11: Hakim

421 63 2
                                    

Bunyi orang ketawa menarik perhatian Zarfan untuk menoleh. Kelihatan Hanani, kawan sekelasnya yang juga adik Wafiy sedang berbual mesra dengan seorang pelajar lelaki di taman sekolah. Hakim. Mereka tidak berduaan tetapi ditemani Aida, kawan rapat Hanani.

Mata Zarfan tajam memerhatikan mereka bertiga, lebih tepat lagi ke arah Hakim. Hakim sangat berbeza dengan dia. Remaja itu merupakan pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan menduduki tempat teratas dalam tingkatan. Tutur bahasanya pula sopan dan selalu tersenyum manis. Namanya sentiasa meniti dibibir para guru dan sering dijadikan contoh bagi menasihati pelajar lain.

Zarfan tersenyum sinis. Dari riak Hakim, dia tahu remaja itu menyimpan hati kepada Hanani. Tetapi sayang kalau Hanani turut menyukainya. Hakim tak sesuai dengan gadis seperti Hanani dan Wafiy semestinya tak akan mengizinkan adiknya bersama Hakim.

Zarfan berdecit. Ah, peduli apa dia. Bukan masalah dia jika Hanani membalas cinta si monyet bernama Hakim itu. Perasaan Hanani adalah hak Hanani. Bukan dia. Lebih baik dia mendiamkan diri sambil menunggu drama yang bakal berlansung andai Wafiy tahu Hakim menyukai adiknya. Jadi, tak perlulah dia masuk campur dalam urusan bekas kawan sepermainannya itu.

Zarfan menjerling ke arah Hanani dan Hakim sekali lagi. Dia menyeluk kedua-dua tangannya ke dalam saku seluar sebelum meneruskan perjalanan ke koperasi.

"Allah!"

Zarfan terlatah kuat apabila pintu makmal komputer yang tiba-tiba terbuka hampir terhempas pada mukanya. Refleksnya yang pantas membuatkan dia laju mengundur ke belakang.

Dumm!!!

Bunyi dentuman melingkari ruangan udara apabila pintu itu bertembung dengan dinding keras.

Dada yang berombak kencang diurut. Zarfan mengatur semula penafasannya. Ditarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembus perlahan. Diulang beberapa kali sehingga dengupan jantungnya kembali normal. Sedang sibuk mengeluarkan dirinya dari hambatan kejutan itu, Zarfan tak sedar dirinya dihampiri seseorang.

"Ya Allah!"

"Zarfan! Maafkan cikgu! Cikgu tak sangka ada orang akan lalu di sini". Cikgu Fatih meminta maaf. Wajahnya kelihatan resah dengan kesilapannya itu. Hampir-hampir dia menyebabkan Zarfan cedera. Walhal, baru sahaja pemuda itu berbaik dengannya. Sungguh, dia risau kejadian itu akan menyebabkan baran Zarfan kembali.

Zarfan mengangkat tangannya, memberi isyarat bahawa dia tak apa-apa. Terus cikgu Fatih menghela nafas lega. Senyuman nipis merekah dibibir tuanya.

"Maafkan cikgu sekali lagi. Cikgu harap kamu tak ambil hati dengan kejadian tadi ya," ujar cikgu Fatih.

Zarfan mengangkat keningnya. "Buat apalah saya nak ambil hati. Lagipun, saya tak cedera apa-apa. Cikgu risau saya jadi baran ya?" duganya. Tak sukar dia meneka apa yang cikgu disiplin itu fikirnya kerana semuanya terpampang jelas pada wajahnya.

Cikgu Fatih tersengih sambil mengusap belakang lehernya. Memang itu yang difikirkannya.

"Emm, jarang kamu keluar rehat. Nak ke kantin ke?" tanyanya mengubah topik perbualan mereka.

Zarfan menggeleng sambil bersuara, "taklah. Saya nak ke koperasi. Lapar".

"Kenapa tak kantin sahaja? Koperasi ada apa sahaja yang boleh kenyangkan perut kamu?"

"Kantin sesaklah, cikgu. Rimas," omel Zarfan. Dahinya dikerutkan tanda tak suka.

Lagipun, Nasir pasti ada di kantin. Malas dia nak menghadap muka kawannya itu dua puluh empat jam. Cukuplah di kelas dia melayan kerenah Nasir. Tak pasal-pasal nanti, mereka buat treater di tengah kantin pula.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now