Silam 2: Pesaing Baru

449 57 1
                                    

Umar berjalan santai menuju ke pusat sumber. Ingin menghabiskan masa rehatnya di sana. Perut yang rancak berkeroncong tidak diendahkan. Dia tidak mempunyai sebarang duit untuk membeli makanan.

"Hai, cikgu. Nampak macam berat sahaja kotak ini. Apa kata kami tolong?"

Umar menjengukkan kepalanya ke bawah apabila mendengar suara kuat itu. Kelihatan seorang guru lelaki dikelilingi beberapa orang pelajar nakal. Bibir masing-masing melukiskan senyuman sinis sambil menghampiri guru itu dengan langkah perlahan.

Umar mengangkat keningnya saat melihat Danial dan Eusuf turut berada di situ. Entah mengapa, sejak peristiwa semalam dia tertarik untuk memerhatikan kumpulan pelajar nakal itu.

Mata Umar meniti dari satu wajah ke satu wajah. Matanya terpaku melihat pelajar lelaki di sisi Danial. Aura seorang ketua terpancar dari tubuh pemuda itu. Umar tersenyum penuh makna. Dia terus memerhatikan pemuda itu sambil menilai ciri-cirinya.

Berkulit sawo matang, bertubuh tinggi, sedikit tegap, berambut panjang dan berpakaian agak kemas berbanding kawan-kawannya yang lain.

Pelajar lelaki itu menghampiri guru yang terpacak berdiri didepan mereka sambil memegang kotak. Dengan gerakan yang pantas, pelajar itu merampas kotak itu seraya menterbalikkan isi kotak itu ke atas tanah. Guru itu yang tidak sempat melakukan apa-apa sekadar terpaku, manakala kumpulan pelajar itu galak mentertawakan guru itu.

Umar membeliakkan matanya tidak percaya. Tangannya mengepal penumbuk. Laju dia berlari menuruni tangga menuju ke arah mereka. Nasihat Qaseh semalam dilupakan. Masakan dia hendak melihat sahaja mereka membuli guru yang sepatutnya mereka hormati?

"Hoi!" jerit Umar sekaligus mematikan tawa pelajar-pelajar itu.

Serentak semua mata di situ berpaling memandang Umar termasuklah guru itu. Umar mempamerkan wajah tegangnya sambil terus melangkah menghampiri mereka dengan berani.

"Sudah tak ada adab ke korang ini, hah! Suka-suka membuang barang orang. Sedar tak dia ini guru. Mandat dia lebih besar dari kalian sama ada dari sisi Islam atau dalam masyarakat sekalipun. Minta maaf cepat!" marah Umar.

Berdentum suaranya sehingga menyebabkan pelajar-pelajar lain yang kebetulan lalu di tempat itu memandang ke arah mereka.

Danial tergeleng tak percaya.

Eusuf menguntumkan senyuman penuh makna.

Naufal memeluk tubuh.

Haiqal mempamerkan wajah beku nan dinginnya.

Manakala cikgu Fatih memandang Umar tanpa lepas.

"Kau siapa?" suara Haiqal kedengaran begitu dingin. Matanya dan mata Umar bertembung. Seorang dengan pandangan dingin, seorang lagi dengan pandangan tajam. Membuatkan mereka yang melihat terasa meremang bulu roma

"Dialah yang aku cerita semalam, Qal" beritahu Danial sambil memegang bahu kawannya itu.

Haiqal menjongketkan keningnya. "Ohhh, dia..." 

Haiqal memandang Umar atas bawah. Dia tersenyum sinis. "Jadi dialah orangnya, ya? Hero baru kita".

Kata-kata Haiqal disambut dengan tawa mereka semua melainkan Umar dan cikgu Fatih. Umar hanya beriak biasa manakala cikgu Fatih hanya diam menyaksikan perbualan mereka.

"Awal-awal bolehlah berlagak hero. Lama-lama nanti dia yang lari kecut perut. Emm, tetapi tak akan rasanya. Dia nampak sesuai nak jadi pesaing kau sahaja, Qal. Jarang kita jumpa orang seberani dia," balas Eusuf. Sengaja mengapi-apikan kawannya itu.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now