S2 : XVI

22 2 0
                                    

Yeonra terduduk di birai katil nya. Kali ini dah masuk empat kali dia masuk ke dalam tandas dan hanya memuntahkan air. Kepalanya juga berasa pening.

Yeonra membaringkan badannya sambil merehatkan tangan di dahi. Sejak semalam lagi dia mual dan sakit kepala. Dia tidak mahu memberitahu ibunya.

“Nak jumpa Seokjin.” Yeonra terus bangun dan bersiap-siap untuk ke rumah Seokjin. Entah mengapa dia ingin dipeluk lelaki itu.

**

Beberapa kali dia sudah menekan loceng rumah Seokjin. Namun tiada tanda yang lelaki itu akan membuka pintu untuknya. Melihat kereta Seokjin yang terpakir elok di garaj membuatkan Yeonra membuka pintu rumah Seokjin.

Kakinya terus melangkah ke bilik Seokjin. Namun dia berhenti tatkala mendengar suara aneh dari bilik tidur lelaki itu. “Lepaskan aku.” Suara Seokjin kedengaran seperti menahan sesuatu.

“No sayang, hari ini kau milik aku.” Yeonra menutup mulutnya. Tanpa sedar air matqnya jatuh. Seokjin curang? Baru sebulan lepas mereka bercinta.

“Ahh Yeonsoo...” Yeonra terus membuka pintu bilik Seokjin. Kelihatan Yeonsoo sedang duduk di atas paha Seokjin dengan lengan bajunya sudah jatuh di bahu dan Seokjin yang sudah tidak berbaju.

“Eonni...” Yeonra terus memandang Seokjin yang sedang menolak Yeonsoo dari pahanya. Yeonra terus berlari keluar. Yeonsoo sudah ada suami, kenapa dia ke rumah Seokjin? Bahkan dia berasmara dengan lelaki itu.

“Aku masih sayang dia.”

Kata-kata Yeonsoo semasa dia melawat Yeonra di hospital terngiang-ngiang di dalam fikirannya. Tidak sepatutnya dia menerima Kim Seokjin kerana Yeonsoo masih cintakan dia.

“Sayang!” Seokjin menahan tangan Yeonra sebelum gadis itu masuk ke dalam keretanya. Yeonra memusingkan badannya lalu menampar pipi Seokjin dengan sepenuh hati.

Kenapa di saat dia sudah menerima lelaki itu, Seokjin mengkhianatinya? Bahkan Yeonsoo juga membuat benda yang sama. Seokjin memandang Yeonra terkejut.

Tidak pernah gadis itu berkasar dengannya.

Yeonra menangis sekuat-kuatnya. Semakin sakit hatinya apabila dia memandang Yeonsoo hanya berpeluk tubuh tanpa ada sedikitpun riak menyesal di wajahnya.

“Jangan cari aku lagi lepas ni!” Yeonra terus menumbuk dada Seokjin lalu masuk ke dalam keretanya.

“Ahn Yeonra! Saya boleh jelaskan! Sayang buka pintu ni!” tingkap kereta Yeonra di pukul. Namun Yeonra hanya diam dan terus pergi dari kawasan itu.

Hatinya benar-benar hancur. Dia menyesal kerana memberi Seokjin peluang. Alangkah baiknya jika dia kekal menutup hatinya dari mana-mana lelaki. Hatinya lemah jika dikhianati oleh orang yang dia sayang.

“Shibal!!” Yeonra mengenggam kuat stereng keretanya. Keretanya terus diberhentikan di bahu jalan. Dia tidak mahu nyawanya terancam hanya disebabkan lelaki seperti Seokjin.

Dia perlu pergi jauh dari sini. Dia tidak mahu tinggal di Korea. Dia benci jika nanti dia bertemu dengan Yeonsoo. Yeonsoo kakaknya, kenapa perempuan itu mengkhianatinya? Apa salah dia sampai Yeonsoo dan Seokjin berhubungan di belakangnya?

“Apa yang jadi di sini, aku takkan kesah. Walau apa yang berlaku, aku takkan balik ke Korea.”

Sudah cukup dia rasakan pengkhianatan orang disekelilingnya.














***

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now