70: Penamat

570 61 4
                                    

     Afiq mendekati Eusuf. Di kala Batch Lagenda yang lain sibuk mengusik Danial dan Umar Haiqal yang baru menamatkan zaman bujang dengan bidadari pilihan mereka, Eusuf pula memilih untuk bersendirian di pondok wakaf yang ada di taman tasik ini.

    Ya, taman tasik. Tidak seperti majlis perkahwinan orang lain yang selalunya diadakan di dewan ataupun rumah mereka sendiri, Danial dan Umar Haiqal memilih taman tasik ini.Satu-satunya alasan mereka adalah kerana tasik ini banyak merakamkan memori zaman persekolahan mereka dahulu.

     Afiq menepuk bahu Eusuf yang sibuk memerhati gelagat tetamu sambil tersenyum sendirian. Dia melabuhkan punggungnya di sisi Eusuf.

    "Assalamualaikum, Suf. Boleh aku duduk disini?"

    Eusuf berdecit. Dia meletakkan gelas kaca yang ada di tangannya ke atas lantai pondok wakaf itu. "Kau sudah duduk pun, baru nak minta kebenaran aku?"

    Afiq tersengih. "Kenapa kau tak sertai mereka yang lain? Duduk seorang di sini...hanya membuat orang lain fikir kau sedang patah hati," tegurnya.

    Eusuf memandang Afiq sekilas sebelum kembali mengalihkan pandangan ke arah khemah kenduri. "Saja. Tengok suasana macam ini, aku teringatkan majlis reunion kita," jawabnya lalu tersenyum tanpa sedar.

    Eusuf kemudiannya tertunduk. Dengan suara sedikit sayu, dia kembali menyambung kata, "sayangnya, pada masa itu kita masih belum berbaik dengan Haiqal".

    Afiq mengangguk bersetuju. "Aku pun seronok bila semuanya dapat hadir di majlis yang sama, berkumpul dan bermesra antara satu sama lain pada hari ini. Walaupun ini bukan majlis reunion kita, tetapi nampak macam itu kan? Malah kali ini mereka tak hadir bersendirian, tetapi bersama isteri dan anak masing-masing. Semoga ukhwah ini berkekalan hingga ke anak cucu kita nanti".

    Ketawa Eusuf terhambur. "Ayat kau macam orang tua, Afiq! Hahaha, anak cucu...jauhnya kau fikir!"

    Afiq hanya meleret senyuman manis. Dia menepuk bahu sahabatnya itu. Dia menoleh ke arah Danial dan isterinya yang sedang melayan tetamu. Wajah sahabatnya itu tampak bahagia. Dia mengalih pula pandangan ke arah Umar Haiqal dan Qaseh yang sedang berbual bersama Kauthar dan isterinya. Mereka tampak berseri dengan senyuman penuh bahagia di bibir masing-masing.

    "Kau redha Qaseh jadi milik Haiqal, Suf?" tanya Afiq dalam nada perlahan. Takut mengecilkan hati sahabatnya itu.

    Eusuf tertawa tanpa suara. Dia memandang Umar Haiqal dan Qaseh sesaat sebelum menoleh ke arah Afiq.

    "Kau tahu, Afiq...aku ingat aku akan sedih melihat Qaseh jadi milik Haiqal. Iyalah, bertahun aku simpan rasa cinta ini untuk dia. Alih-alih dia pilih Haiqal. Tetapi bila hari ini muncul, sedikit pun aku tak rasa sedih. Malah melihatkan kebahagiaan mereka membuatkan aku bertambah bahagia".

    Afiq merenung wajah Eusuf, cuba untuk 'membaca' sahabatnya itu. Dia ingin melihat apa Eusuf menipu untuk menyedapkan hatinya. Tetapi sinar mata Eusuf menunjukkan yang dia benar-benar memaksudkan kata-katanya. Tiada segaris pun riak kesedihan yang wujud di wajah pemuda itu. Sebaliknya, matanya benar-benar menzahirkan kebahagiaan seperti Umar Haiqal dan Danial.

    Eusuf berdecit melihat Afiq tergamam. Dia mencicip jus orennya sebelum memandang Umar Haiqal yang kini sedang melayani perbualan dengan Danial.

    Orang kata, bukan senang nak melepaskan cinta pertama. Samalah seperti apa yang dia alami. Tetapi perbualannya dengan Tuan Yasir sebulan lalu memungkinkan segalanya. Kerana itu, dia redha sepenuhnya akan hakikat yang Qaseh bukan miliknya.

    "Pak cik..." ujar Eusuf sebaik sahaja melihat Tuan Yasir telah tiba di taman tasik itu. Dia berdiri bagi menyambut kedatangan lelaki tua itu. Dia menghulurkan tangan seraya mencium tangan Tuan Yasir dengan penuh hormat.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now