❁ 2 ❁

772 57 3
                                    

Yeonra membuka pintu gate rumahnya perlahan-lahan supaya tidak menghasilkan bunyi. "Kau buat apa masuk rumah sendiri senyap-senyap? Kau nak merompak eh? "

Yeonra menahan geram sebelum memusingkan badannya kebelakang. "Suka hati aku lah nak masuk macam mana. "Setelah itu Yeonra terus menjelirkan lidahnya dan masuk ke dalam rumah secara senyap-senyap. Yeonra pasti keluarganya sudah tidur.

Yeonra membuka pintu rumah dengan perlahan-lahan dan menutup semula pintu. "Baru balik? "Yeonra terkejut tanpa memusingkan badannya.

"Kenapa masuk senyap-senyap? "Soalan dari ayahnya membuatkan Yeonra menelan liur dengan bersusah payah.

Yeonra memusingkan badannya sambil tersenyum kekok. "Aku ingat semua dah tidur, tu yang aku masuk senyap-senyap. "Kepala yang tidak gatal di garu.

"Mana ada orang tidur pukul 7 petang Yeonra oii~"

"Dahlah tu. Yeonra, meh duduk sini. "Yeonra hanya akur dan duduk di karpet ruang tamu. Yelah, sofa dah penuh sebab ahli keluarga yang lain. Apa salahnya Yeonra nak merendah diri ye dok?

"Ada apa? "Tanya Yeonra sambil meletakkan beg tangannya di riba.

"Alah dah terang lagi bersuluh masih lagi berkura-kura dalam perahu,pura-pura tak tahu" siapa lagi kalau bukan si galah Jaehyun tu? Bukan main lagi dia berperibahasa di sebelah Yeonra.

"Kenapa Yeon pergi keluar dengan Kim Junmyeon? "Amboi ibu, belum bagi salam dah tanya soalan maut. Tersedak air kiur sendiri Yeonra jadinya.

"Dia yang salah, aku taknak ikut dia. Tapi dia paksa. Bukan salah aku ma. "Yeonra menundukkan kepalanya tatkala melihat Yeonsoo sedang menjelingnya.

Nampak tak bertapa bencinya keluarga Ahn dengan anak Kim.

"Macam mana boleh jumpa dia? "Kini giliran Yeonsoo yang betanya. Hampir pingsan Yeonra ditanya tanpa henti. Lagipun bukan dia yang salah, Junmyeon yang salah. Emm.

"Minggu lepas, company aku ada CEO baru. Tapi aku tak tahu CEO baru tu siapa. "

"Rupa-rupanya CEO baru tu Junmyeon kan?! "Yeonra hanya menganggukkan kepalanya tatkala mendengar jawapan Reojun.

"Kenapa mesti dia CEO baru kat tempat kerja kau? "Yeonra menjeling Jaehyun yang dari tadi menjongketkan keningnya berkali-kali.

"Manalah aku tahu! "Jaehyun ni ada je soalan pelik yang ditanya. Kalau ditanya kenapa tanya soalan macam tu, senang je jawapan dia. 'Sel-sel otak aku sedang bergabung'.

"Kenapa kau boleh kerja kat company dia Yeon? "Ni seekor lagi. Jaehyun oppa ikut papa agaknya.

"Alah,aku mana tahu tu syarikat dia kalau aku tahu dah lama aku kerja kat tempat lain." Yeonra menundukkan kepalanya. Rasa macam dah kena tangkap dengan orang 999.

"Tulah, dari dulu mama suruh kerja kat company Sehun, tak nak. Kang dah jadi macam ni. Siapa susah, kau juga yang susah. "Tak da nama lain ke? Nama Taeyong ke, nama Taehyung ke ok apa dua orang tu pun ada syarikat sendiri.

Nak juga sebut nama Sehun. Nampak sangat ship Yeonra dengan Sehun.

"Tak nak aku kerja kat syarikat dia. Asyik dia je yang aku jum-"belum sempat Yeonra menghabiskan ayatnya, Reojun terus memotongnya dengan soalan yang membuatkan Reojun sendiri yang akan mencium bau kubur.

"Baik noona pilih. noona pilih Junmyeon atau Sehun hyung? "Semua ahli keluarga terdiam mendengar soalan Reojun.

Nampaknya semua tunggu jawapan. "Aku tak pilih dua orang tu. "Yeonra menundukkan kepalanya tatkala melihat jelingan ibunya.

"Yelah, aku pilih Oh Sehun. "Semua ahli keluarga aku bersorak gembira. Dah memang Sehun lah jawapannya. Kalau pilih Junmyeon, dah cium kaki Yeonra jadinya.

"Aku tunggu anak buah tau. "Yeonra menjeling Jaehyun yang sedang bertepuk tampar dengan Reojun. Gembira sebab dah kenakan Yeonra.

"Akhirnya pilihan anak aku betul. Aku rasa nak buat kendurilah. "Terujanya ibu Yeonra hanya tersenyum dalam kehambaran melihat kegembiraan ahli keluarganya.

Inikah yang dinamakan aku menangis kau tertawa?










↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now