S2 : XIV

17 2 0
                                    

“Noona tunggu luar kejap, ada barang yang aku nak ambil.” Yeonra hanya menurut dalm keluar dari kereta Jungkook. Awal-awal pagi lagi budak tu jemput Yeonra. Sempat juga lah dia masuk ke dalam rumah kerana Puan Ahn.

Puan Ahn sempat menuduh Yeonra curang dengan Seokjin, Namun sudah dijelaskan dengan mengatakan dia dan Jungkook hanya rakan sekerja.

“Lama pula anak Jeon ni.” Yeonra mengambil tempat duduk di kerusi yang disediakan. “Yeonra noona?” Terasa di panggil, asiesehman ayattttt

Yeonra menoleh ke belakang. Terkejut beruk dia melihat gerangan manusia yang suatu ketika dahulu pernah mengajaknya membuat anak seramai pasukan bola sepak.

“Noona buat apa kat sini?” tanpa di pelawa, lelaki yang bernama Taeyong itu duduk disebelah Yeonra.

“Erk, aku...aku...”

“Noona, jom.” Tepat pada masanya, Jungkook pula datang.

“Oh! Aku nak berbulan madu ke Busan. Kan sayang?” Laju sahaja Yeonra berdiri sambil memeluk lengan berotot Jungkook. Terpinga-pinga lelaki kacak itu dibuatnya.

Sudah-sudah lah aku memuji anak Jeon ni.

“Dengan Jungkook hyung? Sampai hati noona mengkhianati cinta suci Taeyong!” Taeyong terus berdiri dan berlari sambil menutup mukanya dengan kedua-dua tangannya.

“TUAN! BARANG TUAN TINGGAL!” Para pengawal peribadi Taeyong berlarian mengejar tuan mereka yang sedang kecewa.

Yeonra terus melepaskan pelukannya di lengan sasa Jungkook sambil menghela nafas lega. “Jom- eh? Kenapa muka kau merah semacam ni? Demam kamchagiya ke?” kedua tangannya naik menekup pipi Jungkook.

Dengan cepat Jungkook memalingkan wajahnya. Haihh tolonglah. Dia baru boleh move on dari Yeonra kot!

“J-jom lah, tuan Kim dah nak sampai.” Jungkook terus melepaskan kedua tangan Yeonra dari pipinya. Gadis itu hanya memandang hairan Jungkook yang sudah pergi.


**

Yeonra membulatkan matanya terkejut melihat seseorang yang amat dia kenal dan tidak mahu dia jumpai di atas muka bumi ini.

“Oh, hai cik Ahn.” Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Yeonra. Dengan teragak-agak Yeonra menyalam tangan lelaki itu.

“Saya Kim Junmyeon. Tapi memandangkan kita beripar, kita tak payah formal ok?” Junmyeon menepuk bahu Yeonra lalu pergi dengan diikuti para pengawal peribadinya.

Dia lupa yang Jungkook tu sepupu Junmyeon.

Yeonra masih lagi berdiri tanpa berniat untuk mengikuti langkah Junmyeon. Dia masih terkejut sebenarnya. Patutlah dia macam kenal dengan bangunan syarikat Yuncil.

“Adik ipar! Nak abang ipar angkat ke?” dengan Cepat Yeonra mengikuti langkah Junmyeon dan yang lain. Sampai bila drama hidup dia ni nak habis???














**

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now