S2 : XXII

23 1 0
                                    

Lena Yeonra terganggu tatkala mendegar seseorang berbual disebelahnya.

“Baby nak tahu? Papa suka bau mama tau hehe setiap malam kalau papa rindu mama, papa akan tidur disini. Nanti baby dah keluar, baby boleh cium bau mama. Tapi jangan terlalu kerap ya, sebab mama papa yang punya.”

Tidak lama kemudia Yeonra dapat merasakan baby bump nya dicium. Yeonra terus membuka matanya tanpa Seokjin sedar. Semalam dia masuk ke dalam bilik tidurnya, dah memang bukan bau dia dah bilik ni. Dah jadi bau Seokjin.

Tanpa dapat ditahan, Yeonra tersenyum kecil melihat gelagat Seokjin yang masih berbual dengan bayi dalam perutnya. “Tolong papa pujuk mama ya? Papa rindu dengan perangai manja mama awak.” Seokjin mencebikan bibirnya.

“Haha!” Seokjin yang terus memandang ke arah Yeonra yang sedang menutup mulutnya. Alamak, kantoi pula! Dia masih nak tengok drama ‘papa rindu anak’ Seokjin.

Dengan cepat Seokjin menjauhkan diri dari Yeonra. Dia takut Yeonra marah sebab dia sentuh perut Yeonra tanpa kebenaran.

“Sinilah.” Yeonra terus duduk sambil memberi ruang untuk Seokjin. Dengan ragu-ragu Seokjin duduk di sebelah Yeonra sambil menundukkan kepalanya.

“Saya bagi awak masa untuk jelaskan semuanya tanpa ada yang tinggal.” Yeonra berpeluk tubuh sambil memandang Seokjin yang sedang menahan dirinya dari menangis.

Yeonra juga hairan kenapa mood Seokjin pulak yang macam ibu mengandung, sedangkan dia sudah biasa. Cuma awal-awal dulu je emosi dia tidak stabil. Susah juga Jimin dan Chanyeol jaga hati dia.

“Awak, akan maafkan saya ke?” Seokjin memandang Yeonra dengan matanya yang sudah merah. Yeonra terdiam keadaan Seokjin boleh tahan berserabut juga.

“Bergantung pada penjelasan awak.” Seokjin menghela nafas dan menceritakan segalanya dari awal sampailah keguguran kandungan Yeonsoo.

“Jadi Eonni ok tak sekarang?” Yeonra juga ikut risau. Marah macam mana pun dia, dia tetap sayang kakak kandungnya. Kalau ikutkan Seokjin dan Yeonsoo mungkin masih saling mencintai antara satu sama lain.

Sebab dulu Yeonsoo pernah cerita, dia dan Seokjin bukan putus sebab bergaduh atau salah faham, Seokjin minta putus sebab nak fokus dengan pelajaran. Lagipula hubungan mereka tersorok sebab itu keluarga Ahn tidak tahu hubungan Yeonsoo dan Seokjin.

“Eonni macam mana sekarang?” Seokjin menundukkan kepalanya. “Hari tu suami dia tumbuk saya. Lembam muka hensem saya tahu tak? Tapi bukan saya salah pun. Bini dia yang mencabar kemarahan saya. Saya tak salah.” Seokjin menarik tangan Yeonra lalu diletakkan dipipi kirinya.

“Ey lepas lah!” dengan cepat Yeonra menarik semula tangannya. Seokjin mencebikkan bibirnya sambil menghela nafas.

“Saya betul-betul tiada perasaan dekat dia. Saya berani sumpah atas nama baby ni ha!” Seokjin mengangkat tangan kanannya manakala tangan kirinya di atas perut Yeonra.

“Ya ke?? Macam tipu je?” Yeonra mengecilkan matanya. “ HMPH! Benci lah!” Seokjin terus keluar sambil menghentak kakinya. “Aik? Lelaki macam dia merajuk ke?” Yeonra menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kecil.

Seokjin banyak berubah sejak dia pindah ke Itali. Lelaki itu menjadi semakin manja. Yeonra hanya menggelengkan kepalanya.
**
“Seokjin dengan Yeonra dah ok ke?” Seokjin terus mencebikkan bibirnya. Masih merajuk. Dia nak dipujuk.

“Ok.” Balas Yeonra sepatah sambil menyuap makanan.

“Mana ada ok. Dia tak percaya saya sayang dia sorang.” Seokjin menatap Yeonra dengan tajam. Manakala Yeonra hanya menjelirkan lidahnya.

