❁ 11 ❁

376 36 2
                                    

Yeonra turun sarapan dengan perasaan malas. Kakinya yang sakit diendahkan bagi mengelakkan perasaan curiga yang berlebihan dari keluarganya.

"Yo! Good morning sister! "Sapaan Reojun dibalas dengan anggukkan. Punggung dilabuhkan bersebelahan dengan Jaehyun. Laju sahaja tangannya mengambil roti bakar di pinggan Jaehyun.

"HOI! banyak cantik muka kau, dahlah tak gosok gigi, ambil roti aku lagi?! "Sekali lagi Yeonra mengendahkan semua orang.

"Papa dengan mama mana? "Yeonra terus menanya tatkala matanya melihat Yeonsoo keluar dari ruangan dapur.

"Mereka pergi beli barang dapur, katanya nak throwback saat-saat manis membeli belah bersama saat baru berkahwin dulu. "Yeonra menjongketkan keningnya. Tak sangka ibu bapa nya sweet gituu.

"Aku ingat nak bawa mama dengan papa bercutilah. "Yeonsoo kembali bersuara.

"Baguslah. Lagi pun mereka sunyi bila kita semua kerja. Kalau dengan Reojun ni, macam tak da anak pula. "Sambil itu matanya menjeling Reojun. Reojun juga menjelingnya sambil menggenggam gelas berisi ais susu.

"Nak melawanlah tu! "

"Sudahlah, macam budak-budak. "Jaehyun mencela.

"Bila nak bawa mama dengan papa bercuti? "

"Esok. Kita semua cutikan? "Yeonra mengeluh. "Aku tak da cuti. Aku tinggal je lah. Jaga rumah. "Yang lain hanya menganggukkan kepalanya.

********

Kenapa hari ini bergitu cepat sekali? "Mama ada suruh Sehun datang nanti dia tolong jaga Yeon ya. "Yeonra menggelengkan kepalanya tanda protes.

"Yeon dah besarlah ma."Yeonra merungut sambil mengikuti langkah mama ke belakang kereta.

"Bagi mama semua anak mama masih kecil. Jadi, no excuse. "Yeonra tidak membalas kata-kata mamanya dan masuk semula kedalam rumah.

"Korang dah nak pergi ke? "Yeonra membantu Yeonsoo menyimpan barang keperluan mereka masa cuti nanti.

"Ya. Jaga diri kau tu. Kami pergi dulu. "Yeonsoo terus keluar dan masuk kedalam perut kereta. Semua ahli keluarga Yeonra melambai tangan ke arah Yeonra tapi hanya dibalas dengan lambaian tangan tidak rela dari gadis itu.

Seketika rasa sunyi menemani Yeonra. "Macam nilah rasa kehidupan orang sunyi. "Baru sahaja Yeonra menutup pintu utama, dia kembali membuka pintu tatkala seseorang mengetuk pintu dari luar.

"Noona! "Keluhan kasar dilepaskan. "Masuklah. "Yeonra terus meninggalkan Sehun yang sedang menutup pintu.

"Hari ini sehingga minggu depan, saya Oh Sehun akan menjaga noona cantik yang ditinggali keluarganya. "Yeonra menjongketkan telinganya.

Baru sahaja Sehun ingin menghenyakkan punggunya disofa,bunyi ketukkan pintu membatalkan niatnya.

"Biar saya buka. "Dengan pantasnya Sehun berlari ke arah pintu dan membukanya. Berkerut dahinya melihat seorang lelaki yang kini memandangnya dengan dahi yang dikerutkan.

"Kau siapa? "Tanya mereka serentak.

"Aku boyfriend Yeonra. "Mereka menjawab dengan serentak

"Apa ni? Aku boyfriend Yeonralah, kau salah rumah ehh. "Sehun tersenyum paksa.

"Betulah di rumah Yeonra aku. "

"Siapa Yeonra kau? "Serentak mereka berdua memandang kebelakang.

"Eh, Junmyeon. Kau buat apa kat sini?"

"Noona kenal ke lelaki pelik ni? "Sambil itu matanya memandang jengkel kearah Junmyeon.

"Masuklah. "Pelawa Yeonra tanpa mengendahkan Sehun. Kasihanilah Sehun kita ya.

"Kenapa kau tiba-tiba berani kesini? Tak takut keluarga aku marah ke? "Yeonra membantu Junmyeon mengangkat barang yang dibawa Junmyeon tadi.

"Kakak kau yang suruh aku datang sini. "Jawab Junmyeon dengan selamba.

"APA?! KAKAK AKU? AHN YEONSOO? "Junmyeon menjarakkan diri dari Yeonra. Berdesing telinganya mendengar jeritan Yeonra.

"Tak percaya tanya dia. "Junmyeon pergi keruang tamu meninggalkan Yeonra yang terkebil-kebil dengan jawapannya.

"Weh, kau siapa? Kenapa aku dengar noona menjerit? Korang gaduh eh? Kalau gaduh dipersilakan berambus. "Tersenyum Sehun jika mereka memang bergaduh. Jadi tiada siapa yang dapat menghalang Sehun untuk mendapatkan semula hati Yeonra.

"Taklah. Yeonra berlatih berlakon tadi. "Sehun menganggukkan kepalanya.

Nak juga kau diperbodohkan dengan si Junmyeon.

Manakala Yeonra masih lagi speechless dengan jawapan Junmyeon.

"Adakah malapetaka akan datang? "









"

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now