46: Jaga diri, Sahabat

396 59 2
                                    

Afiq menghampiri Umar Haiqal yang dilihatnya sedang khusyuk termenung memandang ke arah laut. Mujur ada pekerjanya yang mengenali Umar Haiqal lalu mengkhabarkan kedatangan Umar Haiqal ke situ. Tempat biasa Umar Haiqal ketika ingin mencari ketenangan.

"Kau kenapa termenung jauh macam menunggu kekasih di kejauhan? Kalau kau ada masalah, ceritalah. Aku sudi pinjamkan telinga aku untuk mendengar," tegur Afiq.

Dia telah mendengar semua cerita dari Eusuf. Dia tahu apa yang berlaku antara Batch Lagenda dengan lelaki di tepinya itu. Paling dia tak sangka, Umar Haiqal boleh membawa diri sehingga ke sini. Bukan nak menjelaskan semuanya kepada Batch Lagenda.

Umar Haiqal mengeluh buat sekian kalinya. Dia terus memandang laut luas terbentang di depannya tanpa berpaling melihat Afiq. Fikirannya kusut, hatinya juga tak tenteram sejak bertemu Batch Lagenda dan semakin teruk apabila mengetahui perkara sebenar di sebalik kematian walidnya. Kesedihan demi kesedihan mengetuk hatinya sehingga hancur lebur. Dia terasa bagaikan mayat hidup. Mujur imannya masih kuat untuk memujuk hatinya agar terus bertahan dengan ujian Allah ini. Dia redha tetapi dia tak dapat lari dari kesedihan yang memayungi hati.

"Qal, kau tak anggap aku kawan ke?" sengaja Afiq menjerat Umar Haiqal dengan soalan itu apabila Umar Haiqal kekal membisu tanpa bicara walaupun sepatah.

"Kau sentiasa akan menjadi kawan aku, Fiq. Malah kau sendiri telah aku akui sebagai sahabat aku. Dari dulu, sekarang dan in sha allah hingga ke syurga," balas Umar Haiqal dalam nada mendatar.

Afiq tersenyum manis. Sedikit terharu mendengar pengakuan Umar Haiqal itu. Bukan senang hendak melihat lelaki sekeras Umar Haiqal jujur dengan perasaan sendiri. Tambah pula, Umar Haiqal memanggilnya sebagai sahabat. Sahabat...taraf tertinggi dalam sesebuah perhubungan antara dua insan. Sahabat...dasarnya adalah keimanan dan diniatkan kerana Allah semata-mata. Maka, sahabat itu ialah mereka yang kekal bersama kita sampai syurga.

"Maka, luahkan apa yang menganggu fikiran kau. Aku sentiasa ada di sini, Qal. Demi kau," ujar Afiq lagi. Bahu Umar Haiqal dipaut erat.

Umar Haiqal menggeleng lemah. Dia merenung wajah bersih Afiq di sisinya. Afiq, satu-satunya Batch Lagenda yang tidak menghukumnya atas 'permusuhan' dia dan arwah Umar Zaqwan. Seperti cikgu Fatih, pemuda itu lebih selesa menjadi pemerhati tanpa menyebelahi ke mana-mana pihak.

"Kalau aku nak pergi jauh, apa kau akan redha Fiq?"

Afiq tertawa tanpa suara. Baginya, soalan Umar Haiqal hanya untuk menduga. "Aku akan beritahu Batch Lagenda. Kemudian, seluruh Batch Lagenda, Zarfan dan pekerja-pekerja papa kau akan bergabung tenaga cari kau. Pergilah ke hujung dunia Qal, kami akan berusaha sehingga berjumpa kau semula. Walaupun selama mana pun, walaupun kita telah tua...kami tak akan berhenti untuk cari kau," jawabnya yakin.

Umar Haiqal melihat mata Afiq yang disinari keteguhan, menandakan sahabatnya itu pasti akan menjadikan kata-katanya sebuah realiti jika dia menjadikan kata-katanya sebuah kenyataan. Sungguh, hatinya diselubungi rasa terharu yang bukan sedikit. Dia berpaling memandang laut semula. Enggan Afiq melihat matanya yang hampir berkaca.

"Kau nak pergi Haiqal?" soal Afiq lembut. "Sebab kau masih tak bersedia nak maafkan Batch Lagenda ke?"

"Aku sudah lama maafkan korang. Tak ada sedikit pun dendam yang tersisa dalam hati ini. Cuma aku...aku risaukan penerimaan korang selepas rahsia aku terbongkar. Aku tak nak korang rasa bersalah sebab layan aku begitu. Juga...aku takut...kalau pembongkaran rahsia itu membuatkan korang semakin bencikan aku. Lagi menakutkan aku, jika-jika Afan pun bencikan aku," luah Umar Haiqal. Suaranya bergetar kerana menahan sebak.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now