S2 : XV

16 2 0
                                    

Awal-awal pagi lagi Yeonra sudah ke balai polis untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang kes Cha Eunwoo dengan Inspektor Yoo. Namun, kehadiran seseorang disana membuatkan Yeonra terkejut.

“Yeonra?”

“Oh, Byun Baekhyun! Wahh dah lama ya tak jumpa kau sejak kau dah pindah.” Yeonra terus menyambut huluran tangan Baekhyun untuk bersalaman.

“Ya. Eh, alang-alang kita dah jumpa ni, jom lah minum coffee. Aku belanja.” Yeonra hanya menganggukkan kepalanya. Teringat dia semasa zaman sekolah dulu, Baekhyun selalu je ganggu dia boleh dikatakan mereka tidak sebulu. Namun Baekhyun seorang kawan yang baik untuk Yeonra.

“Kenapa kau ke sini?” Yeonra menyisip sedikit kopinya lalu menghela nafas berat. “Kau masih ingat Oh Sehun tak?” Baekhyun membulatkan sedikit matanya. Sehun lah yang Cha Eunwoo bunuh tu.

Namun Baekhyun hanya menunjukkan riak tidak tahu. “Sehun tu tunang saya.” Yeonra menundukkan kepalanya sambil tersenyum hambar sebelum menyambung semula perkataannya.

“Dia dibunuh. Tapi pelakunya baru sahaja dilepaskan. Aku datang kesini sebab polis kata kes tu akan ditutup dan dikatakan kes bunuh diri. Orang bodoh je kata Sehun bunuh diri.” Yeonra menyeka air matanya yang jatuh secara tidak sengaja.

Berkuasa sangatkah Cha Eunwoo sampai polis menutup kesalahan dia.

“Siapa pembunuhnya?”

“Cha Eunwoo.” Yeonra menggenggam tangannya erat sambil merenung tajam Baekhyun dihadapannya. Baekhyun hanya diam memerhatikan Yeonra.

Yeonra kawannya, tapi Cha Eunwoo orang yang sentiasa dia sokong.

“Hey, biar polis yang uruskan hal ini. Kau jangan buat apa-apa dulu. Cha Eunwoo tu orang yang berbahaya.” Baekhyun menggenggam kedua tangan Yeonra.

“Tak, aku takkan lepaskan Cha Eunwoo.” Yeonra terus menarik tangannya dari genggaman Baekhyun dan terus pergi dari cafe tersebut.

“Jangan kata aku tak bagi amaran Ahn Yeonra.” Baekhyun terus menyandarkan belakangnya sambil meminum kopi.

**

“Saya dah takda hak dalam kes ni.” Inspektor Yoo memejamkan matanya. Semalaman dia berjaga untuk mencari semua bukti yang sudah dia kumpul untuk kes Sehun. Namun semuanya hilang seolah-olah sengaja dihapuskan.

“Macam mana ni Encik Yoo? Takkan kita nak biarkan kematian Sehun di selesaikan secara tidak adil?” Inspektor Yoo menghela nafas berat.

“Saya akan bantu awak. Saya ada kawan di luar yang boleh bantu saya masukkan Cha Eunwoo dalam penjara. Jadi awak tunggu je. Jangan buat apa-apa.” Yeonra hanya menganggukkan kepalanya.

Syukurlah inspektor Yoo tidak menyerah dalam kes ini. “Terima kasih Encik Yoo. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa awak. Saya amat-amat menghargainya.” Yeonra menahan air matanya dari jatuh.

“Siapa yang ambil kes ni?”

“Inspektor Byun Baekhyun.” Yeonra memandang inspektor Yoo tidak percaya. Adakah Baekhyun sudah menghapus semua bukti berkaitan dengan kes Sehun dan melepaskan Cha Eunwoo?

“Hey, biar polis yang uruskan hal ini. Kau jangan buat apa-apa dulu. Cha Eunwoo tu orang yang berbahaya.”

Kata-kata Baekhyun terngiang-ngiang di fikirannya.

Patutlah dia melihat Baekhyun terkejut tadi. Rupa-rupanya Baekhyun yang bersubahat dengan Cha Eunwoo.

“Byun Baekhyun.” Yeonra ketawa hambar sambil menyeka air matanya. Adakah kawan yang paling dia percayai akan mengkhianatinya? Baekhyun juga tahu siapa Sehun. Patutlah dia hairan, kenapa Baekhyun tidak tahu siapa Sehun.














****

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now