“Dah macam cinta budak sekolah korang berdua ni.” Puan Ahn mengambil kimchi dalu diletakkan di atas sudu Jimin yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

Sudah dua malam dia tinggal disini. Sebenarnya dia nak tinggal di hotel namun Puan Ahn berkeras nak dia tinggal di rumah keluarga Ahn.

“Gamsahamnida ahjumma.”

“Jangan panggil ahjumma, pangill mama je.” Jimin terdiam. Sudah lama dia tidak merasakan kasih sayang seorang ibu. Jimin cuba menahan air matanya sambil tersenyum. “Baik mama.”

**
“Awak belum balik ke Itali ke?” Yeonra menggelengkan kepalanya. Macam mana dia nak balik? Puan Ahn tak bagi, Seokjin pun tak nak berenggang dengan dia.

“Awak tinggal lah kat sini. Seokjin hyung tu perlukan awak. Cafe kat Itali jangan risau. Ada saya dengan Yeol jaga. Nanti saya bagi bahagian awak ya.” Jimin menepuk lembut bahu Yeonra.

“Kalau saya terus stay kat Korea ni, saya bagi awak jelah cafe tu. Lagi bagus awak yang jaga. Saya jarang je buat kerja kat situ.” Yeonra meyakinkan Jimin. Sudah lama dia nak bagi Jimin jaga cafe tu sebab dia tengok Jimin lagi bagus.

Tapi Jimin selalu tolak sebab cafe tu idea dari Yeonra dan Yeonra juga penyumbang yang paling banyak untuk buka cafe tu.

“Tidak. Walaupun awak tinggal sini, cafe tu tetap awak punya. Saya tak-“

“Saya percayakan awak Jimin-ah. Awak berhak dapat cafe tu. Tolong ya?” Yeonra meraih kedua tangan Jimin. Setelah lama mendiamkan diri akhirnya Jimin menganggukkan kepalanya.

Yeonra terus tersenyum dan memeluk Jimin. “Thanks sebab sudi jaga saya sepanjang saya tinggal kat Itali. Mungkin saya akan stay sini. Tolong jaga cafe tu baik-baik ya?” Jimin mendiamkan diri. Jantungnya berdebar. Tiba-tiba nafasnya sesak mengingatkan yang dia tidak mampu memiliki hati Yeonra.

Banyak yang dia lakukan untuk ambil hati Yeonra. Namun gadis itu seakan tidak faham dan hanya menganggap Jimin sebagai kawan. Jimin tersenyum hambar sambil membalas pelukkan Yeonra.

“Nanti akan ada perempuan yang lebih baik dari saya Jimin.” Jimin terus kaku. Yeonra meleraikan pelukan mereka sambil tersenyum lembut.

“Awak lelaki baik. Jadi awak berhak dapat perempuan yang lebih baik dari saya.” Yeonra mengusap belakang tangan Jimin. Chanyeol yang bagitahu perasaan Jimin pada Yeonra.

Tanpa dapat ditahan lagi air matanya jatuh. Dia sayang Yeonra. Tapi dia tidak dapat memiliki hati wanita itu. Yeonra seperti cinta pertama baginya kerana dia tidak pernah menyukai mana-mana gadis. Hatinya tertutup rapat sejak kehilangan keluarganya. Namun Yeonra datang dan membuka semula pintu hatinya.

“Jangan nangis. Tak malu ke dengan baby?” Jimin tersenyum kecil sambil menyeka air matanya. “Jaga diri. Kalau baby dah lahir nanti, bagitahu saya tau.” Yeonra menganggukkan kepalanya.

“Saya pergi Busan dua hari. Lepas tu saya balik ke Itali.” Yeonra menganggukkan kepalanya. Jimin ke Busan untuk berjumpa dengan ibu saudaranya dan melawat kubur keluarganya.

“Baiklah. Sampai kat Itali nanti, bagitahu Yeol, jangan suruh dia kerja kuat sangat. Dah hitam legam bawah mata dia.” Jimin ketawa lalu memeluk Yeonra sebelum masuk ke balai pelepasan.

“Anyeong Yeonra-ah!” Jimin melambaikkan kedua tangannya Yeonra juga melakukan hal yang sama dan terus pergi tatkala Jimin sudah tidak kelihatan lagi.

“Hi baby.” Yeonra terus menghentikan langkahnya tatkala matanya melihat seseorang yang sangat dia benci.

“I miss you so damn much sayang.” Eunwoo terus mendekati Yeonra. “Kalini aku takkan lepaskan kau.” Dengan cepat Eunwoo mengangkat tubuh Yeonra dan membawanya ke belakang bangunan lapangan terbang.

***

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now