S2 : VII

14 3 0
                                    

“Oi anak dara, Bangun! Hari ni kamu kena jumpa Seokjin!” Puan Ahn menepuk bahu Yeonra berkali-kali. “Apa ni ma, semalam kan dah jumpa dia.” Yeonra memusingkan badanya membelakangi Puan Ahn.

“Elehhh! Cepat bangun atau mama sent gambar buruk kamu kat Seokjin!”

“Tahulah!” Yeonra terus bangun dan masuk ke bilik mandi. Manakala Puan Ahn turun semula ke bawah untuk menyiapkan bekal makanan untuk Seokjin.

Dia sengaja menyuruh Yeonra menghantar makanan untuk Seokjin. Manalah tahu, cinta semakin berputik!

“Sekujur mayat yang di syaki milik anak pengerusi syarikat Hanyuk Corp yang hilang 2 bulan lepas di temui di kawasan sungai Han. Mangsa bernama Oh Sehun telah hilang dua bulan lalu tanpa apa-apa berita. “ Puan Ahn menekup mulutnya tidak percaya.

Dia sangkakan Sehun lari meninggalkan anaknya atas alasan curang. Namun apa yang sebenarnya berlaku, Sehun telah diculik.

“Mengikut hasil bedah siasat, mangsa telah di potong kaki kanannya, dan dicederakan dibahagian tubuh badan lain, seperti tangan dan kepala. Mangsa di percayai meninggal akibat pemdarahan yang teruk.”

Puan Ahn terus terduduk mendengar berita itu. Tangannya menggenggam erat dadanya. Oh Sehun yang sudah dia anggap seperti anak dibuat sedemikian rupa.

“Ma?” Yeonra terus berlari ke arah Puan Ahn yang terduduk di lantai dapur. “Yeon, Sehun...Sehun...” Yeonra mengerutkan dahinya. Kenapa dengan Sehun?

Lelaki tidak guna yang sudah meninggalkannya tanpa sebarang berita.

“S-Sehun sudah mati Yeon!” Puan Ahn memukul dadanya sambil menangis. Yeonra terkaku mendengar berita itu ikut terduduk disebelah ibunya.

Oh Sehun, orang yang paling dia sayang. Di sangkakan tidak bertanggungjawab meninggalkannya seminggu sebelum pernikahan berlangsung.

“Ma, mama berguraukan? Tidak mungkin Sehun mati.” Yeonra menggelengkan kepalanya berkali-kali. “Sehun hilang! Bukan lari Yeonra! Dia disiksa, kita anggap dia tidak bertanggungjawab! Dia sakit sendiri Yeon! Sampai mati dia disiksa!”

**
“Kami minta maaf Encik Oh.” Yeonrq dan ibunya menunduk hormat di hadapan Encik Oh dan isterinya.

“Awak berdua tidak bersalah. Tiada siapa yang betul dalam situasi ini.” Puan Oh menarik tangan Yeonra dan Puan Ahn berdiri.

“Kami saman keluarga Oh, tapi kami tidak tahu kisah sebenar.” Encik oh yang menahan air matanya dipandang dengan penuh rasa bersalah.

“Bukqn salah keluarga Ahn. Saya juga turut kecewa dengan Sehun tanpa tahu sebab sebenar dia menghilang.” Yeonra hanya teridam. Dia mengalihkan pandangannya menatap gambar Sehun.

“Sehun-ah, mianhae. Terima kasih dah bahagiakan saya sepanjang awak hidup. Saya minta maaf sebab kecewa kat awak.”

**
“Oh Sehun ada jumpa siapa-siapa ka waktu kali terakhir sebelum dia hilang?” Yeonra memeluk bahu Puan Oh untuk menenangkan diro. Dia bersetuju untuk menemani Puan Oh ke balai polis untuk memberi keterangan tentang Sehun.

“Dia kata, dia nak jumpa kawan dia di  cafe milik kawannya.” Yeonra terus memandang Puan Oh. Cafe kawan?

Satu-satunya kawan Sehun yang memiliki cafe adalah Cha Eunwoo.

“Cha Eunwoo?” Puan Oh menganggukkan kepalanya. Semua ini mungkin angkara Cha Eunwoo. Entah mengapa dia menyangka ini semua perbuatan Eunwoo walaupun mereka hanya berjumpa 3 kali.

Tapi dia tidak boleh menuduh Eunwoo hanya disebabkan dia sudah bermimpi tentang Eunwoo suatu ketika dahulu.

“Kami akan ke cafe tersebut untuk melanjutkan siasatan.”

“Oh Sehun ada bermusuh dengan siapa-siapa ke?” Puan Oh lantas menggelengkan kepalanya. Yeonra juga tidak tahu musuh Sehun. Tapi yang pasti dia tidak sedap hati dengan Cha Eunwoo.













*****

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now