❁ 10 ❁

396 34 2
                                    

ENGKAU BAGAI AIR YANG JERNIH~
DI DALAM BEKAS YANG BERDEB-

"Manalah aku dapat lagu tu." setelah itu Yeonra menyambung kembali tidurnya yang terganggu akibat bunyi alarm yang dia sendiri tidak tahu dari mana wujudnya lagu itu di telefonnya.

"YEON!! BANGUN!! KALAU YEON TAK BANGUN, MAMA SURUH EUNWOO TENGOK MUKA YEON SEDANG TIDUR KAT SANGKAR KOOKIE! "dengan cepat Yeonra bangun, kenapa awal pagi mama dah sebut nama Eunwoo?

"CEPAT BANGUN YEONRA SEBELUM MAMA SURUH EUNWOO MASUK BILIK KAMU! "

"MAMA! "

"APA?! "

"MAKAN NASI DENGAN KICAP, TUNGGU SEKEJAP! "dengan cepat Yeonra bangun dan masuk kebilik mandi.

******

Yeonra berlari bagai tak cukup tanah."Eh, Eunwoo. "Terus sahaja dia bertukar menjadi wanita ayu yang berlari pijak semut pun semut sempat mengelak.

"Good morning. " Eunwoo tersenyum manis melihat Yeonra. Yeonra masih lagi tersipu malu di hujung tangga.

"Yang kau dah macam lintah ni dah kenapa Yeon? Tepi sikit aku nak lalu. "Ditolaknya tubuh kecil si adik sehingga jatuh.

"Kenapa buat adik macam tu Jae? "Papanya yang kebetulan juga turun dari tangga membantu Yeonra yang jatuh.

"Entahlah. Mungkin Jae dah kuat sangat kot. "

"Heh sudah, Yeon Eunwoo dah lama tunggu Yeon. Katanya nak jemput kamu pergi kerja. "Yeonra menganggukkan kepalanya dan terus keluar di ikuti Eunwoo.

Kebetulan mata Yeonra memandang kearah halaman rumah Byun. Matanya dikecilkan tatkala melihat seseorang yang sedang basah lecun disana.

Byun Baekhyun. Kenapa dia seksi sangat pagi ni? Walaupun basah.
KKenapa pula dia basah? Dia mandi kat halaman luar rumah dia tu ke? Nak feeling jadi budak-budak la tu.

Dengan pantas Yeonra menggelekkan kepalanya berkali-kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dengan pantas Yeonra menggelekkan kepalanya berkali-kali. 'Apa yang aku fikirkan? Ini semua bisikkan syaitan! '

"Ra? "Terasa bahunya disentuh lembut. "Huh?"

"Lama lagi ke? "Eunwoo tersenyum, Yeonra terpana. Semuanya berlaku dengan perlahan.

Senyuman Eunwoo akan sentiasa yang pertama didalam hati Yeonra.

"Ra? "Eunwoo menepuk bahu Yeonra dengan lembut. "Huh?"sekali lagi Yeonra seperti seorang pesakit amnesia yang baru sedar.

"Saya tanya, lama lagi ke ikat kasut tu? "Namun tiada sahutan dari Yeonra, Eunwoo terus mencangkung dihadapan Yeonra. Sambil itu tangannya ligat mengikat tali kasut gadis itu.

Sekali lagi, semuanya berlaku secara perlahan. Setelah mengikat tali kasut Yeonra, Eunwoo memandang Yeonra yang sedang memandangnya tanpa berkedip. Eunwoo tersenyum manis sambil mengelus rambut Yeonra.

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now