Silam 6: Umar si Hero

418 61 1
                                    

"Qal, kita ada masalah," lapor Danial yang tiba-tiba muncul di sisi Haiqal yang sedang termenung memandang ke satu arah. Danial menjeling ke arah pandangan Haiqal. Kelihatan Umar sedang khusyuk menelaah buku di wakaf berdekatan kantin sekolah.

Danial mengerutkan dahi tanpa sedar. Entah kenapa, dia dapat merasakan pandangan Haiqal kepada Umar tidak seperti biasa. Ada biasan kerisauan yang cuba diselindungkan.

Namun, fikiran itu terus dibuang sejauh-jauhnya apabila Haiqal berpaling memandangnya. Wajah Haiqal berubah dingin, malah kelihatan bagai orang yang tidak mempunyai perasaan.

"Masalah apa?" mendatar sahaja suaranya. Bagai nak tak nak sahaja bercakap.

"Kauthar. Geng Johan nakkan dia. Kalau kita kalah pertarungan petang ini, habislah Kauthar," jelas Danial. Dia bermain dengan jari-jemari sendiri akibat terlalu resah. Geng Johan bukan sebarangan kumpulan gangster. Mereka penuh kelicikan dan suka bermain kotor.

Haiqal menghela nafas panjang sambil kepalanya didongakkan menghadap atap pondok wakaf. "Apa budak itu buat kali ini?"

Danial mengetap bibirnya. "Errr...dia kacau awek Johan," beritahunya teragak-agak.

Haiqal merengus kasar. Kauthar selalu memberi masalah kepada dia. Berkali-kali dia memberi peringatan kepada Kauthar tetapi pemuda itu bukan jenis yang makan saman.

Sudahnya, dia yang terpaksa campur tangan demi menyelesaikan masalah-masalah yang dicetuskan oleh Kauthar.

Haiqal kembali menundukkan kepalanya. Serentak itu, pandangannya bertembung dengan Umar yang kebetulan sedang memandangnya. Haiqal mengukir senyuman sinis. Daripada Kauthar terus-menerus memberi masalah kepada dia, lebih baik dia menyerahkan Kauthar kepada orang lain.

"Aku ada hal petang ini. Kau ajaklah orang lain," ujar Haiqal sambil berdiri. Tangannya diseluk ke dalam kocek seluar. Bahu Danial yang sedang tergamam ditepuk lembut. Mulutnya didekatkan ke telinga pemuda itu.

"Aku sudah penat selesaikan masalah orang lain. Kalau aku selalu tolong, bila Kauthar nak sedarkan?" bisik Haiqal.

Danial tergamam. "Qal!"

Haiqal hanya tersenyum sinis sebelum pemuda itu berlalu dari situ.

Umar yang memerhatikan mereka berdua dari jauh menggeleng perlahan. Dia menghela nafas berat.

Sampai bila...

Sampai bila Haiqal mahu mempermainkan perasaan kawan-kawannya sendiri. Danial dan Kauthar cukup setia berada di sisi pemuda itu selama ini. Terus bertahan walaupun yang lain sudah tiada lagi bersama mereka... walaupun Haiqal kelihatan tidak lagi mempedulikan mereka.

Mengapa harus Haiqal melayan mereka sebegitu?

Dia mengeluh sekali lagi. Andai sahaja dia tidak datang ke sekolah ini, pasti hubungan Haiqal dan kawan-kawannya tidak akan retak.

Salah diakah?

Diakah punca terputusnya persahabatan yang mereka semua bina selama bertahun-tahun itu?

* * * * * * * * * *

"Pergi!" arah seorang pemuda. Meja kawannya dihentak keras dengan penumbuknya.

"Aku tak nak!" bantah pemuda kedua.

Mereka saling berpandangan.

Andai pandangan mereka dipisahkan oleh sehelai kertas, sudah lama kertas itu terbakar dek panahan laser mata masing-masing.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now