S2 : XXI

14 1 0
                                    

Yeonra menggenggam erat tangannya tatkala kakinya sudah melangkah keluar dari kapal terbang. Dengan cepat Jimin menggenggam tangan Yeonra sambil tersenyum.

“Its ok.” Yeonra menganggukkan kepalanya. Mujurlah Jimin mahu balik bersamanya meskipun dia masih sedih tentang pemergian keluarganya.

“Yeon!” Jaehyun juga balik pada hari yang sama. Lelaki itu terus berlari mendekati Yeonra. Namun semakin lama senyumannya mati melihat Yeonra sudah berbadan dua.

“Kau dah kawin ke? Kenapa aku tak tahu? Aku tak di jemput ke?ni laki kau eh?” bertalu-talu soalan di lontarkan oleh lelaki itu. Melihat Yeonra hanya menundukkan kepalanya, Jimin terus menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Jaehyun.

“Park Jimin.” Jaehyun yang memandang Yeonra terus mengalihkan pandanganya ke arah Jimin lalu tersenyum. “Abang ipar kau yang kacak. Ahn Jaehyun.” Jaehyun terus menyambut tangan Jimin lalu merangkul bahu Jimin.

“Korang berdua kawin senyap ke apa? Anak buah aku dah berapa bulan? Gemuk betul kau sekarang Yeon!” Jaehyun memang banyak tanya orangnya. Yeonra yang mulanya takut kini bertukar marah. Siapa je nak di panggil gemuk???

“AKU TUMBUK KANG!” Yeonra terus menarik rambut Jaehyun membuatkan lelaki itu menggengam kedua tangan Yeonra. “Arghhh! Jimin tolong! Arghhh kepala aku tercabutt!! Arghhh help meh?!” orang yang lalu di situ hanya melihat aksi pergaduhan kedua adik beradik itu.

“AKU KAU KATA GEMUK?! KAU KURUS KERING AKU DIAM JE TAU! MEMANG NAK KENA NI!” Jimin terus membantu menarik tangan Yeonra agar melepaskan rambut Jaehyun.

“Yeon-ah, awak tu mengandung tau, silap langkah bahaya!” tangan kirinya memegang perut Yeonra dari belakang, manakala sebelah lagi cuba meleraikan genggaman tangan Yeonra.

Setelah lama bergelut akhirnya Yeonra melepaskan rambut Jaehyun. Membulat mata Jaehyun tatkala melihat segumpal rambutnya di tangan Yeonra.

“Aku dah botak ke?” Jimin hanya mengangguk kecil. “Padan muka.” Yeonra terus pergi meninggalkan Jimin dan Jaehyun.

**
Tangan Yeonra mula bergetar tatkala Jaehyun menekan bell rumah. Apabila pintu dibuka, seseorang terus memeluk Yeonra. “YEONRA SAYANG! SAYA MINTA MAAF HIKS!” dengan bersusah payah Yeonra cuba melepaskan lelaki itu.

“Hyung?”

“Jimin?”

Mereka berdua berpandangan sambil kedua mata mereka berkedip berkali-kali. Mereka berdua berkawan dari zaman sekolah lagi. Cuma sudah lama berpisah sebab masing-masing ada haluan sendiri.

“Kau ni siapa pula? Laki baru mama ke?” Jaehyun cuba menutup kawasan botak akibat perbuatan Yeonra. Dia juga tidak menyangka Yeonra akan menarik rambutnya. Kerana kebiasaan adiknya itu akan menyepak punggungnya. Itu pun ambil masa 2-3 hari nak sembuh.

“Saya Kim Seokjin.” Tanpa melepaskan pelukannya pada Yeonra, Seokjin menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Jaehyun.

“Ish lepaslah! Baby terse-“

“Baby?! Awak... tu baby saya ke?” Seokjin melepaskan pelukannya dan menyentuh perut Yeonra. Namun dengan cepat Yeonra menepis tangan Seokjin. “Ini baby, Ahn Yeonra yang punya! Hmph!” Yeonra terus masuk ke dalam rumah. Namun langkahnya terhenti tatkala melihat Puan Ahn kaku melihat nya.

