S2: II

53 5 0
                                    

"Hey..." Yeonra yang sedang membaca buku terus memandang ke arah doktor Kim.

Memang jadi rutin harian doktor Kim untuk masuk ke dalam wad Yeonra. Kadang-kadang mereka bercerita tentang kehidupan.

"Yeonra buat apa?" Doktor Kim terus duduk di kerusi yang disediakan. "Baca buku. Tu pun mata masih belum mengantuk lagi. Ada apa doktor Kim datang?" Yeonra tersenyum kecil tatkala kedua belah telinga doktor Kim menjadi merah. Nampak comel.

"Saya ada lawak baru!" Dan itulah sebab mengapa doktor Kim selalu masuk ke wad Yeonra. Hanya ingin berbagi lawak baru yang doktor Kim sendiri reka.

"Apa lawak baru tu?" Yeonra membetulkan kedudukannya agar lebih selesa. "Jangan kentut dalam bahasa english apa?" Yeonra mengerutkan keningnya.

"Don't fart?" Doktor Kim menggelengkan kepalanya. "Habis tu?" Naik hairan pula Yeonra jadinya.

"Don't gas." Dengan bangga nya doktor Kim menyampaikan jawapan betulnya. Yeonra tidak dapat menahan ketawanya terus ketawa terbahak-bahak.

Doktor Kim tersenyum lembut, sebab itulah dia suka Yeonra, sebab wanita itu sahaja yang faham lawaknya.

******

"Lah, aku ingat Jaehyun oppa yang jemput aku." Yeonra terus menyibukan diri dengan melipat baju-bajunya. Sakit pula hati dia tengok abang iparnya itu. Tak tahu kenapa.

Junmyeon hanya memerhatikan Yeonra. Sejujurnya dia masih menyimpan rasa suka kepada Yeonra. Tapi nak buat macam mana, dia dah berkeluarga dan sudah dikurniakan seorang anak.

"Jomlah, aku dah lapar ni." Pintu wad dibuka dan munculah doktor Kim berasama dengan riak wajah yang sedih.

"Awak dah nak pergi ke? " doktor Kim menundukan wajahnya. Yeonra hanya tersenyum melihat perlakuan doktor Kim. Dah macam isteri tinggalkan suami pulak.

"Ya. Jangan risau lah, kalau awak free boleh lah kita keluar sama-sama. "Bahu doktor Kim ditepuk mesra. Doktor Kim terus tersenyum suka. Yelahh dah lama menyingle tu, alang-alang crush ajak keluar, moh kita bersemangat!

"Saya akan berusaha untuk free!" Doktor Kim terus memeluk Yeonra. Pada awalnya Yeonra agak terkejut, namun tidak lama kemudian, Yeonra terus membalas pelukan doktor Kim.

Doktor Kim lah yang jadi peneman dia sepanjang dia berada di hospital memandangkan ahli keluarganya agak sibuk kebelakangan ini. Jadi dia dan doktor Kim ni dah macam kawan rapat gitu.

Junmyeon mengetap bibir melihat doktor Kim dan Yeonra berpelukan. Dengan dia bukan main kerek, tapi dengan doktor Kim boleh berpeluk bagai.










*******

Dari lawak "don't gas" tu dah tahu kan? Siapa doktor Kim?

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now