❁ 3 ❁

688 49 6
                                    

"Baru balik ke tu? "Wuish kalau dengar suara tu, boleh membuatkan rasa marah membuak-buak. Nampak sangat memerli suara tu.

"Jangan ganggu aku Byun. Kang aku suruh kau minum air dari hos tu baru kau tahu. "Yeonra menggelengkan kepalanya melihat Baekhyun yang dari pagi tadi dia tengok menyiram bunga kat halam rumah. Tak takut bunga lemas ke?

Yeonra terus masuk ke dalam rumahnya. Sebaik sahaja membuka pintu, Yeonra mengerutkan dahinya. "Betul ke rumah aku ni? Kenapa aku tengok ada Sehun pakai apron kar depat aku ni? "

"Ni rumah noona lah. Jom masuk. "Sehun menarik tangan Yeonra. Blazer yang dipakai Yeonra dibukanya dan dikaitkan di penyangkut baju. Wuish, suami idaman betul ni.

"Muka tu bagilah manis sikit, Sehun tu tetamu kita. "Ibu di dapur memang dari tadi perhatikan Yeonra dengan Sehun. Yeonra hanya membuat muka malas. Dia memang dah agak yang ibu akan cerita pasal semalam kat Sehun. Kalau tak, dari mananya Sehun ni muncul?

Yeonra hanya memerhatikan Sehun yang bersungguh-sungguh melayaninya. Dah macam isteri layan suami. Dengan pakai apron lagi tu, bukannya dia yang masak, mama dengan unnie yang masak.

"Kau buat apa kat rumah aku? "Yeonra berpeluk tubuh sambil memandang Sehun yang tersenyum lembut ke arahnya.

"Nak jumpa noonalah, lama dah tak jumpa princess Hun. Naik rindu dah prince charming noona ni. "

Yeonra terus mengulingkan matanya menyampah dengan ayat manis Oh Sehun. "Suka hati kaulah. Daripada kau datang sini tak buat apa-apa, baik kau pergi ambilkan aku air. Dah dahaga anak tekak aku. "

"Anything for you sayang. " Sehun terus mencuit hidung Yeonra. Ingat Yeonra diam?

Pak!

Yeonra memukul punggung Sehun sepertimana Jungkook BTS pukul bontot Jhope.

"Panggil aku noona budak! "

******
Yeonra turun ke bawah sambil menggaru kepalanya. Bunyi ketawa Sehun dengan ahli keluarganya dapat didengar sampai ke bilik tidur Yeonra. Gembiralah mama tu, anak kesayangan dia ada.

Dengan senyap-senyap Yeonra turun ke bawah sambil mengintai ke ruang tamu. Amboi, patut gembira semacam, main monopoly rupanya.

"Yeon? Kenapa kau kat sini? Tak ikut kitaorang main kat bawah ke? "Yeonra menegakkan semula badanya. Kantoilah yang dia sedang mengintip.

"Mengintip Sehun eh? "Papa tersenyum mengejek. Bersungguh-sungguh Yeonra menggelengkan kepalanya.

"Tak pa, saja nak turun cara bongkok. Katanya turun style tu trend. "Menipu lagi. Tak masuk syurga kau nanti Yeon.

"Dah suka, cakaplah suka. Papa dah lama restu. "Papa terus turun dan ketawa sambil tutup mulut. Amboi, gedik bapak aku.

Yeonra hanya menggelengkan kepalanya dan terus ke dapur untuk minum air.

"Yeon, taknak ikut kami main monopoly ke? "Yeonra hanya menggelengkan kepalanya sambil memeluk ibunya.

"Kenapa main jeling? Nak aku cucuk mata tu? "Yeonra menunjukkan dua telunjuk  ke arah mata Reojun yang dari tadi menjelingnya. Jeles lah tu, kita peluk mama kita.

"Apa cakap macam tu, tak baik tau. "Yeonra hanya tersengih mendengar omelan ibunya. "Aku nak tidur dulu. Good night. "Yeonra terus mencium pipi ibu dan ayahnya.

"Aku pun nak ke cium. "Alah gedik si Jaehyun ni. Dengan malas Yeonra mendekati Jaehyun dan mencium pipi oppa dan unnienya.

Tiba giliran Reojun, Yeonra hanya memandang adiknya itu sampai nak nangis budak tu. "Yelah, sini noona cium pipi adik bucuk sayang noona ni. "Kepala Reojun ditariknya dan Yeonra terus mencium pipi adiknya.

"Sehun punya mana? "Yeonra terus menjeling Sehun yang tersengih-sengih di sebelah Jaehyun. Dengan malas Yeonra mendekati Sehun.

Semakin lebar senyum Oh Sehun. Tapi senyumannya mati tatkala Yeonra hanya melagakan pipi mereka.

"Ala nak ki-"

"Haram! "Yeonra terus berlari naik ke atas.










↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now