❁ 18 ❁

274 28 5
                                    

"Banyaknya sampah. Kenapa semalam aku tengok rumah ni macam bersih je? Ke mata aku dikaburi oleh jin? "Yeonra mula mengutip sampah dan membuangnya kedalam tong sampah.

"Aku kena bersihkan juga rumah dia ni. Tapi aku ni malas. Tapi aku benci tengok benda bersepah. "Yeonra bercekak pinggang.

"Tak pe, nanti aku minta bayaran. First kena buang sampah ni dulu. "Yeonra mengambil tong sampah dan melangkah menuju ke pintu.

Setelah membuka pintu Yeonra terkejut melihat lelaki Yang bertelinga capang di depan pintu.

"KAU SIAPA? PENCURI? "Yeonra melempar tong sampah ke arah lelaki asing itu.

"SEPATUTNYA AKU TANYA KAU! KAU SIAPA?! "Lelaki capang itu sibuk membuang sampah Yang melekat di bajunya.

"TAK, AKU YANG PATUT TANYA KAU! "Yeonra bercekak pinggang.

"Apa bising-bising ni? "Junmyeon Yang sedang menguap itu dipandang.

"Hyung! Siapa perempuan gila ni?! Halau dia hyung! "Lelaki capang tadi menyorok dibelakang Junmyeon Yang masih lagi dengan muka mengantuknya.

"Kau kata aku perempuan gila?! Sini kau! Aku nak potong telinga capang kau tu! "Yeonra Cuba mencapai telinga Chanyeol tapi tidak sampai.

"Ala pendek! "Chanyeol meninggikan badannya sembil berlari menggelilingi Junmyeon.

"Tak guna kau capang! "

"OI! "Yeonra dan Chanyeol berhenti berkejaran.

"Ehem! Ni kawan aku. Park Chanyeol. Dan ini Ahn Yeonra. "Junmyeon menunggu Yeonra dan Chanyeol bersalaman. Tetapi tiada tanda mereka ingin bersalaman.

"Bersalamlah. "Junmyeon menarik tangan kanan Yeonra dan Chanyeol untuk bersalaman.

"Bini Hyung ke? "Tanya Chanyeol sambil berbisik.

"Bakal bini aku. "Balas Junmyeon dengan nada berbisik. Kalau tak berbisik dah arwah Junmyeon.

Yeonra masuk ke dapur setelah menjeling Chanyeol. Chanyeol terus menunjukkan kepalan tangannya.

"Sudah lah tu. Kau ni tak matang betul nak gaduh dengan perempuan. "Kepalan tangan Chanyeol diturunkan.

"Aku nak mandi. Kau tinggal sini. "Junmyeon terus naik ke atas.

"Berani dia tinggalkan aku dengan perempuan gila tu? "Chanyeol terus mendudukan dirinya di sofa. Telefon dikeluarkan.

Yeonra membawa vacuum untuk membersihkan ruang tamu. Setiba di ruang tamu, Yeonra menyepetkan matanya geram melihat Chanyeol Yang masih belum balik.

"Kau kenapa tak balik? "Yeonra menekan suis vacuum.

"Ciss, suka hati kau je nak suruh aku balik. Kau siapa hah?" Tanya Chanyeol balik dengan matanya masih fokus bermain game.

"Aku? Erk, aku bakal isteri Junmyeon ha. Pangkat aku lagi besar dari kau. Sekarang kau pergi balik. "Chanyeol hanya menjeling Yeonra.

"Noona, aku pergi dulu. "Reojun berhenti apabila melihat Chanyeol.

"Hai! "Chanyeol melambai ke arah Reonjun.

"Siapa nama kau? Kau ni comellah. "Chanyeol mendekati Reojun dan mencubit pipi Reojun.

"Kau jangan nak try adik aku eh. "Yeonra menarik Reojun jauh dari Chanyeol.

"Hello! Aku masih normal tau aku suka perempuan." Chanyeol membuat muka menyampah.

******

Kring~~~

Yeonra terus menjawab panggilan dari Rina.

"Ada apa kau call aku? "

"Kau free tak? "Yeonra menjongketkan keningnya.

"Ya aku free kenapa? Nak belanja aku eh? "

"Kira-kira macam tu. Boleh tak? "Yeonra tersenyum bahagia. Lama dah tak merasa makanan Yang orang belanja. Ehekk

"Mestilah boleh. Kat mana? "

"Kau bersiap je lah nanti aku ambil kau. Sent location rumah baru kau tu. "

"Kepala otak kau sexy. Ni bukan rumah aku lah. Ni rumah tumpangan je. "

"Tak kesah lah. Bye! "

******

"Ada apa kau nak jumpa aku? "Yeonra terus menanyakan soalannya setelah Rina duduj selepas membuat pesanan.

"Minggu depan aku kahwin. Aku nak jemput kau datang. Bawa sekali Reojun. "Rina tersenyum bahagia.

"Kau kahwin dengan Shawn eh? "Yeonra tersenyum nakal.

"Eh bukan lah. Dengan Charlie. Kenal Charlie? "

Yeonra menggelengkan kepalanya. "Alah nanti kau kenal lah dia. Kau datang je ok? "

Yeonra menanggukkan kepalanya.

******

"Kau dah tahu dia kat mana? "Tanya lelaki berambut hitam.

"Relax man, aku sedang cari dia. "Lelaki berambut putih terus menyandar.

"Kau buang masa aku. "Lelaki berambut hitam bangun.

"Aku nampak seorang perempuan macam dia kat rumah Junmyeon. "Lelaki berambut hitam tadi berhenti dan member peluang kepada lelaki berambut putih untuk meneruskan berkataannya.

"Aku boleh dapatkan dia untuk kau. Tapi kau kena ingat hutang kau kat aku. "Lelaki berambut putih bangun dan meninggalkan ruangan tersebut.

"Cis. "Lelaki berambut hitam tadi hanya tersenyum sinis sebelum mengubah riak wajahnya menjadi serious.

Telefonnya dibuka dan melihat gambar Yeonra Yang menjadi wallpaper nya.

"Aku akan dapatkan kau tak Lama lagi. "










↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now