“Ma...” Yeonra cuba meraih tangan ibunya namun puan Ahn mengundurkan langkah.

“Yeon, A-anak sapa...?” Yeonra mendekati ibunya tanpa dapat menahan air matanya. “Ma, dengar dulu.” Yeonra memandang ibunya dengan tatapan yang penuh dengan harapan agar ibunya menerima kehadiran bayi itu.

Kalau boleh Yeonra tidak mahu memberitahu bahawa anak yang dikandungnya adalah anak Seokjin.

“I-ini...” Yeonra menundukkan kepalanya sambil menyentuh perutnya yang semakin membesar. “Ini anak Seokjin.” Ujar Yeonra dengan nada berbisik. Hanya dia dan Puan Ahn saja yang dengar.

Puan Ahn terus memandang Seokjin yang sedang memerhatikan mereka sambil menangis akibat tindakan Yeonra yang baginya sangat kasar.

“Mama, Yeon minta maaf ma. Yeon tak jaga diri! Tapi Yeon taknak gugurkan dia!” Yeonra menggenggam erat tangan ibunya manakala Puan Ahn hanya diam.

“Kim Seokjin.” Setelah lama mendiamkan diri, Puan Ahn terus memanggil Seokjin dengan nada tegas.

Perlahan-lahan Seokjin mendekati mereka. “Mama nak kamu bertanggungjawab! Berani kamu sentuh anak mama ya! Tak boleh tunggu sampai halal ke! Ni lah budak zaman sekarang ni! Dah gaduh lari pulak keluar negara! Yang satu ni pula tak nak keluar dari bilik Yeonra!” bahu Seokjin dan Yeonra dipukul berkali-kali.

“Ma, sakit! Aduh!” Seokjin terus belari menyorok di belakang Yeonra. “Sayang! Saya takut!”

“Ish lepas lah orang tua!” Yeonra cuba meleraikan tangan Seokjin dari mengganggam bahunya.

“Kamu berdua harus kawin!”

“Ma! Yeon taknak kawin dengan dia!” Yeonra menggelengkan kepalanya bersungguh-sungguh. Manakala Jaehyun dan Jimin hanya memerhatikan mereka.

Jimin menghela nafas. Hatinya sedikit sedih kerana dia baru sahaja menyimpan perasaan pada Yeonra. Namun dia lupa yang Yeonra milik orang lain.

“Eh, jap. Tu anak sapa Yeon? Kenapa mama nak kau kawin dengan mamat ni?” Jaehyun mula menanyakan soalan bernas sambil menarik tangan Jimin untuk masuk ke dalam rumah.

“Anak saya hyung! Saya bapak nya!” Seokjin tersenyum suka sambil tangannya masih lagi memegang bahu Yeonra. “Bukan anak awaklah!”

“Sudah! Keputusan mama muktamad. Mama nak kamu berdua kawin. Tak kiralah sedang gaduh ke, sedang taknak bermaafan ke, mama tak kira!” Puan Ahn terus berpeluk tubuh.

“Tak-“

“Saya setuju!” Yeonra terus menjegilkan matamya memandang Seokjin. “Yeon kena fikir pasal anak tau. Takkan Yeon nak bagi dia membesar tanpa ayah?”

Yeonra hanya diam.

“Sayang, saya betul-betul minta maaf. Hari tu bukan saya sengaja biarkan dia sentuh saya. Dia yang melekat dengan saya. Saya tak sa-“

“DIAM!” Yeonra terus masuk ke dalam biliknya.

“Ha, pujuklah anak mama tu.” Puan Ahn terus menarik tangan Jimin. Kesian pula dia tengok budak tu terkial-kial melihat drama pukul 7 mereka.

“Ma, Jae lapar!” Jaehyun juga mengikuti langkah ibunya dan Jimin.



***

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now