memandang ke bangunan tinggi tersebut. Macam kenal je bangunan ni.



"Sini, aku tolong." Kotak di tangan Yeonra di ambil oleh Jungkook. "Agak-agak CEO akan sampai esok jadi kau kena ikut aku jemput dia." Yeonra mengaru kepalanya. Memang nak pergi mana-mana kena ikut ke apa?



"Esok ahad Jeon." Jungkook menoleh semula ke arah Yeonra sambil mendekatkan wajahnya.



"Jangan lupa yang noona tu secretary dia." Jungkook mengenyit matanya.




**



"Mama, saya dah balik!" Kunci kereta di letakkan di atas meja sambil melangkah ke dapur. Kedengaran bunyi Puan Ahn ketawa sambil berbual dengan seseorang.



"Yeon!" Puan Ahn menyapa Yeonra dengan teruja. Seokjin memusingkan badannya sambil tersenyum memandang Yeonra. Teragak-agak Yeonra mendekati mereka.



"Seokjin kata kamu pergi tak bagitahu dia." Yeonra dan Seokjin berpandangan. "Ma, saya nak cakap dengan Seokjin kejap." Yeonra terus bangun sambil menarik tangan Seokjin.



Yeonra terus menutup pintu bilik tidurnya. "Duduk situ." Seokjin hanya menurut dan duduk di birai katil Yeonra. Manakala gadis itu menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Seokjin.



"H-hal semalan, saya minta maaf." Seokjin hanya menundukkan kepalanya. Yalah, perempuan seperti Yeonra sudah tentu tidak akan menerima kenyataan yang dia sudah disentuh tanpa ikatan sah. Bahkan tiada hubungan istimewa antara mereka.



Yeonra hanya menghela nafas. Hal semalam bukan salah Seokjin seorang. Dia juga salah sebab tak mampu mengawal diri.



"Saya terima awak. Jadi lah boyfriend saya. Bantu saya move on, buat saya bahagia." Seokjin terus memandang Yeonra dengan senyuman gembira. Dengan cepat tangannya menarik tangan Yeonra sehingga membuatkan gadis itu duduk di atas pahanya.



"S-sebenarnya, saya tak pakai itu..." Seokjin menundukkan kepalanya sambil memeluk pinggang Yeonra. "Tak pakai apa?" Yeonra menjongketkan keningnya. Namun Seokjin hanya diam.



"Apa?" tanya Yeonra sekali lagi. Seokjin mencebikkan bibirnya. Berkerut dahi Yeonra. Tidak lama kemudian dia tahu maksud perkataan Seokjin. Terus dipukulnya bahu kanan Seokjin.



"Saya, keluarkan kat dalam." Kali ini Yeonra menumbuk kuat bahu Seokjin. "Aduh! Sakit sayang!" Seokjin menjerit kuat. Boleh tahan kuat tumbukan Yeonra walaupun tangan kecil.



"Buat apa tu?!" Puan Ahn cuba membuka pintu bilik Yeinra, namun berkunci. "Kalau ya pun, kawin lah dulu!" Yeonra hanya mengigit bibirnya. Mujurlah Puan Ahn terus pergi dari situ apabila mereka berdua hanya diam.



"Saya akan tanggungjawab." Seokjin menatap mata Yeonra. Gadis itu seperti mahu menangis. "Percayakan saya. Saya akan bertanggungjawab. Kalau saya lari pun. Awak pukul jelah saya guna batang besi." Kedua belah pipi Yeonra diusap.



"Kalau awak lari, Saya cekik batang leher awak." Seokjin membulatkan matanya tatkala Yeonra betul-betul meletakkan kedua tangannya di leher Seokjin seolah-olah ingin mencekik.



"Ya, janji." Seokjin memerhatikan baju Yeonra. "Ini saya punya kan?" Yeonra terus memandang ke arah lain.



"Tak pa ke? Nanti bau wangi saya melekat kat awak."



"Saya suka bau awak." Yeonra hanya diam melihat Seokjin tersenyum gatal. "Jangan senyum macam tu! Macam orang gatal tahu tak?!" Yeonra terus menyorokan wajahnya di dada Seokjin.



"Gatal dengan awak je." Seokjin mengoyangkan sedikit badannya sambil memeluk pinggang Yeonra.

















***
Hahahambar😌

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now