Special Part : II

19 3 0
                                    

Lapan bulan kemudian.

“Jinyeok-ah, tengok mama kamu tu. Cantik betul. Macam mana kalau ada lelaki lain yang ambil dia dari papa dan Jinyeok? Papa akan tumbuk ontoteu dia!” Seokjin yang sedang mengendong Jinyeok di jeling dari cermin.

“Jangan cakap yang bukan-bukan kat Jinyeok. Saya pukul ontoteu awak nanti.” Seokjin hanya tersengih sambil menantap wajah Yeonra yang sedang di make up.

“Hyung, sudah-sudahlah tu kat sini, semua orang tunggu hyung kat luar.” Jungkook datang lalu merampas Jinyeok dari Seokjin. Akhirnya dia dapat mengendong kawan kecilnya.

“Yelah. Kau pergi keluar dulu. Nanti aku ikut.” Jungkook menganggukkan kepalanya lalu keluar dari bilik persalinan pengantin perempuan.

Seakan memahami, Make up artist juga keluar setelah selesai melakukan kerjanya untuk memberi ruang kepada kedua pengantin itu.

“Sayang saya hari ini cantil betul.” Seokjin mendekati Yeonra lalu memegang kedua bahu wanitanya itu. “Biasa je. Muka saya juga yang awak tengok setiap hari.” Yeonra memegang tangan Seokjin.

“Nak cium boleh?” Yeonra memusingkan badannya menghadap Seokjin. “Jangan nak mengada ya, pergi sana!” Yeonra menolak bahu Seokjin. Namun lelaki itu tetap mengeraskan dirinya sambil mencebikkan bibir.

“Kejap je sayang. Please?” Yeonra menghela nafas pasrah lalu menganggukkan kepalanya.

Baru sahaja Seokjin memegang tengkuk Yeonra, Jungkook terus membuka pintu. “Dah agak dah! Hyung memang takkan keluar punya. Kan baby? Alo comel nya baby ni! Nak kawin lah macam ni!” Seokjin dan Yeonra hanya memandang Jungkook yang sedang berfanboying dengan Jinyeok.

“Pergilah.” Seokjin mencebikkan bibirnya lagi. “Nanti oppa nak kiss sayang sampai esok pagi tau!” Yeonra hanya mengiyakan saja perkataan Seokjin.

“Amboi? Tak padan dengan tua, ada hati nak kiss orang sampai pagi. Entah-entah dia yang hilang nafas dulu.” Jungkook terus melangkah keluar dengan cepat sebulum tumbukkan Seokjin melayang ke wajah kacaknya.

**
“You may kiss your bride.” Seokjin tersenyum suka sambil mengangkat bulu keningnya berkali-kali. Dan permandangan itu teramatlah mengelikan bagi Yeonra. “Jangan byuntae sangat.” Bisik Yeonra tatkala wajah mereka semakin mendekat.

“Tak sabar nak buat adik Jinyeok heheheh!” Lengan Seokjin terus menjadi mangsa cubitan ketam Yeonra. “Auch Sayang! Sakit! Oppa gurau jelah! Aduh tak boleh buat main betul kesayangan saya ni.”

Cepat-cepat Yeonra mencium bibir Seokjin. Nak tunggu Seokjin, besok jelah diorang bercium. Memang tak habis nak bercakap je lelaki itu.

“YEAH!”

“PARTY PARTY YEAH!”

“SECOND ANAK BUAH IS COMING YALL!”

“HYUNG JANGAN CIUM SEPUPU KESAYANGAN AKU TU LAMA SANGAT!”

Bermacam-macam lagi jeritan yang kedengaran di dalam dewan perkahwinan itu. Seokjin tersenyum lembut lalu mendalamkan lagi ciuman mereka.

“KISS LAMA-LAMA BUAT APA WOI? AKU LAPAR!”

“SAMBUNG KAT BILIK LAH! ADA BABY KAT SINI HA!”

Seokjin terus menjeling rakan-rakannya yang lain. Eyy menyesal jemput mereka datang.

**
“Aku minta maaf.” Yeonra mengerutkan dahinya. Seokjin yang sedang sibuk melayan tetamu dipandang sekilas. Bukan main letih lagi muka suaminya.

“Kenapa?” Baekhyun menundukkan kepalanya. Rasa bersalah dengan tindakan bodohnya sebelum ini. Disebabkan kuasa dan harta, dia sanggup meletakkan Yeonra dalam situasi yang bahaya.

“Kalau bukan aku yang hapuskan bukti Cha Eunwoo, tentu dia dah lama ditangkap.” Yeonra hanya diam. Dia juga kecewa dengan Baekhyun. Tapi Baekhyun juga yang menyelamatkannya semasa diculik oleh Eunwoo dan Junmyeon.

“Tak apa lah. Benda dah lepas. Yang penting Eunwoo dah ditangkap. Pastikan dia tak terlepas je.” Baekhyun tersenyum hambar. Walaupun dulu mereka selalu bertengkar, namun masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Mereka sudah berjiran sejak remaja lagi.

“Junmyeon macam mana?” tiba-tiba dia teringat akan abang iparnya itu. Setelah mengalami mimpi buruk, Yeonra tidak mahu terlalu rapat dengan Junmyeon meskipun lelaki itu cuba membuatkan selesa.

