27: Menyambung Persahabatan

377 53 0
                                    

Nasir, Hanani dan Wafiy memandang Zarfan dari kejauhan. Melihat pemuda itu yang sedang enak bersantai di bawah pohon ketapang di tepi tasik sambil mendengar lagu di headphonenya. 

Nasir menyinggung perut Wafiy dengan sikunya. Dia mengerakkan kepala menunjuk ke arah Zarfan.

Wafiy mencebik sambil menggelengkan kepala. Dia memuncungkan mulut ke arah adiknya pula. 

Hanani membulatkan mata. Dia ingin membantah namun belum sempat dia kata apa-apa, dia sudah terbersin dahulu.

Aachumm!

Hacchumm!

Acchoo!

Serentak itu, Nasir dan Wafiy ketawa galak, terhibur dengan telatahnya.

"Hishh, janganlah gelakkan orang," rajuk Hanani. Dia memeluk tubuh sambil mengembungkan pipinya.

"Eleh, ingat comellah itu? Maaflah adik, abang tak terkesan dengan kecomelan palsu adik itu," ujar Wafiy. Dia menyukir senyuman sinis. Seronok menyakat satu-satunya adiknya itu.

"Abang!"

Seperti biasa, Nasir hanya mampu menggelengkan kepala. Dia sentiasa menjadi pihak neutral yang tidak berpihak kepada sesiapa. 

Tambahan pula, dia sudah masak dengan perangai Wafiy yang berubah seratus peratus bila berdepan dengan adik kesayangannya itu. Hanya dengan Hanani, Wafiy akan menjadi seseorang yang suka menyakat.

"Eh, siapa yang Zarfan bersembang itu?" tanya Nasir apabila dia kembali berpaling melihat Zarfan. 

Mendengar kata-kata Nasir, Wafiy dan Hanani menghentikan perbalahan mereka. Sama-sama mereka bertiga memerhatikan Zarfan.

Seribu satu persoalan terbit di minda mereka melihat seorang pemuda berhoodie merah hati dan berkaca mata hitam sedang duduk di sebelah Zarfan. Rancak mereka berdua berbual tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Dari kemesraan yang mereka paparkan, pasti Zarfan sudah lama mengenali pemuda asing itu.

Tiba-tiba, Zarfan tersenyum.

Nasir terkesima melihat senyuman Zarfan yang sudah lama tidak disaksikannya. Terasa seakan dia kembali ke zaman kanak-kanak di mana Zarfan masih seorang yang ceria dan murah senyuman. Tanpa sedar, dia turut tersenyum manis.

Bahagia melihat senyuman yang sudah kembali ke wajah Zarfan biarpun bukan dia pencetus senyuman itu.

"Abang, Nasir, Zarfan senyumlah," ujar Hanani tak percaya. Matanya digosok beberapa kali.

Wafiy turut tergamam. Pandangan matanya berubah lembut melihat Zarfan yang kini sedang ketawa.

Satu perasaan bernama rindu menjalar ke dalam hatinya.

Rindu untuk berkawan semula dengan pemuda itu seperti zaman kanak-kanak mereka. Zarfan yang berada di depan matanya sekarang inilah Zarfan yang dikenalinya dahulu.

Bukan Zarfan yang pendiam lagi baran.

"Mari kita tegur dia," ajak Nasir, mematikan lamunan kedua-dua beradik itu.

Wafiy menggeleng laju. Matanya memandang Nasir dengan pandangan merayu. Dia... masih tak bersedia lagi untuk berdepan dengan Zarfan kerana malu mengingatkan sikapnya selama ini. 

Benar kata Nasir, dia yang lebih tua dari Zarfan sepatutnya lebih memahami, bukan meretakkan lagi persahabatan mereka.

"Abang, sudahlah... Sampai bila kita nak jadi macam ini? Jomlah, kita minta maaf dengan Zarfan. Lagipun, dia telah tolong adik dan Nasir. Adik nak ucap terima kasih kepada dia. Teman adik dan Nasir ya?" pinta Hanani, manja. Lengan Wafiy dirangkul erat.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now