60: Qaseh datang

389 59 2
                                    

     Umar Haiqal mengeluh lega apabila wadnya kembali kosong.Danial dan Eusuf pergi untuk menjemput Zarfan datang ke wadnya. Manakala Johan turun ke kafe hospital untuk menikmati makan tengahari.

    Terasa tenang hidupnya tanpa suara-suara yang menyesakkan kepalanya. Sama ada suara perbahasan antara Johan dan Batch Lagenda mahupun bebelan Johan dan Batch Lagenda kepadanya.

    Tiba-tiba, pintu wadnya dikuak dari luar. Seakan ada magnet, kepala Umar Haiqal bagaikan ditarik untuk melihat ke arah pintu.

    "Qaseh..." bisik Umar Haiqal. Matanya mendarat ke wajah Qaseh lama. Terasa suis akalnya seperti tertutup akibat kedatangan gadis itu. Dia tak dapat berfikir apa-apa.

    "Afan beritahu Qaseh yang abang sakit". Qaseh memberi alasan tentang tujuannya datang.

    Umar Haiqal mengangguk perlahan. Matanya dialihkan. Dia kembali menyambung permainan di telefon bimbitnya. Cuba untuk tidak menghiraukan kewujudan Qaseh di situ. Lagipun, dia tidak tahu apa yang patut dia bualkan.

    Qaseh mara ke depan. Dia berdiri di hujung katil Umar Haiqal.

    "Abang Umar..." panggil gadis itu.

    Umar Haiqal mendongak. Melihat riak Qaseh yang serius, dia terus mematikan telefon bimbitnya. Dia dapat merasakan Qaseh ini membicarakan sesuatu yang penting.

    "Qaseh nak jelaskan salah faham antara kita".

   Riak Umar Haiqal berubah. Dia kembali membaringkan dirinya di atas katil. Selimut ditarik ke atas kepala untuk menutup keseluruhan tubuhnya. Seakan dia tak mahu mendengar kata-kata Qaseh. Seakan dia ingin Qaseh pergi dari situ.

    Tingkah Umar Haiqal itu amat Qaseh faham tetapi dia tetap tak berganjak. Sama ada Umar Haiqal mahu mendengar atau tidak, dia tetap akan bercakap. "Sejujurnya benar Qaseh menyukai abang Zaqwan..."

    Umar Haiqal menyentuh dadanya yang tiba-tiba terasa sakit seakan ada tangan ghaib yang mengenggam salur nafasnya. Selama ini dia tahu perkara itu, tetapi...mendengar luahan dari mulut Qaseh sendiri membuatkan dia patah hati.

    "Tetapi hanya sebagai abang dan kawan. Qaseh tak mencintainya lansung".

     Umar Haiqal terpaku. Terasa nafas dan aliran darahnya semuanya terhenti. Qaseh terus bercakap tanpa sedar apa yang berlaku kepada Umar Haiqal.

     "Abang tahu kenapa Qaseh tak mencintai dia yang abang sangka sempurna dari abang? Sebab... dari awal lagi hati Qaseh telah dicuri oleh abang. Qaseh tak pernah mempermainkan hati sesiapa sebab Abang Zaqwan tahu perkara ini dari awal lagi. Dia juga tak pernah mencintai Qaseh. Khabar angin yang mengatakan Qaseh dan abang Zaqwan saling bercinta itu hanyalah khabar angin semata. Qaseh tak tahu macam mana khabar angin itu boleh wujud dan tersebar".

    Qaseh diam seketika. Kenangan lama muncul dalam fikirannya. Kenangan mengenai peristiwa yang berlaku pada hari khabar angin itu wujud.

    Qaseh berlari ke kawasan belakang sekolah. Dia telah terlewat! Sampai sahaja di situ, kelibat Umar Zaqwan yang sedang berbaring memandang langit menyapa matanya. Langkah diperlahankan menghampiri Umar Zaqwan.

    "Assalamualaikum abang. Kenapa abang nak jumpa Qaseh?" sapa Qaseh.

     Umar Zaqwan menjawab salam sambil bangun dari pembaringannya. Dia duduk bersila di atas simen koridor itu. Tangannya menepuk lantai di sebelahnya, mengajak Qaseh untuk duduk di situ.

    Qaseh akur. Sengaja dia menjauhkan jarak. Beg sandangnya diletakkan di tengah, menjadi pemisah di antara mereka.

    "Sejak hari pertama aku datang ke sini, aku selalu memandang kau Qaseh. Ada sesuatu mengenai kau yang telah mencuri perhatian aku. Kau suka Umar Haiqalkan?"

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now