S2 : XXIV

24 1 0
                                    

Yeonra membuka matanya tatkala cahaya matahari berada tepat di matanya. Yeonra terus bangun dari pembaringannya. Dia lapar, tapi dia tidak mahu makan-makanan yang diberikan Cha Eunwoo. Entah apa yang lelaki gila itu letak di dalam makanannya nanti.

Yeonra terus memandang pakaian yang di pakainya, tiada lagi dress paras lutut yang dipakainya semalam. Yang dia pakai sekarang night gown Merah paras lutut.

Matanya membulat tatkala melihat Junmyeon duduk di sofa berdekatan dengan katil sambil memerhatikannya. “Dah bangun princess?” Junmyeon terus bangun dan mendekati katil. Yeonra terus mengundurkan diri. Dengan cepat Junmyeon menahan belakang Yeonra.

“Nanti jatuh.” Yeonra hanya terdiam. Takkanlah Junmyeon ikut sama menculiknya? “Junmyeon, tolong selamatkan saya, Cha Eunwoo dah culik saya.” Tangan Yeonra menggenggam erat lengan Junmyeon. Dia percaya Junmyeon tidak terlibat dengan Eunwoo.

“Aku abang ipar kau tau, kena panggil oppa.” Junmyeon tersenyum lembut memandang wajah ketakutan Yeonra. Tiada siapa yang menyangka bahawa dia juga bersubahat dengan Eunwoo untuk menculik Yeonra.

Yeonra menelan liur, perasaannya tidak tenang melihat Junmyeon.

“O-oppa, tolong selamatkan saya. Saya takut.” Yeonra tidak habis fikir macam mana dia nak menjinakkan Eunwoo dan Junmyeon. “shh, kat sini kau selamat. Ikut je cakap aku.” Junmyeon terus memeluk Yeonra. “Kau lapar?” Yeonra menggelengkan kepalanya.

“Dari semalam kau tak makan. Tak kesian kat baby ke?” tangan Junmyeon terus mengelus perut Yeonra. Yeonra terus menepis tangan Junmyeon. “Jangan sentuh saya!”

Junmyeon menghela nafas. Tanpa sempat Yeonra menggelak, Junmyeon terus mencium bibirnya dengan kasar. “Aku dah berlembut dengan kau, macam ni kau balas?” junmyeon terus membuka tali pinggangnya lalu mengikat tangan Yeonra. “Kim Seokjin takkan dapat selamatkan kau, sebab dia bodoh!”

Jeritan Yeonra tidak diendahkan, Junmyeon terus menerus mencium bibir Yeonra, tangannya yang lain meraba tubuh wanita itu.

Yeonra tidak mampu melawan lagi. Hanya air matanya saja mengalir. Tiba-tiba, seseorang datang dan terus memukul kepala Junmyeon.

“Baekhyun!” Yeonra tersenyum lega melihat Baekhyun datang. Dengan cepat Baekhyun membuka ikatan tangan Yeonra. “Cepat lari!” Yeonra terus bangun dan lari meninggaklkan rumah banglo itu. Semua penjaga di sana sudah tewas ditembak oleh Baekhyun.

Yeonra tetap meneruskan perlariannya walaupun dia lemah. Yeonra terus berhenti di tepi jalan sambil menarik nafasnya. Jalan raya kosong pada waktu itu. Mungkin disebabkan kawasan itu kawasan hutan.

Sebuah kereta terus berhenti dihadapannya. Baru sahaja Yeonra ingin lari, tangannya ditarik oleh seseorang. “Sayang!” Yeonra mengalirkan air matanya lalu memeluk Seokjin.

“Macam mana awak tahu saya disini?”

“Inspektor Byun bagitahu. Dia dah serahkan semua bukti yang kukuh untuk menangkap Cha Eunwoo. Sekarang pihak polis sedang cari Cha Eunwoo. Jom masuk, kawasan ni bahaya.”

Yeonra tersenyum lega. Tiba-tiba lutunya lemah, membuatkan Seokjin terus mengangkat tubuh Yeonra.

“Awak ok? Baby ok? Lapar tak?” Yeonra masih lagi tersenyum sambil menekup kedua-dua pipi Seokjin. Tidak pernah dia berasa gembira apabila melihat wajah Seokjin.

“Saya nak tidur.” Yeonra terus memejamkan matanya. Walaupun tiga hari dikurung, Yeonra tetap merasakan penderitaan di sana. Walaupun Cha Eunwoo tidak menyentuhnya. Hidup dalam ketakutan meninggalkan trauma dalam diri Yeonra.

**

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now