59: Mimpi

402 59 0
                                    

"Hoi, apahal kau asyik tergerak sana-sini dari tadi? Ada ulat ke bawah punggung kau?" tegur Umar Zaqwan kepada kembarnya yang dari tadi tidak duduk diam di sofa.

Bahu Umar Haiqal terangkat akibat terkejut. Dia menjeling Umar Zaqwan yang sedang menatang dulang berisi sejag air masak sejuk dan sepiring biskut Chipsmore. Dulang itu diletakkan didepan Umar Haiqal.

Walau secara teknikal, Umar Haiqal bukan tetamu kerana pemuda itu ialah adiknya sendiri namun dia tetap menghidangkan juadah ringan. Lagipun, itu adalah salah satu teknik yang paling berkesan untuk memanjangkan masa Umar Haiqal duduk di situ.

"Afan mana?" tanya Umar Haiqal kasar. Sejak dia menjejakkan kaki dirumah itu, kelibat anak kecil yang aktif itu masih belum terlihat.

Umar Zaqwan menyengetkan kepala memandang kembarnya sambil tersenyum senget. "Aik, sejak bila kau rindukan adik kita?" usiknya.

"Adik kau, bukan adik aku," bidas Umar Haiqal menafikan kata-kata kembarnya. "Antara kau dan aku, tak akan pernah wujud perkataan kita," sambungnya lagi. Sekeping biskut Chipsmore dicapai lalu digigit besar.

Umar Zaqwan membuat muka. "Kita tengoklah nanti. Heh, jangan berlagak sangat. Macamlah aku tak kenal kau. Kembar aku sendiri kot. Haha, cubalah keraskan hati itu. Aku nak tengok sejauh mana kau mampu terus benci aku dan Afan. Ibu...hahaha sah-sah kau tak akan mampu benci".

Umar Haiqal mendengus. Geram apabila dia kehilangan kata tanpa mampu membidas balik. Tambah pula mendengar tawa abangnya yang menyakitkan hati itu. Umar Zaqwan memang bijak mengenakannya.

"Afan tengah main dengan kawan-kawan dia. Kalau kau nak jumpa dia, pergilah ke padang," jawab Umar Zaqwan setelah menghabiskan ketawanya.

"Buat apa aku nak tengok budak itu. Buang masa aku sahaja," omel Umar Haiqal. Sekeping biskut lagi dicapai.

"Heh, tadi dia yang tanya. Hah, ini yang kau datang ke rumah ini buat apa? Tiba-tiba sahaja. Nasib baik jantung aku tak gugur bila balik saja, tengok-tengok kau elok bertapa di luar rumah," tanya Umar Zaqwan.

"Aik, tak boleh aku datang ke? Ini rumah kau seorang ke? Aku sudah tak layak nak datang sini?" bidas Umar Haiqal balik. Air sejuk yang dituang abangnya tadi ke dalam gelas plastik dicapai lalu dicicip perlahan.

Umar Zaqwan melemparkan senyuman manisnya. Menutup ketawa yang hampir terzahir mendengar ayat Umar Haiqal yang seakan sedang merajuk itu. "Datanglah, tak ada sesiapa halang aih. Kau tetap ahli keluarga ini. Adik kesayangan aku, abang kesayangan Afan. Anak ibu yang tercinta".

Umar Haiqal menjulingkan matanya ke atas. "Sejak bila aku jadi adik kesayangan kau hah? Afan nak letak mana? Lagi satu...kau kata apa? Aku abang kesayangan Afan? Heh, Afan sendiri tak tahu aku ini abang dia," bantahnya. Gelas plastiknya yang masih tersisa dengan air sejuk dihentak ke atas meja.

"Itu kata kau. Kau pasti ke Afan tak tahu siapa kau sebenarnya?" duga Umar Zaqwan. Dia tersenyum mengejek. Belakangnya disandarkan ke sofa sambil kedua-dua tangannya direhatkan di alas tangan sofa itu. Lagak seperti orang besar yang berdepan dengan orang suruhannya.

"Kau beritahu Afan?! Kenapa?!"

Umar Zaqwan berdecit. "Sudah dia berhak tahu yang dia punya abang lagi seorang," jawabnya. "Lagi satu, bukan aku cakap eh. Ibu yang beritahu dia. Jadi, jangan sibuk salahkan aku".

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now