❁ 7 ❁

459 43 0
                                    

"Eh,Yeon tak kerja ke hari ni?" tanya mama apabila melihat Yeonra turun ke dapur dengan pakaian biasa.

"Yeon malas." balas Yeonra bersahaja sambil mengambil jus dari peti sejuk.

"Yeon tak takut kena buang ke?" tanya mama lagi. Yeonra menyandar di kabinet sambil memerhati mamanya membuat kimbap.

"Tak,lagi pun Yeon kerja kat syarikat Junmyeon tu. Mama pasti tak suka jadi biarlah dia pecat Yeon." balas Yeonra.

"Mana-mana Yeon lah,Yeon tu dah besar,dah tahu buat keputusan untuk diri sendiri. Mama takkan paksa Yeon buat sesuatu yang Yeon tak suka."panjang nasihat mamanya. Biarlah dia tadah telinga,mama nasihat pun sebab mama sayang. Betul tak GAIS??

"Termasuk Sehun?"mama berhenti dari melakukan aktivitinya tadi dan memandang Yeonra.

"Mama memang tak paksa Yeon,tapi pada pandangan mama,Sehun tu baik orangnya. Mama suka. Tapi mama tak halang Yeon nak kawan dengan mana-mana orang,anak pakcik Byun yang kat depan tu pun Yeon boleh kawan. Kecuali seorang ni."wajah mama bertukar jadi serius.

"Kim Junmyeon."

******

Dari tadi dia tak senang duduk."mana budak ni."ibu jari dijadikan mangsa gigitan.

Dah berapa kali dia call tak dijawab. Setelah puas bergelut dengan perasaan sendiri,Jun myeon bangun dan keluar dari pejabat tanpa mengira dokumen-dokumen penting yang berlanbak diatas mejanya.

******
Yeonra

Aku baru habis membuat air sirap untuk diri sendiri. Baru sahaja aku ingin melabuhkan punggung,aku terdengar suara papa marahkan seseorang.

Aku berjalan menuju ke pintu utama. Dahi aku berkerut melihat papa marahkan seorang lelaki yang fizikalnya familiar kat kepala hotak aku ni ha.

Jap,

Junmyeon?apa dia buat kat sini?nak mampos ke apa?dah lah papa yang jumpa dia. Bagus tanam kubur sendiri daripada jumpa papa. Memang dah puas hidup agaknya.

"Tolonglah ahjusshi saya nak jumpa dengan Yeonra."bertambah berang papa dengan Junmyeon.

"Kenapa nak jumpa dia?kau tak serik lagi ke Kim Junmyeon?pargi balik!aku taknak tengok muka kau kat sini"aku tahu. Papa aku tak garang kalau tak ada orang cari masalah dengan dia.

Aku terkejut apabila Junnyeon memandang kearah aku"Yeonra."namaku meniti dibibirnya. Terus aku palingkan muka kearah lain kerana papa juga memandang kearah aku. Syaiton ni dah kenapa sebut nama aku??

"Pergi Kim Junmyeon,jangan sampai aku buat kasar dengan kau."aku dengar papa menutup pintu gate

"Masuk Yeon."wajah bengis papa tak aku pandang sebab takut. Gila kau? Dahlah muka bengis ditunjukk lagi kau nak tengok makin kecut lubang hidung kau. Aku hanya ikut arahan papa.

"Kenapa dia nak jumpa Yeon?"tanya papa usai kami duduk di sofa keluarga.

Mama juga duduk bersama setelah meletakan pinggan yang berisi buah-buahan di meja ruang tamu.

"Yeon tak tahu pa,dia yang nak datang sini."aku hanya menundukan kepala.

"Yeon ada apa-apa hubungan dengan Junmyeon?"suara lembut mama menyapa pendengaran ku.

Aku hanya menggeleng"papa nak Yeon buat surat berhenti esok. Papa tak nak Yeon kerja kat sana lagi,faham?"aku hanya menganggukkan kepala ku.

Heshtek Yeonrataatyow!

******

Aku termenung sambil memikirkan jalan hidup aku Lepas aku berhenti kerja kat syarikat Junmyeon. Lepas ni aku nak kerja kat mana?kerja kat syarikat Sehun?aku tak nak lah.

Lama aku berfikir akhirnya satu nama menjengah fikiran"Cha Eunwoo."

