S2 : X

22 2 0
                                    

“Seokjin-ssi!” Seokjin yang sedang sibuk membuat kerjanya mengalihkan pandangannya ke pintu pejabatnya. Yeonra menayangkan bekal makanan tengahari sambil tersenyum suka.

“Masuklah!” Seokjin terus menarik tangan Yeonra dan membawa gadis itu duduk di sofa.

“Mama suruh saya bawa makanan untuk awak. Makanlah.” Yeonra membuja satu persatu bekal makanan yang di masak oleh Puan Ahn. “Awak tak makan?” Yeonra menggelengkan kepalanya.

“Makanlah, banyak mama awak sediakan ni.” Seokjin mengambil lauk dan di letakkan di atas nasi lalu menyuakan sudu di mulut Yeonra.

Yeonra terus menyuap nasi memandangkan dia juga lapar. Namun segan nak makan dengan Seokjin. Tidak lama kemudian Yeonra mengangkat telefon tatkala ada panggilan yang masuk.

“Ada inspektor lain mengambil alih kes Sehun.” Yeonra mengerutkan keningnya. Inspektor Yoo tak buat kerja dengan baik ke?

“Saya risau orang yang ambil alih kes ni akan menutup bukti Cha Eunwoo memandangkan dia pengerusi Wul Il.”

Yeonra membulatkan matanya. Bukan dia tidak tahu syarikat Wul Il itu bagaimana. Semua scandal yang dibuat syarikat itu ditutup. Kalau bocor pun mungkin akan di alihkan dengan scandal artis di Korea.

“Bukti masih ada kat Inspektor ke?” Yeonra dapat mendengar Inspektor Yoo menghela nafas kasar.

“Semua yang berkaitan dengan kes ini di ambil inspektor lain.”

Yeonra terus menutup panggilan setelah selesai berbicara dengan inspektor Yoo. Tanpa membuang masa, Yeonra terus masuk semula ke dalam pejabat Seokjin untuk mengambil baranganya.

“Kemana?” Seokjin yang sedang enak makan-makanan yang di bawa Yeonra memandang gadis itu. Yeonra tersenyum sambil mengambil tisu di atas meja lalu mengelap sudut bibir Seokjin.

“Makan macam budak-budak.” Seokjin terus mengalihkan pandangannya. Yeonra terus ketawa melihat kedua telinga Seokjin menjadi merah.

“Saya kena pergi balai polis. Ada inspektor lain yang ambil alih kes ni.”

“Nak ikut!” Seokjin terus berdiri dan mendekati Yeonra. “Awak makanlah, tak payah ikut saya. Awak lagi busy dari saya tau. Semua ni biar saya uruskan.” Yeonra menolak lembut bahu Seokjin agar lelaki itu duduk semula.

“Nak ikut!” Yeonra menggelengkan kepalanya sambil mencubit pipi Seokjin. “Tak payah ikut lah!” Seokjin hanya mencebikan bibirnya. Nak merajuk lah tu.

“Nanti petang kita keluar nak?”

“Ok!” Seokjin terus menyuap nasi seolah-olah Yeonra tiada di sana. “Buat apa kat situ lagi?” amboi? Menghalau ya?

“Yelah. Nak pergi lah ni!”

**
“Ahn Yeonra?” baru sahaja Yeonra masuk ke balai polis, dia terua bertemu dengan Eunwoo. Yeonra membulatkan matamya melihat Eunwoo,

“bekas bakal isteri Oh Sehun kan?” Eunwoo berjalan mendekati Yeonra, manakala gadis itu mengundur kebelakang. “Kesian Sehun, tak sempat nak rasa kau.”

Eunwoo tersenyum sinis sambil itu kakinya tidak berhenti mendekati Yeonra sehingga gadis itu berhenti mengundur kebelakang.

“Kalau dia tak sempat nak rasa kau, biar aku yang rasa kau untuk pihak Oh Sehun.” Yeonra hanya kaku tatkala kata-kata keji itu keluar dari mulut Cha Eunwoo.

Entah mengapa Yeonra tidak dapat melawan Eunwoo dan hanya dia menundukkan kepalanya. Tangannya yang mengeletar di tahan.

Eunwoo tersenyum sinis melihat Yeonra yang sedang ketakutan. Lelaki itu terus mencium pipi Yeonra sebelum pergi meninggalkan balai polis tersebut.

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now