41: Dia Umar?

394 54 1
                                    

Selepas membeli pakaian untuk Zarfan, pemuda itu disuruh menukar pakaian sekolahnya kepada pakaian yang baru mereka beli.

"Sekejap, aku masih tak faham kenapa korang beria beli baju dan suruh aku tukar baju. Ada majlis apa-apa ke?" tanya Zarfan saat mereka semua menuju ke kereta.

Dia membelek pakaiannya yang agak berlainan dari imej biasanya. Kelihatan beberapa orang gadis menoleh melihatnya sebelum melemparkan senyuman manis yang tampak miang di mata Zarfan.

Zarfan merengus. Rimas bila dirinya menjadi perhatian.

Eusuf senyum sumbing. "Sahaja nak ubah imej kau. Kan tampan bila kau pakai macam ini. Baru nampak aura kelakian kau itu".

"Oh tolong sedikit. Aku masih budak sekolah ya. Kisah pula aku dengan imej ini semua. Tunggu aku cukup umur dahululah! Rimas tahu pakai baju macam ini," rungut Zarfan.

Kabir memeluk bahu Zarfan dari belakang. "Ala, tenanglah Afan. Sesekali kau pakai macam ini, tak salah pun. Tengok macam abang Dani kau itu. Bergaya sakan. Macam model pula aku tengok," ujarnya sambil menolak kepala Zarfan agar memandang Danial yang berada disebelah kiri mereka.

Zarfan mengeluh. "Aku tak rasa korang saja-saja nak pakaikan aku baju macam ini. Gelagat korang pun nampak pelik. Tengok itu, dari tadi abang Naufal asyik tatap telefonnya,".

Kabir yang terkejut mendengar ulasan Zarfan terus tersadung tangga kecil itu. Pautannya dibahu Zarfan terlepas. Tubuhnya melayang menghempap seorang lelaki yang baru ingin menjejak naik ke tangga itu.

"Kabir!" jerit Kauthar dan Eusuf serentak. Zarfan terpaku. Danial menahan ketawa manakala Naufal mengangkat kepala dari menatap telefonnya dengan wajah kelam tak faham apa yang berlaku.

"Aduh!" Kabir bangun dari terus terlentang. Dia mengusap sikunya yang terhentak diatas jalan tar. "Oh, maaf! Maaf! Kau tak apa-apa?" tanyanya kepada lelaki yang dihempapnya tadi.

Lelaki itu menarik topinya menutup muka. Tangannya digerak-gerak memberi isyarat bahawa dia baik-baik sahaja. Huluran tangan Kabir tak dipeduli. Dia bangkit lalu cuba meninggalkan tempat itu dengan tergesa-gesa.

Zarfan mengerutkan dahi. Gaya lelaki itu seakan dikenalinya. "Umar!" laungnya tanpa sedar. Terus dia menutup mulutnya. Wajah Batch Lagenda yang terkejut dipandang satu demi satu.

"Umar?" tanya Kauthar dengan nada keliru.

Danial tak membuang masa. Dia berlari mengejar lelaki itu yang memecut bila Zarfan melaungkan namanya tadi. Melihat reaksi Danial, Eusuf dan Naufal turut mengejar. Manakala Zarfan, Kabir dan Kauthar terkial-kial mengikut dari belakang.

"NANTI!!" jerit Danial.

Umar tak peduli. Dia terus berlari sambil mencelah di sebalik orang ramai.

Danial mengetap bibir geram. Tanpa berfikir panjang, dia mencabut kasutnya lalu dibaling ke arah Umar. Tepat terkena belakang kepala lelaki itu menyebabkan Umar kehilangan keseimbangan diri lalu jatuh tersungkur. Mujur kawasan itu sunyi dari pandangan orang, kalau tidak malu dia dibuatnya.

Danial merentap bahu Umar, memaksa Umar memalingkan kepala memandangnya. Topi dan kaca mata hitam Umar dicabut lalu dilempar sejauh-jauhnya. Ketika itu juga, Naufal, Eusuf, Kauthar, Kabir dan Zarfan tiba.

"HAIQAL?!!" jerit Danial, Kauthar, Eusuf, Naufal dan Kabir serentak.

Walaupun wajah Haiqal telah banyak berubah namun mereka tetap mengenalinya.

Raut wajah itu tak akan pernah sekalipun terluput dari ingatan mereka.

Kebencian mereka terhadap Haiqal sentiasa menyalakan ingatan mereka agar tidak pernah melupakan kekejaman lelaki itu.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now