❁ 14 ❁

357 27 0
                                    

"Aku rasa bosan bila Yeonsoo dah pergi. Weh Reojun, jom main tonggeng-tonggeng nak? "Reojun yang sibuk membuat soalan matematik dipandang dengan teruja dengan harapan si Reojun tu nak ikut aku main tonggeng-tonggeng.

"Apa haram sangat permainan yang kau nak main ni? Tonggeng-tonggeng? Bruh, it's not my style. "Dengan gaya gediknya Reojun membuat gaya mak-mak menyampah.

"Kepala tengkorak kau bruh. Apa nama cikgu bahasa english kau? "

"Wat ter park, keturunan siam dari temasik. "Sambil bercakap sambil buat kerja. Molek sungguh budak yini.

"Patut english kau kaw-kaw punya bengap. Dah aku blah dulu. PAPER JANGAN ROJER. SAYONARA BABY. "Aku pun blah lah. Apa lagi?

Aku ingat nak beli aiskrim kat gerai pak maon, tapi aku ternampak Taeyong jadi aku tukar arah balik.

Apa dia buat kat sana, aku pun tak tahu.

"Weh AHN YEONRA 000000-20-0000(No ic) yang lahir kat sebelah tokong tu! "Aku menoleh mencari siapa manusia yang memanggil aku dengan bergitu detail sekali. Mak bangga nak.

Sekali tengok macam kenal. Dua kali tengok tak kenal pula. "Kau panggil aku ke? "

"Bengap dengan kau berpisah tiada. Dah siapa lagi yang lahir kat sebelah tokong? "Dah kenapa kau membenggapkan aku? Kita baru jumpa wehh.mau beratem lo? lelaki itu berjalan mendekati aku.

"Anak mak timah tu ha. Dia lahir kat seberang tokoh duduk bermesyuarat. "Lelaki itu menggelengkan kepala sambil ketawa. Entah kenapa ketawa dia seolah-olah mengatakan aku ni bodoh tahap gaban.

"Kau ni. Bodoh kau memang nampak asli. Bodoh beno aku menengoknya. "Dia flip hair dia yang macam sarang burung garuda.

"Kau dari tadi kata aku bengap, bodoh. Kau siapa sebenarnya? Kita pernah jumpa ke? "Aku musykil dengan lelaki ni. Biar pun muka dia ada iras-iras Taemin shinee, aku tetap musykil.

"Pernah. Main kahwin-kahwin pun pernah. Ha kookie jadi anak kita dulu. "Jap kepala otak aku yang yang dilindung oleh tengkorak tak dapat menganalisis perkataan dia.

Yang aku ingat, aku pernah main cerai-cerai dengan si Byun depan rumah aku tu je. Jadi mangsa dera si Reojun tulah.

"Aku pernah main kahwin-kahwin dengan kau? Kau merepek apa do? Tak da masa depan betul main kahwin-kahwin dengan kau. Aku trauma tau, banyak orang kahwin, cerai kahwin cerai. Gong gong gong! "

"Kau pernah kahwin ke? Kau nak trauma bagai. "

"Eh,dah lah.ni kau nama apa?"setiap inci badan dia aku tengok. Jangan nak mengata aku gatal. Aku scan je mamat rambut sarang burung garuda ni.

"Aku lah, Kim Jongin. Kau tak kenal ke? "Sejak bila aku ada kenal orang nama Kim Jongin? Yang aku kenal Kim Jonggang, Kim fataemah ha Kim halaemah ha banyak lagi lah. Tapi Kim Jongin tiada dalam list.

"Aku rasa... "Dia menjongketkan keningnya.

"Aku rasa aku tak kenal kau. "

"PUIHH dasar kau kacang lupakan kulit. Aku ni sepupu kupu-kupu belah mak kepada datuk kepada cucu kepada anak kepada mak belah mak kau. "Hiperbola sungguh budak Jongin ni.

"Suka hati kau lah. Yang pasti aku tak kenal Jongin. Dah aku nak balik rumah. Gerak lu! "Aku terus pergi meninggalkan mamat Jongin tu.

Entah-entah dia nak promote insuran tapi tak laku jadi dia guna teknik sepupu dua kupu ni.

Ni Ahn Yeonra lah, tak boleh ditipu langsung heh.

Sampai je kat rumah, aku terus hairan. Dah kenapa rumah aku ni nampak meriah semacam?

"Ye ke? Mana anak kau yang tak tahu ABC dulu? Ada sekolah tak? "Ni nak menanya ke menghina?

"Tu ha sampai ke sekarang tak dapat bezakan B kecil dengan D kecil."aku hanya mampu berjalan masuk kerumah.

Entah masyarakat mana mama dengan papa rembat ni aku pun tak tahu.

Aku terus naik keatas dan masuk bilik. Time-time Bila nak buka pintu tu, hati aku rasa not delicious.

Semasa aku nak buka baju, ada seseorang keluar dari tandas bilik aku. Yang malangnya dia lelaki. Baru aku faham kenapa perasaan aku not delicious.

Aku nampak si Jongin tu baru keluar dari tandas bilik aku dan hanya menggunakan tuala mandi. Kalau dia guna tuala mandi untuk tetamu aku tak kesah sangat.

Ni dia guna tuala angry bird aku! Ni yang nak meroyan ni!

"ARGHHHHH KELUAR KAU SYAITANN! "

Dan ketika itu juga bilik aku didatangi oleh semua masyarakat yang mama dengan papa rembat entah dari mana.



↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now