S2 : XIX

19 2 0
                                    

5 Bulan kemudian

Kandungan Yeonra sudah mula kelihatan. Dalam masa lima bulan itu juga dia tidak pernah mendengar khabar dari Seokjin. Kadang-kadang dia rasa betul-betul rindu Seokjin. Mungkin pembawaan bayi.

Cha Eunwoo masih belum ditangkap kerana banyak yang bersubahat dengannya. Namun inspektor Yoo tidak berputus asa sehingga dia dibuang kerja dan telah membuka cawagan sendiri bersama rakannya.

“Hi, ibu mengandung!” Jimin mendekati Yeonra yang sedang termenung di meja cafe. Cuaca hujan menyebabkan cafenya kurang pelanggan. Namun, mujurlah perniagaannya berjalan dengan lancar. Rupanya banyak penduduk Korea yang tinggal di Itali dan datang ke cafenya.

Pelanggan Itali juga kerap datang ke cafenya.

“Apa?” Yeonra mencebikkan bibirnya. Masih merajuk dengan Jimin yang tidak membenarkan dia minum kopi. Dia tahu kopi tu bahaya untuk kandungan dia. Tapi dia nak juga!

“Awak tahu kan kopi tak baik untuk baby?” Jimin sudah biasa memujuk Yeonra yang moodnya tidak menentu. Kadang-kadang dia cubit pipi Yeonra yang semakin chubby.

“Tahulah!” Yeonra memusingkan badanya membelakangi Jimin. “Apa kata saya belanja makan hari ni? Awak nak makan apa?” Yeonra terus memusingkan badannya menghadap Jimin semula.

“Nak pizza dengan nanas!” Jimin menghela nafas pasrah. Dia dah pernah baca semua makanan yang tidak baik di makan semasa mengandung.

Jimin menyelitkan rambut Yeonra ke belakang telinga. “Nanas pun tak baik untuk baby. Tak kesian ke dengan baby hmm?” Yeonra menundukkan kepalanya sambil mengusap perutnya.

“Baby kenapa nak makan makanan yang tak baik?” Jimin hanya tersenyum melihat Yeonra berbual dengan baby di dalam kandungannya.

“Pizza dengan pasta nak?” Jimin mencubit lembut pipi Yeonra. “Nak!”

**

“Ma, tolong bagitahu saya Yeonra kat mana! Tolong lah!” Seokjin memeluk kedua kaki Puan Ahn. Setiap hari Seokjin akan menanyakan keberadaan Yeonra. Namun puan Ahn tetap mendiamkan diri.

Hampir setiap pagi juga dia kerap muntah sampai demam.

“Tapi Yeonra dah larang mama bagitahu dia kat mana.” Puan Ahn sudah tahu sebab Yeonra melarikan diri ke Itali. Seokjin sendiri yang bagitahu.

Katanya Yeonsoo perangkap dia.

**

Seokjin tersenyum malu tatkala teringat akan apa yang terjadi pada dirinya dan Yeonra pada malam itu. “Aaa, malulah!” Seokjin menekup pipinya. Semakin merah mukanya tatkala dia teringat senyuman Yeonra. Ah, Seokjin dah angau.

BOOM!

Seokjin terus berlari ke ruang tamu. Terkejut mendengar bunyi guruh. “Boleh tahan kuat hujan hari ni.” Seokjin terus duduk di sofa. Seperti biasa. Dia  tidak memakai baju dan hanya memakai seluar pendek di rumah.

Ding dong~~~

Seokjin memandang hairan ke arah pintu. Takkan Yeonra datang? Kalau ya pun takkanlah Yeonra tak call dulu.

Tanpa mahu berfikir lagi Seokjin terus bangun dan membuka pintu. “Ahn Yeonsoo?” Yeonsoo yang sedang berpeluk tubuh dipandang hairan. Kenapa wanita itu datang?

Sejak mereka memutuskan hubungan dulu, mereka tidak pernah bersua muka lagi. Ini kali pertama mereka berjumpa.

“Tak nak bagi saya masuk ke?” Seokjin terus memberi laluan untuk Yeonsoo masuk ke dalam.

“kenapa awak ke sini?”

“Saya bergaduh dengan suami saya. Kebetulan rumah kita dekat, jadi saya ke sini.” Seokjin hanya menganggukkan kepalanya.  “Awak pergi mandi dulu lah. Dah basah kuyup awak ni.” Yeonsoo menganggukkan kepalanya.

“Pakai dulu baju saya. Lepas hujan dah berhenti, saya hantar awak ke rumah keluarga awak.” Baru saja Seokjin mahu keluar dari bilik tidurnya, Yeonsoo terus menarik tangan Seokjin sehingga lelaki itu terduduk di katil. Dengan cepat Yeonsoo duduk di atas pahanya.

Yeonsoo terus mencium bibir Seokjin secara paksa. Dengan kuat Seokjin menolak bahu Yeonsoo. “Apa kau buat ni?” tangan Seokjin mahu menolak badan Yeonsoo.

“Lepaskan aku.” Yeonsoo terus mencium leher Seokjin sehingga membuatkan nafas lelaki itu menjadi berat.

“No sayang, hari ni kau milik aku.” Yeonsoo menahan kedua tangan Seokjin dari terus menolak badannya. Mahu saja Seokjin menolak kuat badan Yeonsoo, namun dia tidak sampai hati.

“Ahh Yeonsoo...” tanpa dapat di tahan Seokjin menutup matanya.

“Eonni...” Seokjin terus membuka semula matanya tatkala mendengar suara Yeonra.

Dia terus berlari mengejar gadis itu. Cuba menjelaskan apa yang terjadi. Namun semuanya sudah terlambat. Yeonra sudah terlalu kecewa sampai sanggup meninggalkan Korea.

Setelah kereta Yeonra jauh meninggalkan kawasan rumah Seokjin, lelaki itu terus memandang tajam ke arah Yeonsoo yang sedang santai berpeluk tubuh.

Dengan cepat Seokjin mendekati Yeonsoo lalu menolak tubuh wanita itu keluar dari rumahnya. Yeonsoo yang jatuh tersungkur terus memandang ke arah Seokjin sambil membulatkan matanya. Seakan tidak percaya yang lelaki itu berkasar dengannya.

“Oppa!”

“Kau panggil aku oppa, aku tampar muka kau!” Seokjin mengepal tangannya. Dia cuba menahan dirinya dari menyakiti Yeonsoo.

Namun wanita itu tidak faham dan masih cuba memeluk kaki Seokjin. “ Saya masih cintakan oppa!” tanpa dapat ditahan lagi, Srokjin terus menyepak perut Yeonsoo.

Namun apa yang mengejutkan, darah mula terkeluar dari celah kangkang Yeonsoo membuatkan Seokjin panik. Niatnya ingin mengejar Yeonra gagal. Seokjin terus mengangkat tubuh Yeonsoo masuk ke dalam keretanya dan memandu cepat ke hospital.




****

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now