Aku terus mengambil telefon aku diatas meja lampu dan mendail nombor ex aku. Aku dengar dia baru je buka cafe berdekatan dengan taman seberang rumah aku.

Lama lah aku tak berhubung dengan dia sejak dah putus ni. Tapi aku yang paling aku ingat ayat terakhir dia waktu aku nak tinggalkan dia dulu.

'Kalau awak nak minta tolong saya,saya sedia bantu awak'

Dah dia kata macam tu kan?apa salahnya. Bila susah cari dia ha tepuk!

Setelah jumpa nombor dia aku terus tekan call. Aku harap lah dia masih guna nombor lama dia ni.

"Hello?"suara yang lama dah tidak di dengar. Setelah mendengar suara itu,pelbagai kenangan muncul,aku rasa rindu pula dengan dia.

"Hmm ni saya,Yeonra"balas ku ragu. Yelah nanti apa dia fikir bila dah 4 tahun tak berhubung dan tiba-tiba aku hubungi dia semula tak ke perasan budak tu nanti?

"Ra!rindunya dengan awak."aku tersenyum mendengar suara ceria dia. Dia ni memang ceria orangnya,sampai susah nak tahu dia ada masalah ke tidak.

"Saya pun rindu awak juga."tiba-tiba muka rasa panas. Eleh tak malu cakap rindu anak teruna orang. Ahh lantak lah yang penting aku nak kerja!

"Ada apa call ni?"bergetar tangan nak cakap perkara sebenar.

Yang kau gelisah sangat ni kenapa Yeonra?

"Hmm awak baru je buka cafe berdekatan taman yang dekat dengan rumah saya kan?"aku gigit ibu jari ku

"Ya,kenapa?nak datang sini ke?"tanya Eunwoo bertalu-talu. Taklah. Nak pinjam tandas, nak berak. Alah dia ni,banyak tanya.

"Hmm memandangkan cafe tubaru buka. Kat sana mesti ada kerja kosong kan?"dah nak terkencing aku ni,gelisah sangat. haii apa yang nak ditakutkan sangat.

"Haha ada. Awak nak kerja sini eh?"hai bonggok ex aku ni. Nasib kau comel.

"Tak lah nak suruh kura-kura saya kerja jadi pelayan kat cafe awak."aku dengan dia ketawa. Tentu comel dia time tu.

Yang aku ni berfangirling kat dia ni kenapa?"mestilah saya yang nak kerja."balas ku sambil membetulkan posisi baring aku.

"Boleh je. Esok boleh masuk kerja,nak saya ambil awak ke esok?"wahh!tanpa interview,terus dapat.

Jadi disini saya sarankan anda wahai readers,berkerjalah dengan ex anda. Anda pasti dapat kerja tanpa buat resume hahahanat.

"Esok tak boleh. Ada hal"aku baru teringat yang aku nak uruskan surat pemberhentian kerja kat syarikat Junmyeon.

"Ok lah kalau macam tu,awak start lusa eh?"ni dah mendesak ni´▽`

"Lusa pun lusa lah haha tentu urgent sangat sampai nak suruh saya cepat kerja."aku tambahkan gurauan sikit ye.

"Bukan apa,hari khamis ni perasmian cafe saya,jadi saya perlukan perkerja untuk bantu saya.Pasal gaji,awak jangan risau memang lumayan"uwahh kaya budak ni.

"Yelah.ni awak tak sibuk ke?maaflah kalau ganggu awak."aku lupa pula yang Eunwoo ni orang penting jadi tentu dia busy.

"Tak lah,awak tak pernah ganggu saya walaupun saya tengah sibuk"alahai nak pikat kita balik ke bang?

"Haha yelah. Terima kasih sebab bagi saya kerja kat cafe awak"dengan akwardnya aku ketawa.

"Anything for you,Ra."dalam banyak-banyak ex aku,dia ni lah yang panggil aku Ra.

Dan dalam kalangan ex aku juga,dia ni lah yang seumur dengan aku yang lain semua muda.

Bukan aku minat lelaki muda,cuma aku minat diorang sebab diorang tu comel hahaha.

"Ok lah.saya nak tidur,good night."suka hati aku lah nak cakap tidur ke apa walaupun jam masih pukul 7 malam,aku kesah apa

"Good night. Jumpa lusa tau jangan lambat pula"aku tutup telefon bila dah cakap bye

↓↓↓↓↓↓

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now