62: Tersedak

388 59 2
                                    

Umar Haiqal menghela nafas. Matanya merenung jumantara lazuardi yang terbentang luas di atasnya. Sesekali, sekumpulan burung terbang melintas pandangannya sambil berkicau riang. Suasana pada waktu tengahari itu tidak seterik biasa kerana sinar matahari dilitupi awan putih kelabu yang tebal. Nampaknya, hari bakal hujan.

"Di sini rupanya abang Umar pergi. Penat Afan cari".

Umar Haiqal bangkit dari pembaringannya. Dia bersila di atas tanah sambil memerhatikan Zarfan menghampirinya bersama bungkusan makanan di tangan.

"Oh, program sudah habis ke?" tanya Umar Haiqal selamba dengan muka tak bersalah.

Zarfan membuat muka. Abangnya itu pandai nasihatkan dia supaya tidak ponteng, tetapi sekarang abangnya yang ponteng dari program motivasi yang dianjurkan oleh Batch Lagenda. Boleh pula abangnya menghilang semasa tengah program ketika Batch Lagenda perlukan bantuannya untuk menjayakan program itu. Nasib baik suasana tak kecoh!

"Kenapa abang lari?"

"Saja. Malas. Bosan".

Mata Zarfan semakin mengecil melihat Umar Haiqal. Abangnya itu memang kaya dengan alasan!

"Nah, makanan tengahari yang sekolah sediakan untuk Batch Lagenda. Abang Danny suruh bagi pada abang Umar," ujar Zarfan malas. Dia menyerahkan bungkusan nasi itu kepada Umar Haiqal dengan kasar.

"Tetapi aku tak lapar," balas Umar Haiqal menolak pemberian Zarfan. Bungkusan nasi itu kembali disangkutkan ke tangan Zarfan.

"Kalau kau nak makan, makanlah dulu".

"Tak nak. Afan memang jarang makan dekat sekolah. Nantilah balik rumah baru Afan makan," balasnya. Dia ikut bersila di depan Umar Haiqal. Penat berdiri lama-lama. Plastik di tangannya diletak sahaja di atas tanah.

"Yang lain mana?" Umar Haiqal menanyakan keberadaan Batch Lagenda.

"Ada di kantin. Tengah beramah mesra dengan guru-guru dan pelajar yang lain. Malas Afan nak ikut. Abang tahu, kawan-kawan abang itu Afan tengok sudah mengalahkan artis terkenal. Siap ada yang minta untuk bergambar lagi," cerita Zarfan.

Umar Haiqal tergelak. Dia sudah mengagak perkara itu akan berlaku. Sebab itu dia lari awal-awal lagi.

Bagi sekolah ini, Batch Lagenda umpama momokan guru-guru untuk menaikan semangat pelajar-pelajarnya untuk berjaya. Kisah yang diperturunkan dari guru kepada anak murid mereka dari tahun ke tahun. Diulang-ulang dan terus tersebar dalam kalangan pelajar bagaikan abu yang ditiup angin tanpa mereka sendiri ketahui sejauh mana kebenarannya.

Tak ubah seperti mitos zaman moden.
Tetapi bila Batch Lagenda terbukti wujud, mestilah ramai yang teruja.

Umar Haiqal mengusap kepala Zarfan. "Afan..."

"Kau tak marah aku sebab gagal selamatkan abang Wan? Lagipun kau tahu kan, Wan mati sebab ingin selamatkan aku. Kalau aku tak hilang arah masa itu, mesti Wan masih hidup sekarang ini".

Zarfan memandang Umar Haiqal dengan senyuman manisnya. Kini, nama abang sulungnya tidak lagi membuatkan dia trauma.

"Tak sebab tiada manusia yang dapat lawan takdir Allah. Allah telah menulis di Luh Mahfuz yang hayat abang Wan hanya hingga malam itu sahaja. Afan sahaja yang bodoh tak nak menerima takdir. Abang Umar pun jangan ikut bodoh macam Afan yang tak nak terima takdir".

Zarfan membuka dompetnya. Sekeping gambar dikeluarkan. Dahulu, gambar itu tersimpan kemas di dalam album gambarnya. Baru semalam dia mengambil gambar itu untuk diletakkan di dalam dompetnya. Gambar itu dihulurkan kepada Umar Haiqal.

"Afan yakin kalau abang Wan masih hidup pun, dia pasti tak nak tengok abang Umar salahkan diri sendiri. Dia mesti nak tengok abang Umar senyum selebarnya macam dalam gambar ini".

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now