16: Keliru

399 63 1
                                    

Berbunyi sahaja loceng waktu rehat, terus Zarfan meluru laju keluar dari kelas. Langkahnya mendahului cikgu Kamelia yang masih berada di meja guru. Tindakannya yang kelihatan tergesa-gesa itu membuahkan persoalan di fikiran semua orang.

"Kenapa dengan kawan kamu itu?" tanya Cikgu Kamelia pelik.

Ada yang mengangkat bahu, ada yang menggeleng. Manakala Nasir merenung ke luar jendela, memerhatikan Zarfan yang berlari laju menuju ke arah tangga.

Tak pernah-pernah Zarfan keluar rehat. Pemuda itu lebih senang duduk di dalam kelas sambil bermain telefon bimbitnya yang diseludup ke sekolah.

'Mungkin dia tak bersarapan tadi menyebabkan pemuda itu terlebih lapar,' fikir Nasir.

Cikgu Kamelia hanya mampu mengeluh. Dia mencapai beg tangannya lalu beredar dari kelas itu. Pelajar yang lain beransur-ansur keluar mengekori langkah cikgu Kamelia. Hendak mengisi perut yang bergendang sejak tadi.

"Nasir!" jerit Wafiy di tepi tingkap. Menyergah adik sepupunya yang baru hendak berdiri itu.

Terus Nasir mengetuk kepala Wafiy geram. Wafiy membuat muka sambil mengosok kepalanya yang sakit. Terasa kepalanya sedikit membenjol.

"Eh, mana budak itu?" tanya Wafiy sambil menjengukkan kepalanya ke dalam kelas Nasir.

Tiada kelibat Zarfan seperti selalu. Hanya kelihatan beg sandangnya yang tidak bertutup rapat. Menampakkan isinya yang kosong.

Nasir menoleh ke arah tempat Zarfan sebelum kembali memandang Wafiy. Bahunya dijungkitkan. "Entah. Tiba-tiba menghilang. Ada di kantin mungkin," balasnya.

Wafiy mengerutkan dahi tetapi tidak bertanya lanjut.

Kantin?

Sejak bila Zarfan pergi ke tempat yang ramai orang? Perhimpunan harian pun dia tak pernah hadir.

* * * * * * * * * *

"Cikgu!" sergah Zarfan sebaik sahaja dia membuka pintu bilik disiplin.

Bergema kalimah takbir dari mulut Cikgu Fatih. Kertas-kertas yang berada di tangannya terhempas ke lantai akibat terlalu terperanjat. Dadanya yang berombak kencang diurut perlahan. Usai menenangkan diri, dia mencangkung untuk mengutip kertas-kertas itu semula.

"Apa kamu nak, Zarfan?" tanya Cikgu Fatih tanpa memandang pemuda itu. Mujur kertas itu tak terlalu berselerak. Sekejap sahaja masa yang diambilnya untuk menyusun kertas-kertas itu semula. Dia kembali berdiri.

Zarfan pula dengan selambanya duduk di depan Cikgu Fatih tanpa dipelawa. Dia memandang guru itu. "Cikgu, benarkah Batch Lagenda betul-betul wujud?"

Terhenti niat Cikgu Fatih yang ingin memasukkan kertas ke dalam sebuah fail berkulit keras. Wajah Zarfan ditenung lama dengan rasa tak percaya. Ini kali pertama ada pelajar yang menemuinya untuk bertanyakan tentang Batch Lagenda.

"Err, kamu dengar dari mana cerita Batch Lagenda ini?"

"Dari bekas pelajar sekolah ini," jawab Zarfan ringkas. "Jadi, betullah Batch Lagenda betul-betul ada. Saya ingat hanya cerita rekaan guru-guru di sini," sambungnya.

Cikgu Fatih menarik nafas panjang. Dia mengalihkan pandangannya dari menatap wajah Zarfan. Dia kembali memasukkan kertas-kertas tadi ke dalam fail lalu ditutupnya. Diletak fail itu di dalam almari dibelakangnya.

"Batch Lagenda memang wujud. Itu gambar mereka," beritahu Cikgu Fatih. Matanya terancap pada sebingkai gambar yang tergantung di bawah jam dinding di satu sudut bilik itu.

Tanpa sedar, Zarfan bangun merapati gambar itu. Seperti yang dikatakan Umar, gambar itu diambil di tasik kecil yang selalu dikunjunginya.

Kelihatan Cikgu Fatih yang sedikit muda bersama sekumpulan remaja yang berpakaian santai. Ada sebahagian mereka yang bertopi dan ada yang memakai hoodie. Mereka semua berada dalam tiga barisan yang memanjang.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now