“Dia dipenjara seumur hidup. Sebab dia pernah membuat aktiviti haram macam menjual perempuan, penjualan dadah dan terlibat dalam aktiviti dadah.” Yeonra menutup mulutnya. Tidak menyangka begitu buruknya perkara yang telah dilakukan oleh Junmyeon dibelakang mereka.

“Eunwoo akan menerima hukuman gantung sampai mati bulan depan.” Sedikit sebanyak Yeonra berasa lega. Sekurang-kurangnya kematian Sehun diselesaikan secara adil walaupun agak rumit pada awalnya.

“Terima kasih Baekhyun. Aku tak tahu lagi siapa yang akan bantu aku untuk mencari keadilan bagi pihak Sehun.” Air mata Yeonra jatuh tanpa dapat ditahan. Semua nya sudah berakhir.

“Aku akan tolong semampu yang boleh. Terima kasih sebab masih percayakan aku.” Baekhyun menepuk lembut bahu Yeonra dan terus pergi setelah berbual sekejap dengan Yeonra dan ahli keluarga yang lain.

**
“Come on baby!” Yeonra berlari masuk ke tandas apabila Seokjin masih menyakat Yeonra.

“Oppa tunggu sayang tau!” Seokjin ketawa apabila Yeonra membebel di dalam tandas. Tidak lama kemudia Telefon pintar milik Yeonra berbunyi. Seokjin terus menyambut panggilan tatkala nama ‘mama’ tertera diskrin telefon Yeonra.

“Ya ma?” bunyi tangisan Puan Ahn yang terasa jelas dipendegaran Seokjin membuatkan lelaki itu risau.

“Ma? Kenapa ni?” hari ini sepatutnya ahli keluarga mereka bergembira. Kenapa puan Ahn menangis?

“Seokjin-ah... hiks... Yeo-Yeonsoo... dah pergi...” Seokjin terus terdiam. Walaupun Yeonsoo banyak menyakiti hatinya dahulu namun wanita itu juga yang pernah mewujudkan rasa bahagia dalam hidup Seokjin.

“Mama masih kat rumah?”

“Mama dengan ahli keluarga yang lain dah sampai di lapangan terbang.”

“Nanti saya dengan Yeonra ikut ke sana.” Setelah berbual sekejap, Seokjin terus memutuskan panggilan. “Oppa? Kenapa ni?” Yeonra mendekati Seokjin yang sedang duduk di tepi katil sambil menundukkan kepalanya.

“Oppa?” Seokjin terus memeluk pinggang Yeonra sambil menangis. “Oppa? Kenapa ni? Ada apa-apa ke?” Yeonra semakin cemas melihat Seokjin menangis. Jarang lelaki itu mengeluarkan air matanya.

Kedua wajah Seokjin ditekup. “Yeonsoo dah pergi sayang.” Yeonra terus terdiam. Anak matanya bergetar sambil memandang ke arah lain. Seokjin terus berdiri dan memeluk Yeonra. “Kita ke America malam ni.” Yeonra menganggukkan kepalanya.

**
Setelah selesai upacara pengebumian Yeonsoo, Yeonra hanya diam sepanjang perjalanan mereka.

“Sayang, awak lapar tak?” Seokjin menggengam tangan Yeonra yang sudah kesejukkan itu. “Jinyeok ok?” Seokjin menghela nafas. Risau dia apabila Yeonra masih tidak menjamah makanan dari pagi tadi.

“Dia ok. Saya dah call Jungkook tadi.” Seokjin mengarahkan Jungkook dan Yoongi menjaga anak mereka.

“Saya nak jumpa Jinyeok.” Seokjin menganggukkan kepalanya.

**
Yeonra tersenyum kecil melihat wajah anaknya yang sudah tertidur sambil menyusu. “Hi, buat apa tu?” Seokjin muncul dari belakang lalu memeluk Yeonra dari belakang. “Comelnya baby papa.” Yeonra memandang Seokjin.

“Ada apa sayang?” Seokjin mengelus rambut Yeonra lalu menyelitkan rambut wanita itu ke belakang telinga. “Thanks oppa.” Seokjin mengerutkan dahinya.

“Kenapa?” pipi Yeonra dicium sekejap membuatkan kedua pipi wanita itu kemerahan. Masih blushing walaupun dah setahun lebih mereka bercinta.

“Sebab dah buat saya rasa bahagia.” Yeonra tersenyum memandang Seokjin. Dia sampai lupa macam mana rasa bahagia kerana sudah menutup pintu hatinya. Namun Kim Seokjin datang dan dengan mudahnya membuka semula hati Yeonra.

“Terima kasih juga sebab dah buat saya rasa bahagia.” Seokjin mencium dahi Yeonra. Setelah itu dia mencium bibir isterinya.

Mereka berdua sama-sama sudah menutup pintu hati mereka disebabkan oleh kisah silam mereka tersendiri. Masing-masing sudah lupa bagaimana perasaan bahagia itu. Namun, mereka berusaha mewujudkan kebahagiaan mereka dengan saling bergantung antara satu sama lain.

“Saranghae Kim Seokjin.”

“Nado saranghae Kim Yeonra.”













***
Kali ni memang dah betul-betul habis. Tiada lagi mimpi buruk Yeonra ya!

Maafkan saya andai ada kekurangan. Saya penulis yang masih kurang ilmu dalam bidang ini.

Tapi saya sentiasa bersyukur sebab ada juga yang sudah baca ff yang tak seberapa ni.

Terima kasihh❤️❤️

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now