S2 : XXVI

19 3 0
                                    

“Seokjin-ah? Yeon ada dengan kamu ke?” Seokjin tersenyum kecil melihat wajah polos Yeonra yang sedang tidur nyenyak disebelahnya.

“Ya, dia ada disini.” Puan Ahn mengeluh lega. Setelah berbual sekejap, Seokjin terus memutuskan hubungan lalu memeluk erat pinggang Yeonra.

Bukan main terkejut dia melihat Yeonra tidur di sofa. Risau pula dia badan wanita itu sakit, jadi dia mengangkat Yeonra lalu membaringkan wanita itu di katil yang tersedia diruang kerjanya.

Tangannya mengelus perut Yeonra yang sudah besar. Tiba-tiba terasa bonjolan di perut Yeonra membuatkan Seokjin tersenyum teruja. “Tak sabar nak jumpa baby papa.” Seokjin mencium perut Yeonra setelah itu dahi Yeonra juga menjadi tempat persinggahan bibir Seokjin.

“Seokj-“ Seokjin terus mencium bibir Yeonra. “Kan saya dah cakap, jangan panggil nama. Saya tua 7 tahun dari awak tau.” Yeonra mengemam bibirnya.

Dia masih belum biasa memanggil Oppa selain dari Jaehyun. Semua ex dia juga muda darinya. “Mian~~” Yeonra terus mencium pipi Seokjin. Suka betul dia dengan bau Seokjin. Kalau boleh, dia nak udara yang dia sedut tu bau Seokjin je.

Amboi? Bukan main Ahn Yeonra ya?

“Kenapa tak bagitahu saya?” Yeonra mengerutkan dahinya. Apa yang dia rahsiakan? “Apa?” Yeonra mendongak memandang Seokjin. Semakin erat pelukannya apabila wajah Seokjin semakin serius memandangnya.

“Awak ke sini, drive sendiri?” Yeonra memandang ke arah lain. Minggu lepas Seokjin sudah bagi amaran, tak suruh dia drive sendiri, keluar sendiri, buat kerja berat. Tapi semalam dia lupa.

“Apa nak marah? Salah awak lah!” terkejut Seokjin apabila Yeonra meninggikkan sedikit suaranya. “Apa salah saya?” macam ni ke perempuan? Dah terang salah sendiri, salahkan orang lain juga. Seokjin tidak berapa pandai nak tahu mana satu yang buat perempuan marah, mana satu yang boleh buat perempuan gembira.

Dia sudah lama tidak bergaul dengan perempuan.

“Salah awaklah! Siapa suruh bagi orang rindu? Tak call, tak chat! Benci ah!” Yeonra terus memusingkan badannya membelakangi Seokjin.

Lelaki itu hanya tersenyum kecil. “Salah saya eh? Mian~~” Seokjin terus memeluk pinggang Yeonra sambil mencium bahu Yeonra. Semalam banyak kali dia terkejut melihat keadaan Yeonra.

Dia fikir Yeonra memakai tshirt dengan seluar pendek dan ditutup dengan baju sejuk. Rupanya wanita itu memakai night gown satin yang nipis.

“Saya minta maaf sebab tak hubungi awak, semalam sibuk sangat. Terlalu banyak pesakit. Saya minta maaf hmm?” Yeonra mencebikkan bibirnya. Dia nak merajuk lebih lama, tapi Seokjin pandai memujuknya hanya dengan kata-kata dan nada suara lelaki itu.

“Saya tak boleh marah awak. Dah memang kerja awak. Cuma saya... saya...” Yeonra bermain dengan jarinya tidak tahu nak cakap apa lagi. Dia faham Seokjin sibuk sampai tak sempat pengang handphone. Cuma chatlah dia sepatah dua.

“Awak nak saya tukar kerja?” Yeonra terus memandang Seokjin sambil menggelengkan kepalanya. “Bukan itu maksud saya! Doktor kan cita-cita awak. Lagipun hospital ni ayah awak punya, siapa nak ganti dia kalau awak tukar kerjaya? Saya tak na-“ belum sempat Yeonra menghabiskan awyatnya, Seokjin terus mencium bibirnya.

Yeonra hanya terdiam apabila Seokjin mengerakkan bibirnya dan memperdalamkan ciuman mereka. “Saya memang nak tukar kerjaya. Dari dulu lagi. Jadi doktor tidak sesuai untuk saya.” Seokjin tersenyum sambil mengusap bibir Yeonra dengan ibu jarinya.

“Tapi, bukan senang nak jadi doktor tau! Belajar jauh, susah pula tu. Awak pun putus dengan eonni sebab nak belajar. Hmph! Tak boleh!” Yeonra menggelengkan kepalanya berkali-kali. Dia tidak mahu dituduh kerana mengubah fikiran Seokjin. Nanti, orang tua Seokjin marah ha nak buat macam mana?

“Kes Yeonsoo tu, saya sendiri yang nak putuskan dia. Sebab, dia curang dengan belakang saya. Dengan Kim Junmyeon.” Seokjin teringat semula kejadian dia terjumpa Yeonsoo dan Junmyeon berciuman di atas katil bilik tidur Seokjin.

