❁ 28 ❁

202 23 3
                                    

"Noona. Aku nak tanya ni. "Reojun memandang Yeonra yang dari tadi tidak berhenti menonton drama korea di telefonnya.

"Tanyalah. "Reojun terus duduk di tepi Yeonra. "Noona benci Junmyeon hyung? "Yeonra terus pause drama korea di telefonnya dan memandang Reojun.

"Takkan aku nak benci orang yang dah bagi aku tinggal kat rumah dia? "Reojun mengangguk setuju dengan jawapan Yeonra.

"Ok. Aku ubah soalan. Noona suka Junmyeon hyung? "Reojun menjongketkan keningnya. Yeonra hanya diam dan menghela nafas berat.

"Macam mana aku nak sukakan dia kalau keluarga kita tak suka dia. Lagi pun dia ex Yeonsoo unnie. Aku takkan terima dia kalau itu buat Yeonsoo unnie tak selesa. "

"Mama, papa, Jaehyun hyung dan Yeonsoo noona suka Junmyeon hyung kalau dia jadi boyfriend noona. Nak tahu kenapa? "Melihat Yeonra yang hanya diam reojun sengaja menggantungkan ayatnya.

"Sambung lah. "Reojun tersenyum sinis melihat Yeonra. Dah suka, cakaplah suka. "Sebab mama tengok kesungguhan dia dan melupakan masa lalu. Mama akur jika Yeonsoo noona bukan untuk Junmyeon. lagi pun mama dah restu Junmyeon dengan noona. "

"Dah habis? Sekarang keluar. Aku nak tidur. "Reojun ditolaknya perlahan cukuplah sebagai tanda agar Reojun memberinya ruang untuk bersendirian.

"Aku tunggu anak buah tau. "Reojun terus lari keluar tanpa sempat Yeonra mencari bantal untuk di baling ke Reojun.

"Blah lah kau! Cakap ayat yang sama je! "

"Aku baru cakap dua kali! Bak kata orang kata-kata itu doa! "

"Kepala otak kau! "

******
Yeonra hanya diam sambil memandang kosong ke arah TV. "Kau dah makan? "Junmyeon yang baru saja keluar dari bilik tidur itu terkejut melihat Yeonra.

"Awalnya kau bangun. "Junmyeon menguap sambil menggaru pipinya. "Aku ada masak nasi goreng tadi. Kau makanlah. "Junmyeon mengerutkan dahinya. Kenapa pulak Yeonra tiba-tiba melayanya dengan baik walaupun gadis itu sedikitpun tidak melihat ke arahnya.

"Kau tak makan? "Melihat gelengan Yeonra membuatkan Junmyeon hanya menganggukkan kepalanya.

Pinggan diambil dan Junmyeon terus makan nasi goreng yang dimasak oleh Yeonra.

"Tentang soalan kau semalam, aku terima kau. "Junmyeon yang baru sahaja ingin menyuap nasi goreng terbatal tatkala nasi dan sudunya terjatuh setelah mendengar perkataan dari mulut Yeonra manakala Yeonra lari sambil menutup wajahnya dan masuk ke dalam bilik tidurnya.

"Apa dah jadi ni? "Reojun yang baru bangun dari tidurnya menggaru kepalanya tatkala melihat Yeonra berlari masuk ke bilik tidur sambil menutup muka. Hebat betul, dah hafal sangatlah laluan rumah Junmyeon ni.

"Hyung apa dah jadi? "Junmyeon yang sedang minum air tersedak melihat Reojun. "Wuish hyung, bertenanglah. Aku tahu sesuatu dah jadi. Kau cium noona lagi ke? "Bahu Junmyeon ditepuknya. Bersungguh-sungguh Junmyeon menggelengkan kepalanya.

"Noona kau, dia kata dia terima aku. Apa maksudnya tu? "Kini giliran Reojun tersedak liur sendiri. Betul ke apa yang dia dengar? Wehhh aku akan dapat anak buah wehh korang ade??

"Hyung, aku tunggu anak buah tau. "Bahu Junmyeon dipicitnya seperti mengurut dengan bibir yang tak lekang dari terus tersenyum.



Mission completed!





↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now