48: Rancangan Eusuf

368 58 1
                                    

    Danial menghela nafas sambil matanya dipejam rapat. Kalimah istighfar terlafaz perlahan dari mulutnya. Tangannya mengenggam kuat telefon bimbitnya sehingga kelihatan urat-urat tangannya menimbul.

    "Terima kasih Fiq. Nanti aku beritahu mereka yang lain. Assalamualaikum," ujarnya lemah. Telefon bimbitnya dimatikan. Dia menoleh ke belakang, memandang seorang demi seorang Batch Lagenda yang ada bersamanya disitu.

    Hampir semua Batch Lagenda berkumpul di rumah Kauthar. Hanya Afiq, Irfan, Fitri, Naufal dan Wazir yang tiada kerana dibelenggu komitmen kerjaya masing-masing. Niat asal mereka adalah untuk membincangkan soal program motivasi buat pelajar tingkatan empat dan lima di sekolah Zarfan. Tetapi perbincangan mereka tergendala apabila ada membangkitkan isu mengenai Umar Haiqal. Terus perbincangan mereka berubah kepada perbincangan untuk mencari Umar Haiqal bagi menyahut cabaran Tuan Yasir. Mereka benar-benar ingin membuktikan kepada Tuan Yasir bahawa mereka ikhlas meminta maaf kepada Umar Haiqal.

    "Korang, aku ada dua berita. Satu baik, dan satu lagi buruk. Yang mana satu korang hendak dengar dahulu?" umum Danial dengan wajah muram.

    "Mana-mana pun sama, Danny. Akhirnya, dua-dua juga yang kami dengar. Ikut kaulah nak beritahu yang mana dahulu," jawab Rafiq malas. Matanya lansung tak teralih dari siaran filem aksi yang ditayangkan di kaca televisyen. Lansung tak berkedip dia menonton pertarungan epik satu lawan satu antara watak utama dan watak antagonis.

    "Afiq sudah jumpa Haiqal," beritahu Danial sambil mengambil tempat di kerusi kosong di meja makan tetamu. Di sebelah kanannya ada Kauthar manakala di sebelah Kauthar ada Hazim. Di sebelah kiri dia pula, ada Kabir yang duduk selang dua kerusi darinya. Kerana meja itu bulat, Kabir juga berada di sebelah Hazim.

    Batch Lagenda yang tadinya sibuk buat hal sendiri terus menghentikan aktiviti masing-masing.

     "Betul ke?" Mata Eusuf kelihatan bersinar dengan kegembiraan. Teruja mendengar perkhabaran itu.

     Danial mengalihkan pandangan matanya lalu direhatkan pada wajah Eusuf. "Sayangnya, korang sahaja yang seronok. Haiqal tak begitu".

    Senyuman Eusuf mati.

    "Haiqal masih marahkan kita ke? Dia tak nak jumpa kita?" duga Kabir. Dia tak sedap hati melihat riak Danial.
     Danial menggeleng lemah. "Haiqal bukan seorang pendendam. Dia tak bencikan kita pun. Malah dia yang takut kita masih bencikan dia".

    "Habis itu, Afiq tak cakap dengan dia yang kita nak jumpa dia sangat-sangat?" tanya Rusdi keliru.

    Danial mengeluh berat. Kepalanya ditundukkan. Kedua-dua tangannya yang direhatkan di atas meja dikepal erat. Sungguh, dia menjadi risau dan takut setelah mendengar kata-kata Afiq tadi. Takut jika mereka kehilangan peluang ini untuk meminta maaf kepada Umar Haiqal.

    "Dan...?" panggil Kauthar. Bahu Danial disentuh. "Kenapa? Apa yang kau sembunyikan dari kami?"

    Danial kembali mengangkat kepalanya. Matanya bertembung dengan pandangan Kauthar. Seraya itu, dia terus mengalihkan pandangan. Melihat wajah keliru Batch Lagenda seorang demi seorang.

    "Kata Afiq, Haiqal tak akan jumpa kita selagi......" Kata-katanya terhenti. "Selagi....." Dia terjeda lagi. Sungguh, terlalu sukar untuk dia mengungkapkan kata-kata itu. Tak sanggup dia untuk melihat reaksi kawan-kawannya selepas mengetahui berita itu.

     Eusuf mengerutkan dahi melihat gelagat aneh Danial. Sepanjang perkenalannya bersama Danial, tak pernah dia melihat Danial resah seteruk itu. Kerna itu, dia dapat meneka bahawa berita yang dikatakan buruk oleh Danial pastinya merupakan berita yang teramat buruk sampaikan Danial menjadi resah sebegini.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now