Yeonsoo memang kerap datang ke rumah Seokjin ketika itu. Tapi mereka tidak membuat benda yang bukan-bukan. Kerana Seokjin menghormati Yeonsoo sebagai seorang gadis.

Masih teringat kata-kata Yeonsoo setelah ditangkap curang dahulu. “Kau lembap. Aku tak nak perhatian kau! Aku nak sentuhan kau!”

Seokjin menutup matanya. Hubungannya dan Yeonsoo sangat toxic. Yeonsoo selalu memukulnya ketika dahulu. Namun Seokjin hanya mendiamkan diri. Sampai satu tahap, Seokjin bertindak memutuskan hubungan dengan Yeonsoo.

Namun apa yang dia buat pada Yeonra sekarang ini memang salah. Dia mahu bertanggungjawab sepenuhnya kepada Yeonra dan bakal anak mereka nanti.

“Hey, fikir apa tu?” Yeonra mencubit lembut pipi Seokjin. Hairan dia tatkala lelaki itu hanya diam. “Saya ada adik lelaki yang akan menggantikan ayah saya. Dia juga sedang belajar, setelah dia habis nanti, saya akan menjadi CEO di syakrikat mendiang uncle saya.” Tangan Yeonra yang mencubit pipinya ditarik lalu dicium.

“Saya nak fokus kat awak dan baby lepasni. Nasib baik papa faham dan benarkan saya menjaga syarikat uncle.” Yeonra tersenyum lembut. Dia harap Seokjin tidak akan meninggalkannya. Tiba-tiba dia teringat akan Sehun.

“Nanti kan, saya nak anak lelaki yang keluar dulu.” Sehun tersenyum suka. Bukan main gembira dia apabila Yeonra menerima lamarannya.

“Apa awak ni, merepek betul.” Yeonra hanya memeluk pinggang Sehun. Mereka hanya diam sambil menikmati angin pantai pada petang itu.

“Saya nak nanti noona dan anak-anak kita hidup senang. Tiada siapa yang ganggu. Jadi, saya dah beli rumah kat tepi pantai!” Yeonra membulatkan matanya. Kata Sehun mereka akan kawin bulan depan. Laju betul.

“Lajunya beli rumah. Tinggal kat rumah awak yang sekarang ni pun saya ok.” Sehun menggelengkan kepalanya tidak setuju.

“Banyak musuh saya dekat sana. Saya tak nak mereka ganggu awak.”

Akhirnya Yeonra tahu siapa ‘musuh’ yang dikatakan oleh Sehun. Tanpa dapat ditahan, airmatanya jatuh. Seokjin terus membulatkan matanya.

“Sayang? Kenapa ni? Sakit ke?” laju sahaja tangan Seokjin menyentuh perutnya. Yeonra hanya diam sambil memegang tangan Seokjin yang masih di perutnya. “Tolong jangan tinggalkan saya.” Yeonra terus menyembamkan mukanya di dada Seokjin.

“Saya takkan tinggalkan awak sayang. Saya akan jaga awak seperti saya jaga diri saya sendiri. Saya takkan biarkan orang lain ganggu awak. Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku, saya menyesal. Jadi jangan pernah fikir yang saya akan tinggalkan awak ya sayang?”

Seokjin menyeka air mata Yeonra dengan ibu jarinya. “Saya nak awak.” Seokjin mengerutkan dahinya. “Nak saya apa? Awak nak makan?”

“Ya. Nak makan awak.” Seokjin ketawa. Bibir Yeonra terus diciumnya lama. “Betul ni?” Yeonra menganggukkan kepalanya sambil memandang ke dalam mata Seokjin.

Seokjin terus menunaikan permintaa Yeonra. “Saranghae Ahn Yeonra.” Seokjin mencium dahi Yeonra dengan lama. “Nado saranghae Kim Seokjin.”

Yeonra pernah menyesal kerana tidak menghargai Sehun. Jadi dia tidak mahu mengulang kesalahan yang sama dengan Seokjin. Dia percaya yang Kim Seokjin akan menjaganya. Dari kali pertama mereka berjumpa, sejujurnya Yeonra menyimpan perasaan kepada Seokjin.

Namun dia masih terikat dengan Oh Sehun yang tidak diketahui punca kehilangannya. Yeonra telah menyerahkan segalanya kepada Seokjin, kerana percaya lelaki itu tidak akan menyia-yiakannya.

Kenapa dia begitu percaya dengan Seokjin? Dia sendiri juga tidak tahu sebabnya. Hanya Tuhan yang tahu.

“Saya takkan sesekali tinggalkan awak walau apapun yang berlaku.” Yeonra tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Berkali-kali bibir lelaki itu mengucapkan ‘I Love You’ semasa melakukan hubungan. Yeonra juga tidak pernah jemu mendengarnya.

“Saya percayakan awak Kim Seokjin.”














💫 TAMAT 💫

***

Ada yang nak saya buat part rumah tangga mereka?

Tapi saya tak yakin😭 sikit yang baca, lagi sikit yang vote. Tapi saya buat ff ni sebab saya suka menulis. Saya sangat hargai readers yang membaca walaupun tak vote. Saya ok.

Terima kasih sebab sudi baca ff tak seberapa ni😭

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now