S2: III

57 5 0
                                    

"Junmyeon tak masuk dulu ke?" Puan Ahn terus keluar tatkala melihat kereta Junmyeon berhenti di luar rumah.

"Tak ma, lagi pun lepas ni saya ada kerja nak buat. Saya pergi dulu ya. "Junmyeon terus pergi setelah melihat Yeonra terus masuk ke dalam rumah tanpa mengucapkan terima kasih.

Entah apa salah yang dia buat sampaikan gadis itu seperti benci dengannya.

*****

"Boleh mama masuk?" Yeonra mendongak memandang ibunya yang sedang berdiri di pintu biliknya.

"Masuklah. " Yeonra terus menyambung semula kerja melipat pakaiannya. "Kalau mama tanya, Yeon marah tak?" Puan Ahn yang duduk di birai katil di pandang sebelum Yeonra ikut sama duduk di katil.

"Tanya lah ma." Puan Ahn teragak-agak menanyakan soalan yang ingin dia tanyakan. Takut Yeonra berkecil hati.

"Sehun ada telefon kamu ke?" Senyuman Yeonra terys mati.

Benci dia tatkala nama Sehun kembali di sebut. Yeonra hanya diam tatkala Sehun hilang tanpa meninggalkan sebarang kata seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka. Seolah-olah lelaki itu lenyap secara tiba-tiba.

"Kalau dia ada call pun saya taknak jawab ma." Puan Ahn terus menganggukan kepalanya. Dia juga bersimpati dengan anaknya.

"Baiklah. Kalau Yeon dah siap kemas barang ni, turun bawah ya, mama ada buat kuih kesukaan Yeon." Puan Ahn memeluk Yeonra sebelum keluar dari bilik anak perempuannya.

Setelah ibunya keluar, Yeonra terus menundukkan kepalanya. Walaupun dia nampak seperti tidak kesah akan kehilangan Sehun, tapi Yeonra lah yang paling sakit. Dulu bukan main lagi Sehun cakap tak nak tinggalkan Yeonra. Last-last dia pula yang hilang. HAKPUIH!

******

"Oi kau jangan lah berak kat aku. Alamak dia ni!" Yoongi terus bangun sambil membawa Nini ke tandas.

Yeonra yang baru sahaja turun dari biliknya terkejut dengan kehadiran Yoongi disitu.

"Oppa sejak bila ada kat sini?" Yoongi yang panik mengalihkan pampers Nini berhenti seketika.

"Aku memang dah lama ada kat sini. Si Yeonsoo tu suruh aku datang. Tak sangka dia jadikan aku babysitter. Benci aku." Yoongi menyambung semula kerja membersihkan Nini. Eyy sudahlah anak Yeonsoo tu kuat berak. Entah ikut sapa lah tu.

"Ha Yeon, ke sini lah. Jangan kacau Yoongi kerja." Yoongi hanya menghela nafas. Kerja konon. Puihhhhhh.

"Kesian Yoongi oppa." Yeonra ketawa kecil manakala Yoongi hanya menjeling dari jauh.

"Yeon duduk sini jap. Mama ada sesuatu yang nak bagitahu ni." Yeonra terus duduk disebelah ibunya. Air kopi yang dihidang di atas meja diambil dan terus dihirup.

Sungguh dia rindukan suasana petang di rumahnya. Nampak indah.

"Hari tu mama ada jumpa kawan mama masa sekolah menegah dulu. Dia ada anak lelaki, hensem gila nyahhh." Yeonra hanya menaikkan keningnya. Setahunya, dia tak tanya pun pasal anak lelaki kawan mama.

"Jadi kami dah bersetuju." Kehairanan Yeonra semakin betambah. Setuju apa? Nak tukar  anak ke?

"Erk, setuju apa?" Yeonra sudah mula rasa ada yang tak kena. Lagi-lagi melihat ibunya tersenyum penuh makna.

"Setuju nak buat blind date  untuk korang lah!" Yeonra yang sedang menhirup kopi terus tersedak. Amboi sesedap ramen je mama nak uruskan blind date ni ya?

"Ma...Yeon tak nak." Sudahlah masih broken dengan budak Sehun tu. Tak berselera Yeonra nak jalinkan hubungan asmara dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

"Yeon, anak kawan mama tu baik orangnya. Kacak lagi tu. Orang ada-ada tau. Yeon tak nak ke?" Yeonra hanya menghela nafas melihat ibunya benar-benar ingin dia berblind date dengan anak kawannya itu.

"Tapi Yeon tak kenal dia ma." Entah-entah muka anak kawan ibunya itu macam muka pakcik Lee kat sebelah tu?

"Mana tak kenalnya, dia doktor kat tempat Yeon hari tulah. Takkan tak da doktor hensem kat sana? Kalau ada doktor hensem tu, dialah tu hohohoho." Puan Ahn memukul lengan Yeonra.

Yeonra pula sedang berfikir, siapa doktor hensem kat hospital hari tu? Setahu dia semua doktor kat sana tua. Melainkan....

Doktor Kim?

Ish takkan lah.

"Esok pukul 6." Yeonra menoleh ke arah ibunya. Apa yang pukul 6?

"Blind date kamu. Hohoho." Dengan itu, Puan Ahn terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Yeonra yang masih lagi terkebil-kebil di luar rumah.











********************************************

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now