65: Usikan Zarfan

Start from the beginning
                                    

    "Mana aku tahu! Aduh! Kut iya pun Zarfan, tak payahlah tumbuk aku. Sakit tahu tak!" rungut Nasir sambil memegang perut yang masih berdenyut sakit.

    Zarfan hanya berwajah selamba. "Siapa suruh kau cari pasal..." balasnya dalam nada mendatar.

    Nasir mengetapkan gigi. "Ini cara kau nak minta tolong?"

    "Ha'ah. Kenapa? Salah?"

    Nasir merengus. Kebetulan mereka telah sampai di kelas. Dia terus masuk ke dalam kelas lalu duduk di kerusinya.

    Zarfan berdecit. Merajuklah itu...Dia menghampiri Nasir. "Nak atau tak?" Dia memberi kata dua.

   "Iyalah. Nanti aku pergi rumah kau selepas asar," jawab Nasir dengan geram.

    Zarfan mengukir senyuman kemenangan sebelum berlalu ke tempatnya.

-----------------------------------------------------------

    "Aku ajak kau seorang sahajakan?" ujar Zarfan menaham geram. Matanya memandang Nasir yang tersengih. Di kiri dan kanannya, berdiri Wafiy dan Hanani. Wafiy mengangkat tangan menyapa manakala Hanani hanya diam tanpa memandangnya.

    "Nasir!"

    "Alah, Zarfan. Mereka yang nak ikut. Lagi ramai, lagi seronok. Betul tak?"

   Zarfan hanya mampu merengus. Sejahat-jahat dia, dia tak akan halau mereka. Tambah pula mereka datang dengan niat yang baik. Tak akan dia nak kurang ajar dengan mereka pula kan?

-----------------------------------------------------------

    "Atuk!" Zarfan melambai Tuan Jamal dengan riang. Langkahnya dilajukan mendekati orang tua itu yang baru hendak keluar rumah.

    Bibir Tuan Jamal merekah dengan senyuman. Dia menyambut kedatangan Zarfan dan kawan-kawannya dengan gembira. Mereka duduk di pondok wakaf di halaman rumah Tuan Jamal. Hidangan petang dinikmati sambil membuka kedai kopi.

     "Abang Umar tak datang Afan?" tanya Tuan Jamal.

    Wajah Zarfan berubah. Dia mengusap belakang lehernya. "Err... Afan sudah ajak tetapi..."

    "Dia tak nak". Tuan Jamal memotong kata-kata Zarfan. Wajah tuanya diselubungi sayu. "Dia masih marahkan atuk..."

    Zarfan menggeleng. Tangan Tuan Jamal dipegang dan diusap perlahan. Cuba untuk memujuk. 

    "Abang Umar tak marah. Dia cuma perlukan masa. Atuk sabar ya," pujuknya dengan suara lembut.

    "Sudah sebulan berlalu Zarfan. Sekali pun dia tak datang jenguk atuk. Sedangkan dahulu, hampir setiap minggu dia datang ke sini," bantah Tuan Jamal sedih.

    "Dia sibuk, tuk. Dengan Afan pun dia tak sempat nak duduk bersembang macam dulu. Nanti kalau dia tak sibuk, dia datanglah jenguk atuk," Zarfan terus memujuk.

    Nasir, Wafiy dan Hanani sekadar memerhati. Ini kali pertama mereka melihat riak wajah Zarfan selembut itu. Malah, pandangan matanya dibiasi dengan kasih sayang. Walaupun tak tahu cerita sebenar, tetapi mereka dapat meneka yang Zarfan dan lelaki tua di hadapan mereka ini mempunyai hubungan rapat.

    "Itu semua alasan Afan sahajakan?"

    "Atuk, kalau betul dia marah, abang Umar tak akan izinkan Afan datang ke sini. Atukkan lagi kenal abang Umar dari Afan. Mesti atuk tahu yang abang Umar bila dia sayang seseorang, dia akan sayang sampai bila-bila. Walaupun orang itu selalu menyakiti dia dan bencikan dia. Macam Batch Lagenda".

    Zarfan menarik sengih.

    Tuan Jamal turut tersenyum. Hati tuanya terpujuk. Dia mengusap kepala Zarfan dengan penuh kasih sayang.

    "Emm, atuk. Hujung minggu ini papa ajak datang rumah. Nak bincang tentang majlis abang Umar nanti. Ajaklah opah sekali," beritahu Zarfan sambil mencapai kuih cara di depannya.

    Tuan Jamal mengangguk. "Baiklah. Atuk pun tak ada apa-apa rancangan hujung minggu ini".

    Zarfan memandang kawan-kawannya yang diam sejak tadi. "Korang ini sejak bila jadi tunggul? Selalunya macam murai tercabut ekor".

    "Oh, aku ingat kau bawa aku untuk suruh aku jadi tunggul. Kau tengah sibuk bersembang, tak akan kami yang tak tahu apa-apa ini nak menyampuk. Fikir logiklah sedikit," bidas Nasir geram.

    Tuan Jamal ketawa. "Sudah, bawalah kawan kamu tiga orang ini jalan-jalan di kawasan ini. Atuk nak masuk dalam sekejap," arahnya. Dia berdiri sebelum turun dari pondok itu.

    "Jom, aku bawa korang ke air terjun di hujung kampung. Tetapi tak boleh lama-lama sebab aku nak balik sebelum magrib," ajak Zarfan.

    "Jadilah daripada kau biar kami bertiga mereput di pondok ini," balas Wafiy. Dia melompat turun dari pondok. Seliparnya disarung.

    "Kita nak pergi naik apa? Tak akan nak jalan kaki?" tanya Nasir dengan dahi yang berkerut.

    Zarfan berdecit. "Habis kau nak naik apa? Jalan kaki sahajalah. Bukan jauh mana pun, tak sampai lima minit pun kalau jalan kaki," jelasnya.

    "Emm, yalah. Nasib baik dekat".

    
   
   

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now